🕊 Thirty Two 🕊

897 28 4
                                    

Zayn telah sampai di hex. Dia keluar dari rumah setelah melihat sera telah terlelap selepas mengemas barang barang. Dia mengambil keputusan untuk ke hex ketika sera tidur supaya tidak ditanya banyak.

Zayn juga sudah menyuruh budak budaknya mengawal rumah dan memerhatikan sera dari jarak jauh dan mengabarinya dengan segera jika terjadi sesuatu.

"eh tak kan pengantin baru dah masuk kut." kata kay apabila melihat kelibat zayn masuk ke ruangan itu.

"  zayn kau buat apa dekat sini sera mana?" tanya cavin pula.

" sera dekat rumah." kata zayn lalu duduk di sofa berdekatan kay.

" jangan kata kau tinggalkan dia sorang sorang kesian dia zayn." duga kay.

" aku dah suruh budak budak tengokkan. Kebetulan dia tengah tidur sebab tu aku datang sini." terang zayn.

Mike,aeden dan aeron masuk ke ruangan itu. Mereka bertiga terkejut melihat zayn ada dalam ruangan tempat mereka selalu berkumpul di hex.

" kenapa korang bertiga tengok aku macam nampak hantu?" tanya zayn dengan muka berkerut.

" tak adalah selalunya orang baru kahwin duduk dekat rumah layan isteri, fikir pasal honeymoon kau dah masuk kerja baru kelmarin je zayn kau kahwin." bidas Mike yang telah duduk di tepi zayn.

" haa cakap pasal honeymoon, kau tak ada cadangan nak bawa sera ke mana mana ke?" tanya aeden pula. Yang lain juga jadi tertanya dengan jawapan zayn.

" tak, banyak benda aku perlu selesaikan." balas zayn bersahaja.

" tak romantik langsung kau ni." bidas mike lagi.

" retweet." kata aeron dan aeden serentak.

" dah so maklumat apa yang korang dah dapat?"tanya zayn dengan suara tegasnya. Mereka semua kembali serious.

" Alex ada call aku, dia ada hantar budak dia cari Tom tapi hilang jejak dan mereka dapat tahu yang Tom dah lari pergi luar negara." kata kay.

" tapi kau jangan risau aku dah minta tolong seseorang untuk bantu kita." kata cavin.

"siapa?" tanya zayn.

" our silent killer." kata cavin. Semua terkejut biar betul si cavin ni minta tolong dia.

" Alan."kata zayn.

" yup dia akan bantu kita dari sana. Kau tahulah kawan kau sorang tu dah masak dengan kedudukan musuh kita sebelum ni. Mungkin dia boleh bantu kita cari Tom dengan lebih cepat." kata cavin.

" dia masih di France?" tanya zayn.

Cavin mengangguk " kalau dia dapat kesan Tom dia akan inform kita as soon as possible."

" dia tak nak balik ke?" tanya kay.

" kau tahu alan macam mana susah nak pujuk dia balik sini. Bagi dia environment dekat Malaysia tak sama macam dekat luar negara yang boleh bergerak sesuka hati tanpa mudah dikesan." kata cavin.

" kita kalau nak jumpa dia pun kena pergi Italy, Spain tak pun France baru nampak batang hidung mamat celup tu." kata Mike pula.

" hidup nomad katakan." kata aeron pula.

Mereka semua amat merindukan Alan kerana ingin berkumpul seperti dahulu tapi tidak boleh kerana sesuatu hal. Alan adalah seorang silent killer dalam kumpulan mereka. Dia tidak banyak bicara, apabila bertemu musuh dia pasti akan terus bunuh tanpa basa basi. Boleh dikatakan diantara mereka alan yang paling kejam.

Kalau zayn dan aryan masih boleh dikawal amarahnya tapi Alan tidak dia pasti terus bertindak.

" bila last kau call dia zayn?" tanya aeden tiba tiba.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now