🕊 Fourty Three 🕊

804 31 0
                                    

Tidak lama selepas itu telefon aryan berbunyi. Dia terkejut apabila tertera nama adiknya. Semua di situ juga telah membuat muka cuak.

" sera." teka zayn.

Aryan mengangguk.

" bagi aku." tanpa berkira aryan terus memberikan phonenya kepada zayn.

Zayn mengangkat panggilan itu.

" hello abang, are you busy?" tanya sera di talian.

"kenapa kau tak tidur lagi sera adelya?" pertanyaan zayn telah mengejutkan sera. Sekarang waktu Malaysia jam 11 malam manakala France jam 4 petang.

Sera melihat nama yang tertera pada phonenya. Betullah dia call aryan tapi kenapa zayn yang angkat.

" kenapa kau diam terkejut aku yang angkat call?" tebak zayn.

"z-zayn kenapa you yang angkat abang mana?"

" ada dalam toilet." tipu zayn.

"ooo ermm zayn you okay kan?" tanya sera takut takut.

" kenapa kau tanya macam tu?" tanya zayn berkerut.

" tak ada apa cuma tadi ermm tak ada apalah sorry ganggu you." sera tidak mahu menjawab pertanyaan zayn.

" sera kenapa kau okay tak? ada orang ganggu kau lagi? Cakap dekat aku." tanya zayn bertubi tubi dengan nada risau.

Yang lain juga telah berubah riak wajah kepada risau.

" tak adalah cuma tadi masa dekat office i ada bad feeling lepastu i teringat dekat you. So I call you tak angkat and chat i pun tak reply mungkin you sibuk sebab tu i call abang sekarang."

Zayn mengukirkan senyuman apabila mendengar perkataan yang baru diberitahu oleh sera. Dia tidak sangka sera boleh merasakan dia memang berada dalam bahaya.

" dah kau tak payah nak fikir aku okay. sekarang dah lewat baik kau tidur."

" betul ni you okay?"

"ye sera adelya."

" okaylah kalau macam tu. Take care bye." kata sera lalu mematikan panggilan.

Semua yang berada berdekatan zayn telah membuat muka ada yang menyampah ada yang senyum nakal.

Zayn memberikan semula phone kepada aryan.

" untunglah ada orang risau. Sekarang kalau call bukan tanya abangnya tapi tanya suaminya tak gitu alan." usik aryan. Alan hanya menjungkitkan bahu.

" aeron aku rasa phone kau bunyi lah cuba kau tengok kut kut mak we simpanan kau call tanya kau okay ke tak." giliran aeden pula.

Kay membuka pula phonenya." eh banyaknya miss call dari baby aku mesti risau pasal aku ni."

" aku nak naik call mel akulah macam ni nak juga ada orang risau." usik mike pula sambil berjalan ke arah tangga.

"korang nak aku bunuh korang pakai pisau ni ke?" kata zayn sambil mengambil pisau bedah yang berada dalam perlengkapan rawatan cavin di sebelahnya.

Mike dan aeden sudah lari naik ke bilik manakala kay dan aryan hanya menggelengkan kepala dan membuat senyuman kambing.

Cavin telah selesai merawat luka zayn. Yang lain juga telah bergerak naik ke bilik masing masing sekarang hanya tinggalnya sendiri di ruang tamu itu. Dia menyandarkan badannya di sofa kulit itu.

Kata kata Marco masih terngiang ngiang dalam ingatannya.

" zayn you have to save your wife and your family from-..."

Sera EskandarWhere stories live. Discover now