Lepas selesai majlis, Aralyn bergerak masuk biliknya. Harraz pula masih bercerita dengan ahli keluarganya yang lain di ruang tamu. Sekarang pun dah nak masuk pukul 5 setengah. Aralyn juga sempat bersalaman dengan ahli keluarga Harraz sebelum dia pamit untuk masuk dalam biliknya dengan alasan dia letih. Dia letih nak bercakap dengan orang. Social battery dia dah hampir nak habis. Aralyn memang seorang yang introvert.
Dia bergerak depan cermin untuk membuka tudungnya dan membersihkan makeup pada mukanya. Lalu rambutnya dibiarkan lepas. Nasib makeup artist yang ditempahnya itu tidak memberi solekan yang tebal pada wajahnya sebab tukang solek itu kata Aralyn dah ada natural beauty. Aralyn sememangnya orang yang sangat cantik. Berkulit putih, licin dan bersih.
Lepas itu dia bergerak untuk duduk atas katilnya. Cincin dijari dimainnya.
Dia dah kawin.
Dengan bekas sahabatnya sendiri.
Entah berapa lama dia termenung hingga bunyi pintunya dibuka baru dia sedar.
Terserlah figura Harraz masuk dalam bilik Aralyn dengan membawa beg pakaiannya di tangan sebelah kirinya, tangan kanannya pula ada songkok dan telefon bimbitnya.
Aralyn pula seperti tercengang melihat Harraz masuk dalam biliknya.
"Aku nak mandi. Nak solat." Jelas Harraz bila tengok wajah Aralyn tu. Dia baru sedar Aralyn dah mencabut tudungnya. Rambut wanita itu panjang paras dadanya dan sedikit beralun. Cantik juga dia ni. Sedar dia terlalu lama memandang Aralyn, dia berdehem menutup malu. Nasib pipinya tak merah.
"Oh. Okay." Aralyn berdiri dan menghampiri Harraz untuk mengambil beg pakaian Harraz lalu dia menunjuk bilik mandi yang berada dalam biliknya.
"Kau boleh mandi sana." Kata Aralyn dan meletakkan beg pakaian Harraz atas katilnya.
Harraz mengangguk dan dengan selambanya dia membuka bajunya.
Aralyn pula terus berpusing untuk tidak melihat ke arah lelaki itu. Selamba betul lelaki ni membuka baju!
"By the way, kau ada extra berus gigi?" Tanya Harraz pada Aralyn yang tengah membelakanginya. Dia menahan senyuman. Tahu kenapa wanita itu berkelakuan sebegitu.
"A-ada. Ada dalam almari kecil siring sink tu. Kau boleh pakai je sabun aku tu. If you don't mind." Jawab Aralyn sedikit gugup.
"Okay." Lepas itu kedengaran Harraz mencapai beg pakaiannya untuk mengeluarkan tuala mandinya lalu terus dia masuk dalam bilik mandi.
Mendengar pintu bilik mandi ditutup, Aralyn menghela nafas lega. Tiba-tiba rasa lemas dengan kehadiran lelaki itu.
Tak tahu nak buat apa, dia bangun untuk menyediakn sejadah untuk Harraz solat. Dia sendiri tak dapat solat sebab tengah uzur. Lepas itu dia kembali duduk atas katilnya. Termenung memikir nasibnya.
Beberapa minit kemudian, Harraz hanya keluar dengan tuala yang dililit di pinggangnya.
Aralyn yang termenung tu tersentak apabila kedengaran bunyi pintu bilik mandinya dibuka, dan lagi dia tersentak bila melihat Harraz yang belum lagi berbaju itu. Membesar mata Aralyn melihat perut Harraz yang mempunyai kotak-kotak itu.
Terkelip-kelip mata Aralyn dibuatnya sebelum dengan perlahan dia kembali membelakangi Harraz. Wajahnya terasa panas. Dia menampar pipinya perlahan. Mata ni gatal betul! Dia berdehem sebelum mula berkata. "K-kenapa tak p-pakai baju?!" Tanya Aralyn dengan gagap.
Harraz tersenyum senget melihat reaksi isterinya itu. Dia sengaja sebenarnya nak mengusik dan tengok reaksi Aralyn. Dan reaksi wanita itu tidak mengecewakannya. Nak ketawa saja dia melihat reaksi gelabah Aralyn.
YOU ARE READING
Kekal Selamanya
Romance"Kau sanggup putuskan persahabatan kita disebabkan lelaki tu?" Muhammad Harraz Dhaffa dan Nur Aralyn Irdina. Kedua mereka memang rapat sejak kecil lagi. Sehinggalah, sewaktu mereka masuk alam universiti, Aralyn tertarik dengan seorang lelaki yang m...