🕊 Twenty Two 🕊

818 34 0
                                    

Zayn telah keluar meninggalkan bangunan heritage holding. Dia telah memandu dengan laju menuju ke Hex.

Dalam beberapa minit dia sudah sampai di depan markas hex. Dia masuk ke dalam bangunan tersebut dan berjumpa dengan rakan rakannya.

" carikan aku orang nama jefri dan Tom." arah zayn yang baru masuk ke dalam ruangannya di hex.

Semua di situ menjadi bingung dengan zayn yang tiba tiba memberi arahan.

" jefri, Tom siapa dia kenapa kau nak cari dia?" tanya cavin.

" aku suruh cari cari jelah jangan banyak tanya!" marah zayn. Okay this is not zayn anymore but eskan.

" aku nak maklumat dia ada atas meja aku sebelum malam ni faham. Dah semua keluar jangan ada orang yang masuk selagi maklumat tak ada." kata zayn lagi dengan nada suara yang tinggi.

Yang lain hanya menurut dan terus keluar dari ruangan zayn.

" kenapa dengan kawan kau tu period ke tiba tiba masuk marah marah. " kata mike.

" kau ni aku tepuk juga kang dah cari maklumat yang dia nak tak pasal kau mati dekat tangan si eskan tu." kata kay.

" jap jefri yang eskan suruh cari tu mungkin ada kena mengena dengan J yang lelaki tu cakap. Mungkin Tom tu pun ada kaitan sekali." teka cavin yang sudah berada di tepi aeden yang sedang sibuk di hadapan skrin komputer.

" aku pun rasa macam tu. Baik kita cari dulu kalau tak jumpa kita pandai pandailah jawab dengan eskan." kata kay.

Mereka semua sibuk mencari maklumat yang diinginkan oleh zayn. Tiba tiba aryan masuk ke dalam ruangan.

" korang buat apa ni sibuk je?" tanya aryan.

" tu kawan kau masuk terus suruh cari maklumat pasal jefri dan Tom. Kau tahu ke pasal ni yan?" tanya cavin.

" dia ada dekat dalam?" tanya aryan kembali.

Semua di situ mengangguk. " tapi dia tak nak ada siapa masuk sampai jumpa maklumat tentang lelaki nama jefri dan Tom. Dia dah jadi eskan not zayn so kau faham faham lah. " kata aeron.

" tak apa aku slow talk dengan dia. Korang cari apa yang dia nak. Oh ya cari juga tentang tailong tailong besar di cina mungkin kita akan dapat maklumat tentang jefri." kata aryan dan berlalu ke ruangan zayn.

" kau tahu kenapa dia jadi macam tu?" tanya cavin kepada aryan di depan pintu ruangan zayn.

" nanti aku cerita, kau buat kerja dulu." kata aryan sambil menepuk bahu cavin lalu masuk ke dalam bilik itu.

/////////////////////////

" aku dah cakap jangan ada yang masuk selagi tak ada apa yang aku nak. Korang tak faham ke buat buat tak faham haa." marah zayn apabila bunyi pintu ruangannya di buka.

" ni aku aryan." kata aryan lalu berdiri di depan meja berhadapan dengan zayn.

Zayn terus memusingkan kerusi kerjanya memandang ke arah aryan.

" kau tak perlu paksa diri kau zayn untuk terima permintaan daddy aku."

Zayn hanya diam.

" aku faham kalau kau tak nak terima tapi bila aku fikir balik ada betul apa daddy aku cakap sera perlukan perlindungan dari kau dan aku percaya yang kau boleh jaga sera."

" tapi zayn kalau kau cari pun maklumat tentang J atau Tom tu sekarang kita tak akan dapat secepat tu. Macam dragon cakap mungkin juga bukan dia yang dalang semua ni kita kena siasat dulu semuanya."

Aryan pergi ke sebelah zayn. Dia memegang bahu kawanya itu.

" aku bukan fikir pasal J tu sebenarnya yan tapi permintaan daddy kau untuk aku kahwin dan lindungi sera tu berat buat aku. Kau tahu aku tak boleh lakukan tu yan. A-aku tak nak perkara dulu terjadi lagi." luah zayn.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now