KS | 17

423 16 0
                                    

Aralyn malam itu, akhirnya bertemu kembali dengan teddy bear kesayangannya. Dapat juga dia peluk patung tu kembali untuk tidur!

Sejak seminggu ni dia memang tidur dengan memeluk Harraz, memang selesa, tapi dia masih malu, sebab tu dia masih mahukan teddy bear dia tu.

Macam mana dia dapat patung tu? Dia menyuruh puan Aisyah membawanya walaupun awal-awal ibunya tak ingin membawanya. Tapi Aralyn tak henti memujuk sampailah ibunya malas nak mendengar lagi dan mengalah. Dia pun bawakan je lah. Besar-besar pun masih nak teddy bear tu.

Sekarang ni mereka tidur di rumah orang tua Harraz saja lagipun dah lewat malam, petang esok saja mereka pulang. Esok pun kedua mereka tak kerja.

Kedua mereka sudah baring atas katil. Harraz menjeling Aralyn yang senyum-senyum memeluk teddy bear dia tu. Best sangat ke peluk benda tu?

Dia mengaku, dia juga selesa sangat tidur berpelukan dengan wanita itu. Tenang rasanya.

Tapi sekarang ni penghalangnya sudah kembali! Tak dapatlah dia tidur berpelukan lagi.

Patutkah dia bakar je patung tu?

"Kenapa nak peluk patung tu lagi? Kenapa tak peluk aku je?" Tanya Harraz datar.

Aralyn menoleh ke arah Harraz yang berwajah monyok tu. Badannya turut berpusing menghadap Harraz yang mana badannya juga menghadap padanya.

Rambut Harraz yang menutup dahinya tu dikacaunya sekejap. "Kenapa? Salah ke?"

Hah tu. Soalan dibalas dengan soalan. Harraz menggulingkan matanya sebelum mencebik. "Apa-apa je lah. Pergi tidur." Katanya dan berpusing membelakangi Aralyn.

Aralyn terdiam seketika sebelum tersenyum. Harraz nak tidur berpelukan dengan dia lagi ker? Tapi dia tak nak! Sorry lah Harraz.

Entah dari mana datang keberanian Aralyn, dia bangun dari baringan dan cuba melihat wajah Harraz. Matanya sudah tertutup tapi dia tahu, memang belum tidur.

"Goodnight." Bisik Aralyn dan cepat mengucup pipi Harraz. Lalu dia terus baring semula dan turut membelakangi lelaki tu. Agh! Dari mana dia dapat keberanian itu?! Dia terus menutup mukanya dengan selimut, dengan teddy bear dipelukannya dan cuba untuk tidur.

Harraz pula sedang mengetap bibirnya. Jantungnya berdegup dengan laju lepas saja terasa bibir Aralyn mengucup pipinya. Pertama kali Aralyn mengucupnya!

Pipi Harraz sudah memerah. Dia mula suka dekat isterinya ke?

»

Aralyn memandang tubuh yang masih terlentang atas katil tu. Belum bangun! Dah pukul 10 pagi ni!

"Harraz!"

Aralyn menggoncang bahu Harraz.

Masih tak bangun.

"Harraz bangunlah!" Habis tangan, bahu, pipi, perut suaminya tu ditepuknya, tak juga bangun!

Sama juga.

"Ya Allah, dia ni kan! Liat betul nak bangun!" Getus Aralyn geram.

Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata adik ipar perempuannya.

"Abang Raz tu kalau dia tak mahu bangun, akak pergi je hembap badannya."

Aralyn mengerutkan dahi. "Biar betul?"

Huwainaa menganggukkan kepala. "Ha'ah." Dia tersenyum penuh makna. Sebenarnya ada je cara lain, saja je bagi idea tu kat kakak iparnya hehe.

Aralyn dalam delima. Patut ke tidak?

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now