"Assalamualaikum! I'm home, Ara!" Laung Harraz dari depan pintu seusai saja dia masuk lepas pulang dari kerja.
Seperti hari-hari yang lain, Harraz biasanya memang akan pulang dalam pukul 8 malam beberapa minggu ni. Kadang saja dia balik akhir sangat.
Aralyn yang sememangnya di dapur membuat makan malam mereka ditujuinya.
Lantas badan Aralyn dipeluknya dari belakang dan meletakkan dagunya atas bahu Aralyn.
Terkejut Aralyn dengan tindakan Harraz itu sebelum dia kembali tenang. Dia menggulingkan matanya dengan sikap suaminya itu yang semakin clingy dengannya.
Sekarang ni kalau tidur, Harraz sendiri yang mahu memeluknya saja, pokoknya suami dia tu nak menempel saja dengannya memanjang. Sampai rimas juga Aralyn dibuatnya. Manja betul! Aralyn memang tahu Harraz seorang yang manja dengan mamanya, tapi tak sangka pula dia mahu bermanja juga dengannya.
"Raz, lepas laa, I'm cooking here." Aralyn menggunakan tangan sebelahnya yang tidak memigang senduk tu untuk menepuk lengan Harraz yang memeluknya.
"Ish, orang nak lepaskan rindu pun tak boleh." Suara Harraz kedengaran seperti nak merajuk.
Aralyn mula rasa malu dengan kenyataan Harraz tu. "Rindu apanya! Hish pergi mandi dulu! Busuk! Ada hati nak peluk aku yang dah mandi ni!" Bebel Aralyn. Padahal suka sebenarnya lelaki tu memeluknya manja.
Harraz mencebik. Pipi isterinya tu dikucupnya cepat sebelum melepaskan pelukannya. "Boring lah kau ni." Ujarnya tidak puas hati.
"Biarlah." Aralyn menjongketkan bahu.
Melihat reaksi isterinya yang malas mahu melayannya tu membuatnya memuncungkan bibirnya. "Ya lah, aku pergi mandi."
Aralyn tertawa mendengar suara Harraz yang seakan mahu merajuk tu. Alahai suami.
Lengan Harraz dicapainya sebelum lelaki itu mahu melangkah pergi. Lalu dia menjengketkan kakinya sedikit untuk mengucup pipi suaminya. "Dah, jangan nak merajuk. Aku pun tak nak pujuk kau."
Pipi Harraz memerah dengan tindakan isterinya tu. Malu bila Aralyn mengucup pipinya. Kelakuan Aralyn yang memang limited edition! Dia menahan senyuman lalu berdehem. "Siapa yang merajuk!"
"Pergi je lah mandi." Balas Aralyn malas.
"Ya ya." Lalu Harraz pun masuk ke bilik untuk membersihkan sendiri.
Aralyn pula tersenyum-senyum. Comel mengenangkan pipi suaminya yang memerah disebabkannya.
»
Lepas mereka selesai makan dan membersihkan meja, keduanya pun masuk bilik.
Harraz terlebih dahulu membaringkan diri atas katil manakala Aralyn duduk saja tepinya.
Tak semana-mana Harraz melabuhkan kepalanya atas peha Aralyn. Dia mendongak dan tersenyum comel melihat wajah isterinya yang seperti nak melarikan kepalanya dari peha dia tu.
Rambut Harraz digenggam Aralyn perlahan sebelum dia menariknya dengan kuat. Geram dengan perangai manja suaminya.
Terjerit juga Harraz sebab memang terasa kuat Aralyn menarik rambutnya. Nak tercabut ada juga. "Aduh, sakitlah Aralyn!" Rungutnya lalu menggosok rambutnya sendiri.
"Tu lah siapa suruh manja sangat!"
"Kan kau isteri aku, layankan je lah perangai manja suami kau ni!"
"Malas aku!"
"Okaylah ni daripada aku manja dengan perempuan lain. Kau nak aku pergi kat perempuan lain ke?"
YOU ARE READING
Kekal Selamanya
Romance"Kau sanggup putuskan persahabatan kita disebabkan lelaki tu?" Muhammad Harraz Dhaffa dan Nur Aralyn Irdina. Kedua mereka memang rapat sejak kecil lagi. Sehinggalah, sewaktu mereka masuk alam universiti, Aralyn tertarik dengan seorang lelaki yang m...