KS | 30

510 16 0
                                    

Sepanjang perjalanan pulang Aralyn, dia merasa ketakutan, dia kerap memandang cermin keretanya kalau ada kereta yang seperti mengikutinya dari belakang.

Sampai saja dekat bangunan apartmentnya, dia terus bergegas masuk dalam apartment dan mengunci pintu.

Aralyn terus terduduk depan pintu, kakinya terasa lemah. Fikirannya kusut! Kusut dengan sikap Fahim itu.

Fikiran-fikiran negatif mula berlegar dalam mindanya, dia sangat takut!

Kalau nanti Fahim cari dia lagi macam mana? Kalau jantan tu buat perkara yang tak elok padanya macam mana?

Entah berapa lama dia terduduk depan pintu itu memikirkan nasibnya, dia dikejutkan dengan bunyi deringan dari telefonnya.

Harraz tengah memanggilnya. Perlahan Aralyn menekan tanda terima akan panggilan tu.

"Hello assalamualaikum, Ara ku sayang!"

Ceria saja nada yang digunakan Harraz dan itu membuat Aralyn senyum kecil.

"Waalaikumussalam, suamiku." Balas Aralyn perlahan.

"Huh, what's wrong with your voice? Have you been crying again?"

Aralyn mengetap bibirnya. Aduh, dia lupa, Harraz ni dah peka sangat dengan dirinya. Sudah tentu suaranya kedengaran lain dari biasa kerana menangis.

Dia berdehem. "Tak tak, aku tiber selesma, tu lah." Tipu Aralyn. Ampun suami kerana menipumu, tapi dia tak dapat beritahu hal ni kepadanya sekarang, dia risau suaminya tu terus bergegas balik kepadanya sedangkan dia masih bekerja.

"Hmm, well if you say so. Makan ubat kalau teruk sangat. Dah makan ke belum ni?" Soal Harraz lagi melalui talian tu.

"Belum, baru balik ni." Jawab Aralyn perlahan lagi.

"Eeee dah nak masuk pukul 2 ni Aralynku, pergi makan, nanti timbul gastric kau." Ucap Harraz dengan nada sedikit risau.

Kadang memang Harraz akan selalu call dia untuk bertanya jika isterinya itu sudah makan. Dia sedikit risau bila isterinya selalu seorang di rumah sampai malam.

Aralyn mengeluh perlahan. Dia tak ada selera untuk makan lagi. Tapi dia juga harus gigihkan diri untuk makan karang, nanti suaminya mula membebel padanya!

"Ya, Raz. Aku makan karang. Aku nak mandi dulu."

"Okayy, then I'll end the call ya? I have to go back to work. Take care dekat rumah. Miss you sweetheart mwah!"

Tertawa kecil Aralyn dengan ucapan Harraz itu. Mengada dan comel! Sedikit sebanyak rasa takut dan risaunya hilang bila bercakap dengan Harraz.

"Bye bye my husband." Balas Aralyn lembut.

Kedengaran pula Harraz seperti tergelak suka dengan panggilan itu darinya. Malulah kiter!

"Okay, bye my wife." Lepastu Harraz pun menutup talian.

Senyuman Aralyn pun menghilang.

Apa dia nak buat ni?

Perlahan Aralyn bangun dan berjalan masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan diri. Lepas itu dia nak membuat makanan untuk dirinya.

Dia tak ada liur nak makan, jadi dia hanya makan makanan ringan je. Asalkan perut dia ada berisi makanan.

»

Harraz pun sudah pulang tapi dia hairan bila tiada Aralyn dalam dapur dan tidak juga dengar suara isterinya menyahutnya. Meja makan pun masih kosong, menandakan Aralyn belum ada memasak.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now