🕊 Seventy Nine🕊

686 28 0
                                    

Semua ahli keluarga Tuan Hakim telah berada di ruang meeting Heritage holding termasuk zayn

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semua ahli keluarga Tuan Hakim telah berada di ruang meeting Heritage holding termasuk zayn. Hari ini mereka akan mendengarkan wasiat yang telah ditinggalkan oleh tuan hakim.

Sera yang berada di sebelah zayn hanya diam sahaja.

" sera, you okay?" tanya zayn sambil menggengam tangan sera di bawah meja.

" hmm I okay." kata sera dengan senyum segaris kepada zayn.

Encik  Roslan telah masuk ke ruangan tersebut dan duduk berhadapan dengan mereka semua.

" maaf saya terlambat." ujar encik roslan.

" tak apa encik roslan." kata aryan.

" boleh saya mulakan sekarang?" tanya encik roslan.

" sure." balas aryan.

Encik roslan telah mengeluarkan surat dari sampul dan menarik nafas yang panjang sebelum membaca wasiat itu. Dia telah membaca tentang beberapa aset aset tuan Hakim yang berada di dalam negara dan luar negara yang telah diberikan sama rata kepada puan bella,aryan,natalya dan sera. Tidak lama kemudian encik roslan membacakan tentang jumlah share syarikat yang dimiliki oleh tuan hakim.

" share syarikat heritage holding milik arwah tuan hakim yang bernilai 40% diberikan semuanya kepada sera adelya binti hakim."

Muka sera telah berubah. Aryan dan natalya juga sudah memandang ke arah sera sama juga puan bella. Zayn di sebelahnya juga turut terkejut.

" encik roslan, saya rasa ini ada yang salah." ujar sera.

" tak ini tak ada yang salah puan sera ini yang diinginkan oleh tuan hakim." balas encik roslan.

" apa yang daddy cuba buat?" getus hati aryan.

" tak saya tak boleh terima semua ni." kata sera dengan nada tidak puas hati.

" sera bagi encik roslan habiskan dulu. " ujar zayn.

" share syarikat hanya boleh dibahagikan setelah puan sera adelya menandatangani surat perjanjian yang mengatakan puan sera adelya tidak akan sesekali meninggalkan heritage holding selamanya. Jika berlaku sebaliknya share syarikat milik tuan hakim akan jatuh ke tangan puan sera adelya semuanya dan encik aryan tiada hak untuk menutut share itu walaupun dia memegang jawatan sebagai CEO heritage holding. Sama juga dengan cik Natalya."

" apa semua ni, abang sera tak nak semua ni. Kenapa saya tak boleh tinggalkan syarikat?" tanya sera dengan nada tidak berpuas hati.

" maaf puan sera, saya hanya mengikut sahaja permintaan arwah tuan hakim."

Encik roslan telah menolak satu surat perjanjian kepada sera. Sera mengambil surat itu lalu membaca isinya satu persatu. Ya allah apa semua ni.

" encik roslan tak boleh ke saya tak perlu tanda tangan surat perjanjian ni dan serahkan je share tu sama rata atau bagi je share tu dekat aryan sebab dia lebih berhak." kata sera. Sebenarnya dia tak suka semua ini dari dulu lagi.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now