🕊 Fifty Six 🕊

797 31 0
                                    

" Tuan pasti dengan keputusan ni?" tanya roslan kepada tuan Hakim.

Tuan hakim mengangguk sambil menghulurkan beberapa sampul surat kepada roslan.

" yang ini kau bagi dekat diorang bila dah tiba waktunya dan yang tadi kau bagi seperti mana yang aku arahkan tadi faham."

Roslan hanya mengangguk. " baik saya akan buat seperti yang tuan nak tapi saya rasa ini terlalu awal tuan."

" lebih baik aku buat sekarang kan sebelum semuanya terlambat?"

" ya betul tuan kalau tak ada apa apa lagi saya minta diri dulu."

" thanks roslan kau dah banyak berjasa dengan keluarga saya." Kata tuan hakim sambil berjabat tangan dengan encik roslan.

"tak ada hal tuan itu memang tugas saya. Kalau macam tu saya keluar dulu."

Selepas kelibat roslan hilang dari pandangan tuan hakim terus duduk dan menghempaskan badannya di kerusi kerjanya.

"daddy harap ini keputusan yang terbaik untuk anak anak daddy lebih lebih lagi kamu sera." katanya sendiri sambil memejamkan mata.

/////////////////////

Sera tersedar dari tidur tiba tiba, dia mengerling pada jam di phonenya dan melihat baru pukul 3 pagi waktu Switzerland. Entah kenapa hatinya rasa gelisah tiba tiba. Dia mengerling zayn disebelah masih nyenyak tidur sambil memeluk pinggang rampingnya erat.

Sera sempat termenung sambil memandang zayn lalu dia cuba melelapkan matanya semula namun tidak boleh. Dia mengambil keputusan untuk keluar ke dapur bagi mengambil minuman. Dia mengalihkan tangan zayn perlahan lahan darinya sebelum keluar dari bilik.

Sera pergi ke arah fridge bagi mengambil air namun tiba tiba dia merasakan ada seseorang berada di situ.

" sera." tegur natalya.

" ya allah kakak rupanya sera ingat siapa tadi buat terkejut je kenapa tak pasang lampu." kata sera sambil mengurut dadanya kerana terkejut.

" saja, haus ke?"

" haah, kebetulan terbangun lepas tu tiba tiba tak boleh tidur." ujar sera sambil duduk di hadapan natalya.

" same kakak pun tersedar tiba tiba tak boleh tidur."

" actually sera tiba tiba rasa tak sedap hati tapi tak tahu kenapa." luah sera.

"same goes to me. But kakak teringatkan daddy."

" apa kata kita call daddy sekarang mesti dia tengah dekat office or main golf." ajak sera.

" boleh juga kakak try okay." natalya mencapai phonenya lalu menghubungi tuan hakim dan membuat loud speaker. Tidak lama tuan hakim menjawab panggilan natalya.

" hello lya,kenapa call daddy?" tanya tuan hakim pelik kerana jarang natalya menghubunginya selalunga hanya dengan puan bella sahaja.

" hello daddy saja nak call tak kan tak boleh."

" entah daddy ni saja je call we all rindu." sampuk sera.

" la princess daddy sorang lagi pun ada kenapa both of you tak tidur lagi sepatutnya sekarang dekat sana dah jam 3 pagi kan."

" kita orang tiba tiba teringat dekat daddy. Daddy sihat kan?" kata natalya.

" daddy sihat you all macam mana? how honeymoon sera?"

" kitaorang okay je, tak ada honeymoonnya daddy sebab abang dan kakak kacau." adu sera tapi hanya dengan nada gurauan.

tuan hakim telah ketawa apabila sera berkata begitu.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now