KS | 16

455 17 0
                                    

"Raz, warna ni ke warna ni?" Tanya Aralyn pada Harraz dengan menunjukkan dua jubah abaya berwarna baby blue dan dusty green.

Harraz melihat keduanya untuk memilih warna mana yang lebih cantik. "Baby blue ja lah."

"Okay!" Setuju Aralyn.

"Kau ada baju warna macam ni juga ke Raz?" Soal Aralyn tu lagi.

Harraz mengangguk dengan senyum. "Ada. Kenapa? Nak matchy matchy ker?"

Tersengih Aralyn. "Ya. Tak boleh ke?"

"Apa pula tak boleh. Ada tu kat almari aku." Balas Harraz.

"Baiklah suami." Ucap Aralyn lalu bergerak ke almari Harraz untuk mencari kurta berwarna itu.

Harraz pula tergelak, terasa lucu bila Aralyn berkata begitu.

Kedua mereka sekarang ini tengah bersiap untuk pergi ke rumah orang tua Harraz sebab malam ni mama dia ada buat majlis tahlil dan makan-makan. Itulah Aralyn tengah memilih baju tu. Sekarang sudah pukul 3.30 petang dan mereka berdua cadang nak pergi sana pukul 5, nak tolong apa yang patut. Majlis itu akan mula waktu isha, terus solat isha berjemaah.

Jumpa saja kurta Harraz tu, dia berlalu untuk menerikah bajunya dan baju Harraz. Memang sejak mereka berkahwin Aralyn turut menerikahkan baju Harraz walaupun berapa kali lelaki itu kata tak mengapa.

»

Kedua mereka sudah bersiap. Pasangan itu kelihatan sangat cantik dan kacak, memang nampak sepadan.

Aralyn menarik Harraz untuk berdiri di sebelahnya depan cermin panjang dalam bilik mereka tu. Dia mengeluarkan telefonnya ingin menangkap gambar.

Harraz pun sudah faham dengan kelakuan isterinya itu. Memang suka bergambar.

Lalu Harraz pun lebih merapatkan dirinya pada Aralyn, posisi lelaki itu adalah berdiri belakang Aralyn sedikit. Hanya menampakkan separuh badannya saja. Aralyn juga memang tinggi paras bawah dagunya saja.

Aralyn pun mula menangkap gambar. Dia melihat melalui skrin telefonnya dan Harraz pula melihat ke arah cermin dengan senyuman kacaknya.

Lepas itu, Harraz bergerak merapati sebelah pipinya ke tepi kepala Aralyn dan Aralyn pula membuat gaya peace lalu wanita itu pun menangkap gambar tu.

Kemudian sebelah tangan Harraz bergerak memeluk pinggang Aralyn dan itu membuatkan Aralyn terus bersandar ke dadanya, kepala Aralyn memang betul-betul bawah dagu Harraz. Harraz merehatkan dagunya atas kepala Aralyn.

Awalnya Aralyn terkejut, dia juga merasa malu dengan posisi mereka itu. Tapi kelihatan sangat comel tu lah dia menangkap gambar tu.

Selesai bergambar, dia melihat semula gambar-gambar yang telah diambilnya. Kelihatan sangat comel mereka berdua. Sepanjang tu Harraz masih memeluk pinggangnya sambil turut melihat ke arah gambar-gambar tu.

"Send dekat aku juga gambar-gambar tu. Aku nampak sangat hensem. Sudah tentu kau rasa beruntung kan dapat suami kacak macam aku ni. Ehe I am so flattered." Ujar Harraz dengan riaknya sebaik saja dia melepaskan pelukannya pada Aralyn.

Aralyn membuat muka jengkel. "Yuck. Perasan!"

Harraz mencebik. "Kau betul-betul tak rasa aku ni hensem ke?"

"Tak." Balas Aralyn dengan wajah malasnya. Itu adalah satu dusta yang Aralyn telah katakan! Harraz memang nampak hensem sangat-sangat! Dia memang beruntung dapat suami sekacak dia! Tapi mana lah dia mahu mengaku. Jatuh air muka dia.

"Aku pula? Cantik tak?"

"Tak. Sebab kau tak puji aku hensem."

"Sebab tak nampak hensem pun."

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now