KS | 03

422 14 0
                                    

"Terima kasih Cikgu!" Satu kelas yang terisi dengan murid-murid sekolah rendah berterima kasih kepada gurunya selepas saja sesi pembelajaran mereka.

Guru perempuan tu membalas dengan senyuman sebelum dia berlalu keluar dari kelas. Nur Aralyn Irdina. Digelar dengan Aralyn dan kalau dalam sekolah, Cikgu Aralyn. Dia mengajar subjek bahasa Melayu.

Dia mula menuju masuk ke bilik guru dan duduk pada mejanya. Disebabkan ada banyak lagi kertas-kertas tugasan murid-muridnya, dia membuat keputusan untuk mencetak dahulu kertas-kertas tu terus.

Tiba-tiba bunyi deringan dari telefon bimbitnya. Tertera nama Boo❤️ pada skrin. Dengan senyuman lebar dia mengangkat panggilan dari tunangnya itu.

Fahim Sharif. Kekasihnya dari universiti lagi. Mereka dah kenal selama 6 tahun dan baru 3 bulan yang lalu mereka bertunang. Bulan depan pula mereka nak bernikah, maksudnya dalam 4 minggu lagi.

"Hello you! Ada apa call I?" Terus Aralyn bertanya kepada tunangnya dalam talian dengan nada ceria.

"Takde, saja call baby. Boo rindu." Kedengaran di sebalik telefon tu Fahim berkata dengan manja.

Aralyn pula geli hati dan tertawa. "Mengada lah you ni! Kemarin kita dah jumpa kan."

"Hmm tak puaslah baby, I can't wait until you're mine. Boleh tengok baby setiap hari."

Aralyn senyum malu. "Lagi empat minggu you. Tak lama lagi."

"Tu lah I can't wait. Okay bye baby, I have work to do." Masih dengan nada manjanya Fahim berkata.

"Okay boo! Jumpa nanti hehe!"

"Mwah!"

"Mwah!" Balas Aralyn sebelum Fahim yang mematikan panggilan.

"Ugh, geli aku dengar." Rakan sekerjanya, juga merangkap teman rapatnya dan juga teman sekerja sejak 3 tahun lalu, yang duduk sebelah mejanya itu berkata dengan nada menyampah. Nur Zahra.

"Eleh! jeles cakap!" Ujar Aralyn padanya lalu tergelak.

Zahra membuat muka malasnya. "Takde makna!" Balasnya geram. Entah kenapa, Zahra memang tak sukakan dengan tunang si Aralyn itu. Ada sesuatu yang membuat lelaki itu lain. Zahra ni jenisnya dapat rasa sesuatu pada orang. Firasatnya selalu tepat. Dan aura tunang temannya tu, sangatlah tidak baik.

"Jangan lupa eh datang aku nikah nanti." Pesan Aralyn kepada temannya itu. Dia lah satu-satunya sekarang teman rapatnya.

Zahra mengangkat bahu. "Tengoklah nanti." Katanya acuh.

Aralyn memuncungkan bibirnya. "Kau kan kawan rapat aku!"

"Ya laaahh." Ujar Zahra pasrah. Malas dia nak berkata lagi. Dia dapat rasa sesuatu yang akan terjadi.

»»

2 minggu kemudian.

Aralyn jatuh terduduk dengan titisan air mata yang mula turun ke pipinya.

"Apa maksud aunty dan uncle, Fahim lari?" Soal Aralyn dengan nada tak percaya dan tertahan.

Puan Farah dan Tuan Ihsan, ibu bapa Fahim, hanya mampu menundukkan kepala. Sungguh mereka kesal dan malu dengan perbuatan anak lelakinya seorang tu.

"Aunty minta maaf. Aunty tak tahu Ara..." Balas puan Farah perlahan.

Kisahnya, pagi itu, ibu Fahim tiba-tiba menelefonnya dan memberitahu untuk datang ke rumah mereka.

Bila dia sampai, ibu Fahim terus menyatakan yang Fahim lari dan telah memberitahunya untuk beritahu kepada Aralyn yang dia tidak jadi ingin bernikah dengannya. Fahim juga tidak memberitahu dia ke mana.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now