KS | 40

573 16 0
                                    

"Hubby! Sudah sudahlah usik liya!"

Ruang itu tengah bising dengan bunyi tangisan seorang anak kecil, Auliya Dalila.

Harraz punya pasal lah tu. Dia dengan sikap suka menyakatnya tu berpisah tiada. Sampai ke anaknya sendiri pun dia mahu sakat.

Harraz tu boleh pula menyakat tidak mahu memberi anaknya tu patung beruang kecil milik Auliya tu. Auliya memang lah menangis bila apa yang dia mahukan tidak diberi.

Aralyn sudah pening dengan perangai suaminya yang tak habis-habis menyakat anak mereka. Kalau bukan dia sendiri jadi mangsa sakatan Harraz, anak mereka si Auliya tu dia tujui!

Anak mereka sekarang ni pun sudah menginjak 5 bulan. Cepat betul masa berlalu. Wajah anaknya tu semakin membesar semakin mirip wajahnya dengan Harraz.

"Blee, papa tak nak bagi Lila, wuu!" Semakin Auliya menangis, semakin Harraz galak menyakat. Dah merah wajah si kecil tu kerana menangis.

Lila? Harraz sekarang ni lebih gemar memanggil anaknya dengan panggilan Lila, dari Dalila. Dah ada dua nama tu, sayang juga tak diguna. Seperti dirinya, nama Harraz Dhaffa, tapi Dhaffa tu tak pernah dipakai oleh sesiapa.

Aralyn menepuk dahinya. "Eh kau ni, Raz. Dah lah usik anak kita! Bagi je lah patung dia!" Geram dia menegur suaminya tu. Ha kan dah terkeluar panggilan lamanya terhadap Harraz.

"Hahahaha! Ya laahh, naahh, patung Lila. Ambil ha ambil." Harraz ketawa sebelum barulah dia memberi patung beruang kecil tu pada Auliya.

Terus terhenti tangisan Auliya bila patung tu sudah berada dalam pelukannya.

Aralyn terus mendukung Auliya dan diusap belakang badannya. Sisa air mata di pipi Auliya tu disekanya. Hingus pun dah keluar dari hidung si kecil tu.

"Hmm kesian anak mama, papa suka sangat buli Liya eh? Mama pun selalu kena buli oleh papa. Terpaksa je lah kita hadap dia eh?"

Auliya mencebikkan bibirnya, seolah faham dengan kata-kata mamanya. Lalu dia melentokkan kepalanya manja pada bahu Aralyn.

Harraz tersenyum. Kecomelan dengan kata-kata Aralyn pada Auliya. "Amboi amboi, terpaksa eeh."

"Memang terpaksa pon."

"Oh, dia juga yang perlukan kita malam-malam."

Aralyn mengetap bibir geram dengan kenyataan Harraz tu.

"Suka hati hubby lah nak cakap apa. Ara dan Liya nak merajuk dengan papa ni hmmpp!" Sejurus itu, Aralyn berlalu keluar dari bilik mereka. Layan Harraz lama-lama boleh menaikkan darah tinggi!

Harraz? Dia gelak besar dulu baru dia keluar bilik mengikuti langkah mereka.

Kedua mereka memasuki bilik. Mereka dah kembali duduk dekat apartment mereka pada masa ni. Baru je bulan lepas mereka betul-betul tinggal dekat situ bila Auliya dah mencecah 4 bulan. Sebelum ni dekat rumah orang tua Aralyn sebab dapat ibu dan ayah Aralyn untuk tolong mereka jaga Auliya.

Aralyn pun sudah mula bekerja lepas 2 bulan lebih dia bersalin. Tu lah bila dia bekerja, puan Aisyah yang tolong jaga si kecil mereka tu. Sekarang ni pun bila mereka dah tidur dekat apartment, mereka akan hantar Auliya dekat puan Aisyah. Nak hantar dekat orang tua Harraz pula keduanya masih bekerja. Tapi tak lama lagi nak bersara. Kadang sahaja mereka bawa Auliya pada orang tua Harraz iaitu waktu hujung minggu. Mereka tak bekerja.

"Sweetheaaaart." Panggil Harraz meleret kepada Aralyn yang baru sahaja duduk atas sofa ruang tamu tu.

"Nak apa?" Soal Aralyn dengan nada geram. Ada lah tu dimahuinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 14, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now