KS | 35

544 18 0
                                    

Sebulan lagi sudah berlalu dan kandungan Aralyn pun mula membesar. Barulah mula nampak bump timbul pada perutnya.

"Aku makin gemuklah Raz." Ujar Aralyn dengan nada sedih sambil matanya melihat tubuhnya melalui cermin.

Harraz yang sedang baring atas katil bermain dengan telefon bimbitnya itu terus menurunkan telefonnya. Dia terus duduk dari baringannya dan mengecilkan matanya memandang isterinya itu.

"Gemuk apanya? Aku nampak sama je. Perut kau je yang mula ke depan dan itu normal." Berkerut dahi Harraz membalas isterinya tu. Aralyn memang tak nampak gemuk langsung, hanya nampak perutnya yang membesar.

"Hmm tapi nanti aku dah tak cantik. Lepastu kau dah tak cintakan aku."

Harraz menggelengkan kepala. Perempuan memang tak lari dari overthinking eh? "Kau gemuk ke kau kurus ke kau buruk ke kau lawa ke, kalau dah nama tu Nur Aralyn Irdina, aku tetap akan cintakan kau, sweetheart."

Sejak Aralyn mengandung ni, memang berat badannya semakin naik sebab dia juga sudah mula banyak makan. Hormon mengandungnya baru nak timbul, tapi hanya selera dia naik dan mudah emosi. Nasib dia tak merasa mual bagai tu. Harraz yang terkena alahan tu dan kadang masih suaminya itu mengalami rasa mual dan muntah-muntah.

Bibir Aralyn memuncung. Dia mendekati Harraz yang berada atas katil tu. "Betul?"

"Iyaa, buah hati intan payung ku." Pinggang Aralyn ditarik Harraz dan dipeluknya. Disebabkan Harraz tengah duduk atas katil, dia mendongakkan kepalanya pada Aralyn yang tengah berdiri tu.

"Sayang..."

Harraz mengecilkan matanya lagi bila Aralyn memanggilnya dengan panggilan tu. Isterinya sekarang hanya akan guna panggilan itu kalau dia teringin akan sesuatu. Pernah sekali Aralyn bercadang untuk panggil dia dengan panggilan abang tapi Harraz menolak sebab adik-adiknya juga mengguna panggilan tu. Dan dia lebih suka dengan panggilan sayang tu. Harraz juga ada mencadangkan isterinya untuk memanggilnya dengan panggilan hubby, tapi Aralyn juga menolak sebab dia rasa cringe. Jadi sayang lah jawapannya buat masa sekarang.

Aralyn tersengih. "Baby kita lapar..." Ujarnya dan menunjuk ke arah perutnya.

"Baby atau mama dia yang lapar ni?" Soal Harraz dengan sebelah kirainya ternaik.

Aralyn melentokkan kepalanya ke kanan dan mengelipkan matanya sekali. "Hmm, dua-dua?"

Lepastu kedua mereka tergelak dengan balasan Aralyn sendiri.

Pipi Aralyn dicubit lembut oleh Harraz. Isterinya comel sangat! Comel! Geram!

"Tadi baru je kita makan malam." Kata Harraz. Tadi pukul 8 lebih baru je mereka makan malam. Sekarang pula baru pukul 10 malam. Harraz yang memasak sebab Aralyn mengidam masakan suaminya. Sejak Aralyn mula merasa selera makannya naik, dia juga kerap meminta suaminya untuk memasakkannya. Apa sahaja makanan asal suaminya yang masakkan. Mengidam nak makan air tangan suami lah tu.

Aralyn menjongketkan bahu. "Apa nak buat, baby yang nak makan." Kesian anak mereka dalam perut dia itu pula dipersalahkan. Tapi betul apa, disebabkan kandungan dalam perut inilah dia merasa cepat lapar.

Harraz tertawa kecil. "Okay lah, jadi anak papa ni nak makan apa?" Soalnya, membahasakan dirinya pada anaknya dalam perut isterinya itu.

Walaupun sebenarnya dia letih lepas pulang dari kerja, tapi dia sentiasa akan melayan karenah isterinya. Sudah tentu isterinya lebih letih kerana mengandungkan anak mereka.

"Nasi goreng kampong, lepastu tambah mayonis dekat atas?" Lagi satu, Aralyn memang suka tambah mayonis kalau makan nasi sejak mengandung ni. Harraz pula mula merasa muak bila isterinya itu sudah terlampau banyak makan mayonis! Dah berapa botol mayonis dekat dapur tu sebagai stock.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now