KS | 23

392 19 0
                                    

"Sejuknya!!"

Aralyn berkata kerana sangat kesejukan. Sekarang ni dia berada di London! Bercuti bersama keluarga mertuanya. Zahra pun turut serta tau! Haffaz yang mengajaknya, lagi pun, adik iparnya juga berkawan rapat dengan Zahra.

Harraz dan Haffaz keduanya memang memohon cuti seminggu untuk pergi meluangkan masa bersama keluarga mereka. Begitu juga dengan tuan Danial. Puan Humaira pula memang cuti sebab dia juga seorang guru. Huwainaa dan Hasif pula sudah mula cuti sem.

Tujuan mereka ke London ini juga pun untuk melawat saudara mara belah Tuan Danial di sini. Memang setiap tahun kalau ada peluang, mereka akan melawat ke sini. Arwah bapa tuan Danial adalah asal orang London dulu. Tu lah muka mereka nampak sangat kacukannya. Kacukan orang putih. Yang paling ketara nampak kacukan mereka adalah si kembar Harraz dan Haffaz, memang tak jauh wajah mereka dengan ayah mereka. Huwainaa pula kebanyakannya mengikuti wajah ibunya. Hasif pula, nampak campuran wajah kedua ibubapanya.

Memang mereka satu keluarga yang sangat good looking!

Kadang insecure juga Aralyn dengan keluarga mertuanya walaupun dia sendiri juga memang cantik.

"Kau tak sejuk ke Raz?" Soal Aralyn terus pada suaminya yang kelihatan sangat biasa, seperti tak kesejukan langsung. Lelaki itu memakai hoodie dan baju sejuk. Cap juga dipakai. Aralyn pula sampai berlilit scarf pada lehernya. Sarung tangan pun dipakainya.

Sekarang ini memang sudah musim sejuk! Tentulah sejuk sangat! Lagipun dia tak biasa dengan cuaca sejuk. Di negeri sendiri pun kalau hujan, itu pun sudah membuatnya kesejukan.

"I'm used to it." Balas Harraz selamba. Memang dia dah biasa pun. Berapa kali sudah dia ke London ini untuk melawat saudara maranya di sini. Hampir setiap tahun sejak dia lahir, dia menjejakkan kaki ke sini. Lagipun dia dulu belajar dekat negeri yang ada musim sejuk juga. Biasa lah dia.

Melihat isterinya yang nampak sangat kesejukan tu sedikit membuatnya risau. "Sejuk sangat ke?"

Soalan Harraz tu membuat Aralyn memandangnya dengan wajah kosong. "Harraz, it's literally 8 degrees celcius now!" Ujar Aralyn datar, tapi bibirnya kelihatan terketar sebab kesejukan sangat. Apa soalan suaminya ni! Terang-terang dia kesejukan!

Harraz tersengih. "Ya lah, come here." Harraz menarik Aralyn ke dalam pelukannya untuk memberi sedikit habanya kepada isterinya yang sangat kesejukan tu.

Aralyn malu. Keluarga mertuanya dan Zahra masih berada di sekeliling mereka. Mereka sekarang ni tengah menunggu bas di luar, depan hotel untuk pergi ke suatu tempat. Mereka baru saja lepas check in dekat sebuah hotel.

Mereka mengambil 4 bilik. Harraz dan Aralyn satu bilik. Tuan Danial dan puan Humaira satu bilik. Haffaz pula satu bilik dengan Hasif. Huwainaa dengan Zahra satu bilik.

Erat Harraz memeluk badannya, memanglah muka Aralyn melekat dengan dada lelaki tu. Memang terasa haba dari suaminya itu. Dia pun membalas pelukan Harraz. Tangannya dimasukkan ke dalam baju sejuk lelaki itu supaya terasa hangatnya. Malu kita tolak tepi, dia sangat kesejukan. Lagipun, selesa peluk suami. Hehe.

"Waah. Untunglah dah kawin." Sakat Huwainaa bila melihat adegan comel abang dan kakak iparnya tu.

"Wainaa nak peluk juga lah!" Huwainaa ingin memeluk Hasif yang di sebelahnya tu tapi terus saja adiknya menolaknya jauh.

Hasif membuat muka jengkel pada kakak seorangnya itu. Tak kuasa dia nak layan!

Huwainaa terus menjelingnya. "Hmmpp! Pergi dekat bang Faz je lah!" Lantas Huwainaa pergi ke arah abang kembarnya seorang tu lagi dan memeluknya.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now