KS | 34

456 20 1
                                    

Pada keesokan harinya, kedua mereka pergi berjumpa dengan Dr Jian di hospital untuk memeriksa keadaan kandungan Aralyn.

Memang semalam Harraz terus memberitahu Dr Jian yang dia mahu berjumpa dengannya kerana isterinya betul-betul mengandung.

Hari ni kebetulan juga hujung minggu dan kedua mereka tak bekerja, jadi kedua mereka pun bercadang untuk jumpa saja doktor.

"Congrats Dr Harraz and Aralyn, you both will be parents soon! It's already around 9 weeks!" Dengan ceria Jian mengkhabarkan kepada mereka.

Senyuman lebar menghiasa wajah pasangan itu. Harraz terus mengucup tepi kepala Aralyn yang ditutup dengan tudung itu untuk menunjukkan betapa gembiranya dia akan khabar itu.

9 minggu itu kiranya dah 2 bulan usia kandungan Aralyn!

Lepas mengucapkan terima kasih kepada Jian, kedua Harraz dan Aralyn pun keluar dari bilik itu dengan Harraz memeluk pinggang Aralyn dari tepi.

"Kira 2 bulan dah kan? Cepat betul ya kita buat kerja." Ujar Harraz dengan senyuman nakal di bibirnya. Pertama kali mereka bersama itu memang dalam dua bulan yang lalu sudah.

Aralyn terus menumbuk perut suaminya apabila Harraz tu berkata macam tu. "Tak payah fikir pasal tu lah!"

Harraz membuat muka. Tumbukan isterinya tu tak memberi apa-apa kesan pun. Tangan kecil, ada hati nak tumbuk orang! "Eh asal? Nak ada anak kena buat per–"

"Harraz! Diam!" Cepat Aralyn memotong percakapan Harraz itu lagi dengan geram. Lakinya ni kadang memang mulut tak pandai nak censor!

Tahulah itu fakta tapi tak payahlah bahaskan!

"Ya lah ya lah, bosanlah kau ni. Gurau pun tak leh!"

"Ha memang aku bosan! Yang bosan ni juga mengandungkan anak kau!" Kata Aralyn dengan nada merajuk kerana sedikit terasa dengan kata Harraz tu walaupun tahu dia hanya bergurau. Hormon ibu mengandung ke ni?

Riak wajah Aralyn juga berubah, kelihatan muram lepas saja Harraz mengatakan itu dan lelaki itu pun menyedarinya. Harraz pun mula rasa cuak.

"Alaah, sweetheart, janganlah merajuk, suami sweetheart tak nak pujuklah." Walaupun Harraz rasa cuak, tapi dia tak nak ingin melepaskan peluang untuk mengusik isterinya. Isterinya kalau nampak merajuk, semakin comel!

Aralyn mendengus geram. "Tak payah pujuk! Tak ada yang merajuk pun!" Nak merajuk pun susah, suaminya ni suka usik dia! Dia ingin melepaskan diri dari pelukan Harraz tu tapi memang Harraz tak mahu lepaskan.

Harraz tergelak dengan sikap isterinya itu. "Ya ya, sorryyyy."

Aralyn menjulingkan matanya ke atas. Menyampah dengan sikap suaminya yang suka sangat mengusiknya.

Kini mereka sudah masuk dalam kereta.

"Kita terus pergi rumah mama daddy?" Soal Harraz sejurus dia membuka engine kereta.

"Hmm yea? Dah pukul 1 petang ni. Kita janji nak ke sana dalam pukul 1 setengah kan?" Balas Aralyn.

Harraz kemarin bercadang untuk pergi ke rumah kedua orang tuanya untuk memberitahu berita Aralyn tengah mengandung itu. Sudah tentu keluarganya akan gembira.

Kedua mereka tadi bertolak dari rumah dalam pukul 10 nak jalan-jalan kejap, entah Harraz tiba-tiba mengidam nak makan llao llao tu. Jadi mereka jalan lah awal dan lepastu dalam pukul 12 mereka pergi ke hospital.

Sekarang ni barulah mereka nak ke rumah tuan Danial dan puan Humaira.

"Araaaa.." Panggil Harraz dengan suara dimanjakan.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now