🕊 Seventeen 🕊

870 36 2
                                    

" zayn i-i rasa break jip ni tak berfungsi. " kata sera panik.

" what, shitt." kata zayn.

Situasi itu amat mengejutkan mereka. Jip yang dipandu oleh sera sekarang sangat laju dan susah untuk diberhentikan.

Dia juga mencuba untuk menarik hand break tapi tidak boleh seperti tersekat.

" apa yang perlu I buat sekarang?" Tanya sera yang masih cuba mengawal jip itu.

" kau kawal dulu jangan sampai langgar apa apa yang ada dekat kawasan ni. " arah zayn.

Zayn juga bingung tapi dia perlu fikirkan cara untuk selamatkan sera keluar dari jip ini. Tiba tiba dia mendapat idea.

" sera kita terjun keluar dari jip ni." kata Zayn.

" what no no you nak mati ke." kata sera separuh menjerit kerana panik.

" kalau tak keluar sekarang kau dan aku sama sama mati!" terang zayn.

Zayn melihat sekeliling sambil jip itu masih meluncur laju kehadapan nasib tiada jip atau kereta lain melalui kawasan bukit itu.

" sera listen kau perlu percayakan aku."

" kau percayakan aku kan?" tanya zayn sambil memegang stereng jip cuba menghalang dari merempuh pokok atau masuk ke jurang.

Sera yang berada dalam keadaan ketakutan hanya mengangguk.

" okay listen bila aku kira sampai tiga kau datang dekat aku." arah zayn. Dia memegang muka sera yang sudah pucat.

" sera kau faham tak kita dah tak ada masa." Kata zayn lagi.

" i-i faham." jawab sera.

Zayn mencabut seatbelt miliknya dan sera dan membuka pintu sedikit. Dia juga telah memegang pinggang sera.

" 1.2.3 now! " jerit zayn.

Sera memejamkan mata dan hanya mengikuti apa yang diarah oleh zayn. Mereka telah berjaya keluar dari jip itu. Badan mereka sedikit melambung ke tepi semak.

Jip itu memang sudah tidak dapat dikawal dan telah terjunam masuk ke jurang yang tidak jauh dari mereka.

Sera membuka matanya perlahan lahan. Sekarang dia berada betul di atas badan tegap milik zayn. Dia bangun dengan perlahan.

" ouchh." katanya.

Dia melihat zayn masih tak sedarkan diri. Dia takut riak mukanya juga berubah seperti ingin menangis.

" zayn bangun." sera menggoyangkan badan Zayn tapi tiada respon.

" zayn you okay tak bangunlah." sera menepuk pipi pula. Perlahan lahan zayn membuka mata.

Sera merasa lega kerana zayn sudah sedar. " you okay tak." tanya sera lagi.

Zayn bangun perlahan lahan. " aku okay, kau okay tak ada sakit sakit?" tanya zayn.

Perkara itu lebih membuatkannya ingin menangis. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasa tapi apa yang dia tahu dia takut dan sedikit trauma dengan apa yang terjadi.

Zayn yang melihat sera yang sudah menangis, dia terus memeluk cuba untuk menenangkan sera.

" kita dah selamat kau tak perlu takut aku ada." kata zayn seperti memujuk sambil menggosok bahu sera.

" I - I takut zayn. " kata sera yang sudah lencung dengan air mata.

" dah." kata zayn. Lalu sera mengelap air matanya. Dia sedikit tenang.

" tapi you okay tak?" tanya sera lagi.

" aku okay." kata zayn. Dia cuba bangun tapi kakinya sedikit sakit mungkin terseliuh.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now