🕊Sixty Seven🕊

745 33 1
                                    

" Hani." sera telah membuka tingkap keretanya apabila melihat hani.

" puan okay?" hani melihat muka sera sedikit pucat dan seperti ketakutan.

" ya saya okay kenapa awak boleh ada dekat sini? bukan ke tadi awak masih dalam office?" tanya sera tapi dia merasa lega kerana bukan orang jahat seperti yang pernah menyerangnya di parking lot hari itu.

" oh tak saya nak bagi phone, puan tertinggal dalam bilik meeting tadi sebab tu saya cepat cepat turun takut puan dah balik." 

" ya allah macam mana saya boleh tertinggal but thanks hani." sera menyambut huluran dari hani.

" tapi puan okay je kan, saya tengok puan macam gelisah je ?"

" ya saya okay je cuma saya rasa macam ada orang ikut saya tadi mungkin perasaan saya je by the way awak ada berjalan belakang saya ke tadi?" tanya sera inginkan kepastian.

" eh tak adalah saya sampai sini tengok puan dah ada dalam kereta tu cepat cepat saya lari datang sini." sera telah mengerutkan dahi apabila mendengar apa yang baru dikatakan oleh hani. jadi kalau bukan Hani siapa? mungkin perasaannya sahaja.

" tak apalah mungkin perasaan saya je. kalau macam tu saya balik dulu ." kata sera lalu menutup semula cermin keretanya dan memandu keluar dari kawasan parking Heritage Holding itu.

//////////////////

Setelah selesai makan malam sera duduk sendiri di ruang tamu sambil menonton kdramanya yang baru dia ingin tonton iaitu Hometown cha cha . Tapi pandangannya tidak seratus peratus memandang tv dihadapannya namun dia masih memikirkan kejadian tadi entah kenapa hatinya rasa tidak sedap tapi itu mungkin hanya perasaannya sahaja.

" hey love, jauh termenung." zayn telah duduk di sebelahnya sehingga menyebabkan sera sedikit terkejut.

" sayang you buat i terkejut tau." katanya sambil memegang dadanya tanda terkejut.

" kenapa ni hmm kau okay tak ?" zayn memerhati sera dari mereka makan malam  lagi asyik termenung seperti memikirkan sesuatu. Makan juga sikit sahaja.

" i okay jelah." sera cuba membuat riak wajah biasa supaya zayn tidak curiga. Dia tidak mahu zayn mengetahui hal tadi kerana dia tidak mahu zayn risau.

" betul ni? but if anything happen you have to tell me love, you know me right." zayn telah memandang tepat ke arah sera. Ya sera tahu kalau zayn dapat tahu yang dia  tidak memberitahu tentang hal tadi kepadanya pasti dia akan marah tapi sera merasakan itu hanya perasaanya sahaja dan tiada apa yang perlu dibahas lagi.

Sera mengangguk lalu mengambil lengan zayn dan dilingkari di bahunya lalu dia merebahkan kepalanya ke dada bidang zayn dan memeluk tubuh itu.

" i just miss you sayang, that it." ujar sera manja.

" really you just miss me?"

" ya i cuma penat jelah, jangan risau okay." ujar sera lalu mendongak sedikit memandang zayn sambil mengusap lembut pipi zayn.

zayn melepaskan nafasnya lalu memeluk sera.

"sayang can i ask you something?"

"hmm apa?"  matanya masih tertumpu pada tv.

" kenapa i jarang dengar orang panggil you dengan nama eskan? kawan kawan you pun macam tak pernah panggil nama tu. kalau i pernah dengar  pun macam haritu pilot peribadi you panggil i Mrs Eskandar so dia mesti panggil you Eskandar kan?" zayn telah mengerutkan dahi. Dia tidak sangka sera akan bertanya tentang nama tu.

"kenapa kau tiba tiba tanya?" 

" saja sebab bagi i singkatan nama eskandar tu macam unik dan jarang di dengar kalau  iskandar tu pernah lah. so kalau i panggil you eskan boleh?"

" no tak boleh." 

" kenapa tak boleh?" tanya sera pelik.

" aku tak suka."

" kenapa you tak suka?" sera sudah mula ingin berdebat dengan zayn.

" sebab aku tak suka boleh tak jangan tanya lagi." nada zayn sedikit marah.

sera telah mencebikkan muka dan melepaskan pelukan tadi.

" yelah tapi tak payah marah, i tanya je." kata sera denga  nada sedikit merajuk.

zayn menghembuskan nafas kesal lalu memegang tangan sera.

" aku tak marah cuma aku tak suka kau panggil nama tu."

" okay i tak akan paggil you nama eskan tu tapi kalau eskandar tak apa kan?"

" apa kata kau panggil aku macam biasa boleh, tak perlu nama akhir aku?" zayn hanya bertutur dengan nada yang lembut .

sera hanya mengangguk faham dan memeluk tubuh zayn semula sambil menyambung menonton kdramanya. Zayn mengusap rambut sera sambil mencium ubun ubun isterinya itu.

"aku tahu kau tak akan suka dan benci orang disebalik nama eskan tu sera." getus hatinya.

//////////////////

Tuan hakim duduk sendiri di dalam bilik kerjanya di rumah. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu sambil memandang skrin laptopnya yang berisi wasiat Tuan Jacob. Setiap isi wasiat itu dia baca semula entah ke berapa kali dia membaca isi wasiat itu. Tiba tiba pintu biliknya diketuk dari arah luar.

" masuk." katanya sambil menutup laptop itu.

" daddy busy?" natalya telah masuk lalu duduk di hadapan tuan hakim

" tak lya kenapa, you want to tell me something?"

" tak adalah saja je datang nak berborak dengan daddy sebab dah lama tak borak and lya nak bagi ubat daddy ni." natalya menghulurkan ubat  sakit jantung kepada tuan hakim.

" thanks princess nasib lya ingatkan daddy pasal ubat ni. mommy ada cakap yang ubat ni dah habis tapi daddy tak sempat nak jumpa dengan Doktor Omar."  tuan mengambil ubat itu dari tangan natalya. doktor omar merupakan doktor peribadi keluarga Tuan Hakim.

" nasib baik tadi uncle Omar nak jumpa lya kalau tak sampai bila daddy tak ingat. you have to take care of your health, daddy dah tak boleh nak macam dulu. Kalau sera tahu yang daddy lupa pasal ubat ubat ni mesti dia marah." bebel natalya.

 tuan hakim telah ketawa apabila mendengar bebelan dari natalya.

" haihh doktor ni, daddy bukan sengaja tapi lupa."

" next time kalau dah habis cakap cepat cepat dekat lya nanti biar lya je pergi ambil dekat uncle omar."

" yelah. tapi kalau tak bergantung pada ubat ni pun daddy tetap akan pergi bila bila je nanti. Allah nak tarik nyawa hambanya tu bila bila masa je bila sampai masanya tetap kena pergi."

" apa daddy cakap ni, memang lah ajal maut kita tak tahu tapi kita tetap boleh mencuba untuk rawat dan sembuhkan?" 

" yelah, tapi lya janji dengan daddy boleh?" tuan hakim telah memandang tepat pada wajah anak keduanya itu.

" janji apa?"

" jaga diri lya baik baik kalau suatu hari nanti lya jumpa orang yang lya sayang kahwin lah dengan dia daddy izinkan." natalya telah bangun dan pergi memeluk tuan Hakim.

" apa daddy merepek ni nanti lya kahwin nanti daddy ada dengan lya dan daddy akan tengok lya naik pelamin macam sera. Please jangan cakap macam tu lagi lya tak suka lah." natalya masih memeluk tuan Hakim erat entah mengapa dia seperti tidak mahu melepaskan daddynya sekarang.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now