🕊 Fifty One🕊

810 28 1
                                    

Zayn telah memandang semua rakan rakannya dan yang lain di hadapannya sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zayn telah memandang semua rakan rakannya dan yang lain di hadapannya sekarang. Tajam pandangannya sambil menyilangkan tangan. Sera tiada di situ kerana telah membawa kayla masuk ke bilik pening kepala katanya melinda pun ikut sekali.

" buat apa korang dekat sini?"

" holiday lah buat apa lagi." jawab aeden.

" siapa yang bagi korang cuti?"

Mereka semua menunjukkan ke arah Aryan.

" yan apa yang kau buat?" kata zayn dengan nada yang sedikit tegas. Seharusnya jika dia tiada aryan yang akan menghalang idea pelik rakan rakannya yang lain tapi tak sama sahaja.

" relax lah zayn bukan selalu pun kita holiday together alah kita orang tak ganggu pun honeymoon kau dengan sera chill bro." kata aryan.

" sekarang siapa yang bayar korang aku ke aryan?"

" kau." jawab mereka serentak kecuali Alan yang sedang baring di sofa sambil melihat pemandangan di luar.

" sekarang kalau korang semua ada dekat sini siapa yang buat kerja dekat sana?" tanya zayn tegas.

" yang tu kau tak payah risau kita monitor dari sini alah macam tak biasa." jawab kay pula.

" haah lah zayn kerja tu small matter je." balas aeron pula.

"sekarang aku nak tanya siapa punya idea?"

Mereka menunding jari ke arah Mike dan aeden. Zayn melepaskan keluhan.

" alan kau angkat dua ekor ni keluar rumah sekarang jangan bagi diorang masuk selagi aku tak bagi arahan." arahnya lalu alan dengan muka jahat bangun dari tempat duduk tadi dan pergi ke arah aeden dan mike.

Mike dan aeden telah saling berpelukan." weii tak lucu zayn luar tu sejuk dooo demam aku nanti." kata Mike.

" entah woii tak nak." kata aeden pula.

" padan muka jangan cakap abang tak payung eh." ujar cavin pula.

Yang lain hanya melihat dan ketawa sahaja. Alan telah menarik mereka berdua untuk keluar dari rumah seperti arahan zayn tapi langkahnya terhenti apabila sera datang ke arah mereka.

" kenapa ni?" tanya sera apabila melihat alan menarik aeden dan mike untuk keluar dari rumah itu.

" your husband sera." ujar aryan.

" hah."

" sera tolong i kesian lah dekat i dengan aeden tak kan lah nak duduk dekat luar sampai esok sejuk kut nanti beku kitaorang dekat luar." adu Mike sambil membuat muka kesian.

Sera telah memandang zayn." zayn memang tak lucu gurauan you kesian lah diorang nanti."

" dah lepaskan." zayn pasrah apabila sera berkata begitu.

Semua terkedu dengan sikap zayn tadi marah marah sekarang bila depan sera dia berubah jadi lebih tenang. Memang dah berubah si zayn ni.

Zayn telah duduk di sofa single berhadapan dengan mereka semua manakala sera sudah berada di belakang sofa itu namun zayn menarik tangan sera dari belakangnya dan menyebabkan sera terduduk di atas ribanya. Dia cuba untuk bangun namun tidak boleh.

" apa you buat ni?" muka sera telah merah dan membahang kerana menahan malu di depan rakan rakan zayn,abang dan kakaknya sekarang.

" duduk jangan gerak kalau tak nak benda lain yang jadi." kata zayn bersahaja sambil memandang kearah yang lain.

"seriously zayn aku single tau perlu ke satu kerusi dua orang duduk macam tu." kata aryan.

" entah along ni kesian kak long muka dah merah, kalau nak beromantik bukan dekat sini." balas zea pula.

" sebab korang nak sangat datang sini so tengok jelah btw zea kenapa boleh ada dekat sini ikut plan Mike dengan aeden juga?"

" tak I yang ajak." balas natalya pula.

" yup kebetulan kerja dekat london dah habis so why not zea join juga kira ni our second holiday trip betul tak."

" ya aku setuju dengan adik kau zayn tak salah pun kita orang ada dekat sini halah kalau kau nak buat apa apa dengan sera pun bukan kita orang tengok pun. Don't worry men."

Mulut si Mike memang tak ada lesen langsung. Yang lain telah memandang ke arah mike dan melemparkan bantal beramai ramai. Sekarang sera lagi malu sehingga dia menyembamkan mukanya ke dada zayn.

" I rasa you memang patut letak mike dekat luar." sempat sera berbisik dan zayn terus memberi isyarat kepada yang lain supaya mengangkat Mike keluar dari rumah.

" woii woii tak lawak bodoh sejuk gila dekat luar tu zayn weii." kata Mike gelabah apabila dia sudah diangkat sehingga ke luar rumah dan pintu telah dikunci dari dalam dia sudah tidak boleh masuk.

////////////////////

Setelah selesai membahas. Zayn membenarkan mereka tinggal sekali dengannya kebetulan rumah itu mempunyai banyak bilik dan cukup buat mereka semua. Dalam waktu yang sama zayn merasa sedikit tenang jika mereka ada bersama sekurang kurangnya mereka dapat perhatikan sera juga.

Zayn masuk ke bilik dan melihat sera berada di hadapan katil sedang bermain phone. Zayn pergi kearahnya dan duduk di sebelah sera.

"hey." sapa sera lembut.

" kau buat apa?"

" update story ig." kata sera bersahaja sambil menunjukkan gambar yang dia ambil iaitu pemandangan dari bilik mereka.

" what!" zayn membuat riak terkejut lalu menagmbil phone dari tangan sera.

" hey phone i kenapa you ni ?" sera sudah pelik apabila zayn beriak begitu.

Zayn melihat setiap followers yang ada di instagram sera. Followers instagram sera tidak ramai kerana dia seorang yang sangat private yang follownya hanyalah rakan rakannya dan keluarga itu sahaja kalau yang tidak dikenal dia tidak akan aprove.

Tapi sejak dikenalkan sebagai pewaris terakhir tuan hakim ramai yang mencari tentangnya dan ingin follownya tapi dia tidak aprove kebetulan tuan hakim tidak membenarkannya accept sebarangan orang melainkan yang rapat sahaja.

Zayn menarik nafas lega apabila melihat setiap isi follower sera nasib semua dia kenal bukan apa dia takut ada musuh yang mengambil kesempatan.

Zany memberikan phone sera semula.

" kenapa you check ig i?"

" tak ada apa saja kut kut ada lelaki lain yang kau follow." bohong zayn.

Sera sudah ketawa dan menggelengkan kepala. Dia kadang kadang pelik sendiri dengan sikap zayn betul kata natalya zayn seorang yang susah ditebak sikapnya.

" mana adalah you dah tengok kan followers i sikit je kalau lelaki pun kawan kawan you tu semua lepas tu abang and you." zayn follow instagram sera sejak diorang nikah.

Sera sambung memandang phonenya semula.

" kau betul ke okay diaorang dekat sini?"

" I okay je best juga ramai ramai. Tak kan lah nak suruh diorang balik pula dah jauh jauh datang sini." tuturnya lembut.

" okaylah kau dah cakap macam tu. So nak keluar sekarang jalan jalan dekat sekitar sini?"

" boleh juga jom."

Sera telah bangun dari katil dan pergi mengambil jacket untuknya dan zayn. Mereka berdua berjalan keluar dari bilik. Mereka terserempak pula dengan kay di luar seperti orang mati anak.

" kau kenapa kay?" tegur zayn.

" kayla."

" kenapa dengan kayla?" muka sera sudah beriak risau.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now