🕊 Thirty Three🕊

880 34 6
                                    

Sera hanya mengangguk. Patutlah dekat dalam frige dan pantry banyak barang dan bahan masakan.

" tadi you pergi mana?" tanya sera sambil makan.

" tadi aku pergi eskom kejap." tipu zayn.

" bukan you kata nak masuk esok ke kenapa hari ni dah pergi?" tanya sera lagi.

" ada beberapa hal aku kena settlekan cepat sebab client dah tunggu." tipu zayn lagi.

" ermm zayn tak boleh ke kalau you tak masuk office dulu?" tanya sera sambil meletakkan sudunya dan memandang zayn.

" kenapa?" zayn melakukan hal yang sama.

" nak tak kalau kita pergi jalan jalan dulu atau pergi holiday sementara cuti i masih panjang." cadang sera.

" buat apa holiday atau sebenarnya kau nak ajak aku pergi honeymoon?" kata zayn sambil mengecilkan mata.

" ermmm kalau you anggap kita pergi honeymoon pun tak apa asal kita boleh pergi holiday together and know each other more." kata sera berani.

Entah kenapa sera amat berani berbicara begitu dengan zayn mungkin dia sudah membuka hati untuk mencintai dan mengenali zayn dengan lebih dekat.

Zayn tidak sangka sera seberani ini menarik perhatiannya. Mungkin sera masih terfikir tentang kata katanya sebelum ini.

" make me fall in love with you and teach me how to love you sera adelya."

" macam mana?" tanya sera lagi dan mematikan lamunan zayn.

" sekarang tak boleh aku ada banyak kerja nanti bila aku tak busy kita pergi." kata zayn sambil menyambung makan.

Zayn perlu berfikir panjang untuk membawa sera holiday atau honeymoon lebih lebih lagi di luar negara. Dia perlu membawa anak buahnya yang ramai supaya dapat memastikan keselamatan sera terjamin. Walaupun dia sendiri boleh sahaja melawan penjahat tersebut.

Ketika di US dulu pun tuan hakim telah mengarahkan lebih dari 50 orang bodyguard untuk menjaga sera dari jarak jauh dan dibantu oleh aunty Anna Ibu saudara sera yang juga tinggal di sana.

" tapi I teringin nak pergi swiss sekarang kan dah hujung tahun, dekat sana dah nak masuk musim sejuk mesti best kalau boleh main ski." kata sera sambil membuat muka kesian dan suara manja.

Zayn menggelengkan kepala " nop bukan sekarang tapi nanti."

" tapi zayn i-" tidak sempat sera menghabiskan ayat zayn sudah berkata.

" not now sera adelya, boleh tak kau faham." kata zayn dengan nada yang tegas.

Sera sedikit takut bila zayn bersifat begitu. Dia juga sedikit kecewa kerana permintaannya tidak dipenuhi. Dia terus bangun dari tempat duduknya dan membasuh pinggan di sinki.

" kau nak pergi mana?" tanya zayn tapi sera tidak menghiraukannya. Dia terus naik ke bilik.

Haa zayn tak pasal dia dah merajuk. Dah satu hal kena pujuk pula. Nasib kau zayn dapat isteri anak bongsu memang macam tu.

Zayn memegang kepalanya sendiri tanda pening dengan sikap sera.

" merajuk pula dah. Macam mana aku nak pujuk ni, aku mana pandai pujuk memujuk perempuan." katanya sendiri. Zayn eskandar yang beku hilang seketika.

/////////////////////

Seorang perempuan masuk ke dalam sebuah mansions.

" yes darling ada berita baru?" tanya lelaki itu.

" anak Black dragon dah kahwin." kata perempuan itu.

" dengan siapa?"

" dengan zayn, you know what I really hate this. Bila you nak bertindak." marah perempuan itu.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now