🕊 Seventy Six 🕊

723 28 6
                                    

" aku yang selamatkan tuan hakim dari kebakaran tu." pengakuan alan telah mengejutkan aryan dan zayn.

"  apa maksud kau? Apa yang kau dah buat lan!? " marah aryan dan menunjukkan keadaan seperti ingin bertumbuk namun disekat oleh zayn.

" yan bagi alan habiskan dulu boleh tak!" marah zayn pula.

🍁🍁🍁🍁🍁

FLASHBACK

Alan telah mengikuti kereta audi hitam dihadapannya dan tidak lama kereta itu telah berhenti tidak jauh dari sebuah kilang lama di  Jalan Jaya.

" apa yang J buat dekat sini?" katanya sendiri di dalam kereta. Alan masih memantau pergerakan kereta itu tapi tidak ada tanda untuk bergerak. Tapi tidak lama alan melihat sebuah kereta Mercedes Benz seperti dia kenali.

" itu kereta tuan Hakim. Buat apa dia dekat sini?"

" lelaki dengan uncle tu siapa?" alan melihat ada seorang lelaki yang memakai baju serba hitam dan menutup separuh mukanya dengan mask  telah menarik tuan Hakim masuk ke dalam kilang. Tapi tidak lama lelaki itu keluar dari kilang tanpa tuan Hakim lalu mengunci pintu utama kilang tersebut. Muka alan telah beriak pelik.

Setelah beberapa minit kereta audi itu pergi dari situ dan kilang itu sudah terbakar tapi kelibat tuan Hakim tidak kelihatan keluar dari kilang tersebut. Tanpa berlengah alan telah keluar dari kereta dan menuju ke kilang tersebut. Dia menendang setiap pintu masuk ke dalam kilang itu namun tidak boleh kerana di kunci dan api juga semakin marak. Asap tebal dari dalam juga telah banyak yang keluar.

Alan tidak berfikir panjang dia pergi ke arah tingkap kaca yang ada lalu dia memecahkan menggunakan batu bata yang masih tersisa di luar kilang itu. Tidak lama dia berjaya masuk dan mendapatkan tuan hakim yang telah terbaring lemah di atas lantai sambil kayu kayu dari atas atap jatuh di atas lantai.

" uncle open your eyes." kata Alan cuba menyedarkan tuan hakim.

Tanpa berlengah alan membantu tuan hakim keluar dari situ dan membawanya masuk ke dalam keretanya.

"uncle bertahan okay, don't close your eyes." kata alan sambil memandu.

" alan, J da-dalang da-dalam semua ni." kata tuan Hakim lemah tidak lama dia menutupkan mata.

END FLASHBACK

🍁🍁🍁🍁🍁

" J!" kata aryan dengan nada marah.

Alan mengangguk." semua dalang dalam hal ni adalah J dan aku dah ikut mereka dua minggu ni ya betul Tom memang bekerja untuk J. "

" dan perempuan dengan Tom haritu sebenarnya orang yang amat penting kepada J. " ujar alan lagi.

" siapa perempuan tu?" tanya zayn.

" perempuan tu ialah je-... " alan tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila aryan mendapat panggilan dari natalya.

" Hello lya macam mana?" tanyanya.

" abang, daddy." setelah mendengar apa yang diberitahu oleh natalya, mereka semua kembali ke ruangan ICU yang menempatkan tuan hakim.

Zayn telah melihat sera telah lencung dengan air mata sama juga denga natalya dan puan bella. Zayn telah pergi ke arah sera.

" uncle, daddy okay kan?" tanya aryan kepada doktor omar iaitu doktor peribadi tuan hakim.

" uncle minta maaf aryan, kami dah buat sebaik mungkin untuk selamatkan tuan hakim tapi tidak berjaya. Maafkan uncle aryan." aryan telah terduduk apabila mendengar apa yang dikatakan oleh doktor omar.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now