KS | 08

416 19 1
                                    

Aralyn dan Harraz kembali masuk ke dalam bilik Aralyn selepas mereka makan malam dan tolong membersihkan apa yang patut.

Keduanya sudah merasa sangat letih dan mengantuk.

Aralyn terkebil-kebil apabila memandang Harraz yang selamba je membaringkan dirinya di atas katilnya. "Uuhh kau tidur sini ke?"

"Ya lah, di mana lagi aku nak tidur?" Soalan Aralyn dibalas dengan soalan lagi.

Aralyn menggigit bibirnya. Itu lah tabiatnya kalau gemuruh tak tahu nak buat apa. "Habis tu aku nak tidur mana?"

Harraz memandangnya bengang. Dia menepuk ruang sebelahnya. "Sini lah, di mana lagi?"

Aralyn menggaru kepalanya. "Kita berdua? Tidur di atas katil yang sama?"

Harraz menggulingkan matanya. "Ya Ampun. Ya laaahh. Kita kan dah jadi suami isteri, apa salahnya." Balas Harraz selamba. Seperti ini adalah benda yang biasa mereka pernah lakukan.

Aralyn berkira-kira sebelum perlahan-lahan duduk di atas katil. "Don't you dare do anything." Katanya memberi amaran.

Senyuman sinis Harraz beri padanya. "Tak hingin pun."

Aralyn menjelingnya sebelum merebahkan dirinya. Selimut ditarik menutup badannya.

"Kau tu pun jangan buat apa-apa kat aku." Tukas Harraz dengan nada menyakat.

Aralyn mendecit. "I won't."

Harraz juga mendecit. "Heh, we'll see. Macam aku tak kenal kau."

Aralyn sudah letih untuk membalasnya dan terus saja tidur.

»

Subuh tu dalam pukul 2, Harraz terbangun. Dia merasa seperti lain macam saja rasa badannya. Bila dia menunduk, terus dia tersenyum kecil. Aku dah kata.

Aralyn tengah sedap-sedap memeluk tubuhnya. Mukanya pula disembam pada dada Harraz. Mereka tidur mengiring, menghadap masing-masing.

Memang Harraz dah tahu, Aralyn akan memeluknya. Pasal tu memang tabiatnya, kalau tidur, mesti ada benda dipeluknya. Silap-silap kalau dia terpeluk encik gula-gula pun dia boleh nyenyak tidur.

Harraz menjauhkan sikit dirinya dari Aralyn untuk melihat wajahnya. Wajah Aralyn ditenungnya, tanpa sedar tangannya sendiri mula mengusap pipi Aralyn.

Tak sangka, dia dah menjadi isterinya.

Sungguh gila sebenarnya.

Tapi kalau ini sudah ketentuan Allah, dan dia adalah jodoh yang diberikan oleh Allah, apa dia boleh buat? Dia juga harus menerima.

Jika selama ni dia hanya menganggap Aralyn sebagai seorang sahabat dan seorang adik, dan sayangnya terhadap Aralyn hanyalah sebagai sahabat dan adik, dia harus belajar untuk sayang dan mencintainya sebagai seorang perempuan bergelar isteri. Dan Aralyn juga sudah menjadi dalam tanggungjawabnya.

Walaupun Aralyn pernah menyakitinya, tak apa. "Aku akan cuba jaga dan sayang kau sebagai isteri aku, Nur Aralyn Irdina." Bisik Harraz dan mencium dahi Aralyn sebelum dia menarik Aralyn semula rapat padanya dan memeluknya.

»

Subuh itu, Aralyn terbangun. Pandangannya terus dihiasi dengan bidang dada lelaki yang berlapikkan baju. Matanya terbuntang dan turut segar.

Kenapa Harraz peluk dia?! Erat pula itu dia peluk!

Eh? Dirinya pun sama juga tengah memeluk Harraz! Jangan kata dia sendiri yang pergi peluk Harraz dulu? Sedar diri dia memang perlu memeluk sesuatu jika tidur.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now