🕊Eighty One🕊

721 30 0
                                    

Mereka berdua sedang menikmati makan malam bersama. Sera memandang zayn dihadapannya yang hanya beriak biasa seperti selalu.

"zayn can I ask you something?"

" sure apa?" katanya sambal minum air dan memandang sera di hadapannya.

"siapa sebenarnya lelaki yang datang dekat rumah haritu?" tanya sera perlahan lahan.

" ermm kawan arwah daddy." Ujar zayn bersahaja.

" apa nama dia?" zayn seperti tidak mahu menjawab pertanyaan sera namun dia tiada pilihan sekarang.

" kenapa you nak tahu." Dia telah berhenti makan dan memandang sera.

" I just want to know sebab dia kenal dengan I and I pelik macam mana dia boleh kenal i." ya hal itu sekarang bermain dalam fikiran sera.

" mungkin di baca news tentang you sebelum ni waktu daddy kenalkan you sebagai pewaris terakhir dia."

Sera mengangguk. Betul juga dikatakan oleh zayn. Memang ramai rakan rakan arwah tuan hakim mengenalinya melalui hal itu. " maybe, tapi kenapa dia ada tattoo dan dah lama ke daddy kenal dengan dia?"

" itu I tak tahu."

" tapi kenapa I tengok you pun macam dah lama kenal dengan dia?" tanya sera lagi.

" sera boleh tak kalau kita tak cakap pasal hal ni?" tanya zayn dengan nada sedikit dingin.

" but why I just nak tahu sebab I rasa tak mungkin daddy ada kawan macam tu." Kata sera dengan nada yang masih rendah.

" no need dan tak penting pun untuk you tahu siapa dia. Kalau betul pun dia itu bukan sebenarnya kawan arwah daddy pun itu bukan masalah kita." Ujar zayn lalu menyambung makan malamnya. Sera sedikit kecewa apabila zayn tidak menjawab semua persoalannya tapi dia hanya membiarkan sahaja. Dia juga malas ingin bergaduh dengan zayn sekarang.

Setelah selesai makan zayn berlalu ke ruang kerjanya manakala sera telah masuk ke dalam bilik. Zayn memandang sampul surat coklat yang berisi surat wasiat tuan Jacob. Tiba tiba dia terfikirkan surat wasiat yang asli. Dia perlu mencarinya sebelum sera menjumpainya. Dia tidak mahu sera mengetahui hal ini terlebih dahulu.

" dekat mana daddy simpan wasiat yang asli?" tanyanya sendiri sambil matanya masih melihat kearah surat surat itu.

Tanpa berfikir Panjang dia mencapai phonenya di atas meja lalau menelefon Aryan.

" hello yan."

" hello, kenapa kau call aku malam malam?" tanya Aryan di talian.

" aku nak kau cari surat wasiat tuan Jacob yang asli. Aku nak surat tu secepat mungkin."

" kenapa kau memang nak tutup hal ni dari sera?"

" kau tahukan apa akan berlaku so please cari untuk aku. Aku tak nak dia tahu sekarang."

" okay nanti aku cuba cari kalau dapat aku inform kau."

" thanks bro." kata zayn lalu mematikan panggilan.

Setelah selesai menelefon Aryan, zayn menyandarkan badannya ke kerusi. Kehadiran sera di muka pintu telah mengejutkan zayn.

" hey kenapa you tak tidur lagi?" tanya zayn sambil mengemas surat surat tadi dengan cepat supaya tidak dilihat oleh sera.

" I tak boleh tidur." Kata sera sambil berjalan kearah zayn dan merangkul tengkuk zayn dari tepi.

"sampul apa tu?" tanya sera. Dia sempat melihat beberapa perkataan di sampul itu tapi tidak lama zayn menyimpannya.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now