🕊 Ninety Five🕊

847 32 3
                                    

" kita buat apa dekat sini?" alan tidak menghiraukan pertanyaan dari safira tetapi telah keluar dari kereta dan menarik tangan safira masuk ke dalam Mall.

" ishh lepaslah i boleh jalan sendiri." safira telah memukul tangan alan namun masih tidak dilepaskan. Tidak lama dia hanya mengikuti alan mahu bawa dia ke mana.

Mereka berdua telah masuk ke salah satu butik ternama dalam Mall tersebut. Hal ini lagi membingungkan safira.

"kita buat apa dekat sini? I dah lambat lah." alan telah melepaskan tangannya.

" beli cendol." kata alan bersahaja.

" what! boleh tak jangan nak loya buruk dekat sini."

" kau dah tak boleh bezakan ke sekarang butik pakaian dengan kedai cendol. Sewel."

" apa you panggil i sewel, I how could you. You tu yang sewel bawa i datang sini buat apa." marah safira.

" dah aku malas nak bertekak dengan kau so sekarang kau pilih je mana mana baju yang kau nak. Aku yang bayar sebagai ganti rugi baju kau yang dah aku kotorkan." kata alan bersahaja sambil duduk di kerusi yang ada di situ.

Safira telah membesarkan mata dan tersenyum. " are you sure baju baju dekat sini mahal tau? You tipu kan?"

" kau nak tak? Kalau tak nak kita keluar sekarang dari sini." alan telah membuat acah acah ingin bangun dari kerusi tapi telah dihalang oleh safira.

Safira telah tersenyum." untung juga kalau mamat ni yang belanja aku hari ni."

" tadi kata dah lambat. Kau nak tak?"

" nak nak tapi jangan menyesal tau." safira telah tersenyum herot.

" suka hati kau lah." kata alan bersahaja. Safira telah berlalu pergi untuk memilih baju. Alan hanya memperhatikannya dari jauh.  Tidak lama safira datang ke arahnya sambil di ikuti seorang pekerja yang sedang memegang beberapa helai baju yang dipilih oleh safira.

Alan telah memandangnya." dah siap pilih?" safira telah mengangguk.

" ni je kenapa kau tak beli dengan kedai kedai ni sekali." kata alan sambil menghulurkan kad creditnya kepada safira.

"amboi tadi kata ambik je sekarang perli pula. Dah la no. pin berapa?" safira telah menjeling kepada alan.

" 110101,dah aku tunggu kau dekat kereta." alan telah keluar dari butik dan meninggalka safira sendiri. Muka safira juga telah menunjukkan riak terkejut.

" biar betul mamat ni bagitahu no.pin dia macam tu je dekat aku. Gila ke? Aku acah je kut tanya. dia tak takut ke kalau aku habiskan duit dalam card ni. Tak fahamlah aku." kata safira sendiri lalu dia pergi membayar pakaiannya dan menukar bajunya kepada yang baru.

Setelah selesai alan telah menghantar safira ke tempat meeting.

" kau habis pukul berapa?"

Safira telah membuat muka pelik.
" kenapa?"

" boleh tak jangan banyak tanya,habis pukul berapa?"

" ishhh dia ni,dalam pukul 10."

" okay aku tunggu kau sampai habis meeting." kata alan bersahaja sambil memandang safira.

" buat apa you tunggu I, tak perlu kut."

" aku ada hal nak tanya kau it's really urgent. Bolehkan?" kata alan tapi kali ini dengan nada yang sedikit lembut.

" pasal apa?"

" kau meeting dulu lepas tu kita cakap." ujar alan. Safira hanya mengangguk lalu keluar dari kereta.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now