🕊 Fourty Seven🕊

807 34 2
                                    

" boleh tak kalau nak marah jangan buat kerja gila macam tu." marah sera sambil mengubati luka di lengan zayn.

Zayn hanya mendengar bebelan dari sera dan asyik memandang isterinya dari tadi.

" kan tak pasal luka yang dah nak sembuh dah berdarah balik. Kalau you ada masalah atau I ada buat salah cak-.. " sera tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila zayn telah mencium bibirnya tiba tiba.

CUP!

Sera sedikit tergamang dengan perbuatan zayn.

"apa yang you buat ni?" tanya sera dengan muka yang telah merah merona.

CUP!

Zayn mencium bibirnya lagi. Sera yang malu itu terus bangun dari tempat duduknya.

" ermm dah siap, i-i naik dulu simpan ni."  sera ingin berlalu dari situ tapi tangannya tiba tiba ditarik oleh zayn dan menyebabkan dirinya telah terduduk di atas peha zayn dan ubat yang dipegang juga telah jatuh ke lantai.

Sera terkejut dengan tindakan zayn. Dia cuba untuk bangun dari situ namun tidak boleh kerana zayn telah mengunci dirinya di situ.

" kau nak pergi mana? Dah habis membebel?"

" I-i nak pergi simpan ubat ni lah. Mana ada I membebel l just rawat luka you je."

" aku pernah ajar kau cara hilangkan sakit aku kan kenapa kau tak buat ke kau malu nak buat?"

" buat apa?dah lah I nak naik dulu." kata sera yang cuba untuk melepaskan diri namun masih tidak boleh.

Sera telah memandang zayn. Entah apa yang merasukki zayn pun tak tahu tadi marah marah sekarang ingin bermanja dan romantik pula.

" kau tak boleh lari dari aku sera. Kau kena hilangkan rasa sakit aku dulu baru aku lepaskan kau."

"kan I dah rawat you cukup lah tu. You pun bukan sakit lagi pun."

Zayn terus mencium bibir sera buat kesekian kalinya dan kali ini agak lama. Sera sempat meronta ronta tapi hanya sekejap dan dia hanya membiarkan sahaja zayn bermain dengan bibirnya itu. Tangannya juga sudah berada di leher zayn.

Tapi tidak lama loceng rumah mereka berbunyi sehingga zayn terpaksa berhenti. Mereka sempat saling berpandangan dan zayn melepaskan sera.

" why now?" rungut zayn.

Sera menghembuskan nafas lega dan sempat memberikan segaris senyuman kepada zayn sebelum berlari ke pintu utama.

Dia membetulkan rambutnya yang sempat berantakan dan bajunya lalu membuka pintu.

" eh abang, kakak what are you doing here?"

" your cake tertinggal so kita orang hantar lah." kata natalya sambil mengangkat kotak kek dihadapannya.

" oh ya sera lupa nak ambil sebab tadi rushing sangat." kata sera sambil mengambil kotak kek dari tangan kakaknya.

" so tak nak ajak kitaorang masuk?" tanya aryan pula.

" hah sorry sorry masuklah zayn ada dekat dalam." ajak sera.

Sera seperti orang kebingungan sekejap.

" siapa sera?" laung zayn dari dalam.

" hey bro." aryan telah pergi ke arah zayn yang duduk di kerusi di ruang tamu.

" hye zayn, kenapa botol ubat, minyak berselerak ni?" tanya natalya pelik.

" oh tadi sera sapukan ubat dekat zayn lepastu nak cepat cepat bukak pintu sebab tu jatuh." tipu sera.

Sera telah mengutip botol ubat dan minyak itu lalu diletakkan di atas meja.

" wait why your face blushing?" tanya aryan lagi sambil mengecilkan mata.

" hah mana ada mengarut je abang ni dah la sera nak pergi dapur buat air."

Sera terus berlalu ke dapur dengan membawa kotak kek sekali tapi dia sempat berpaling semula.

" kakak please check lengan zayn tadi dia buat hal sampai berdarah balik." laungnya dari arah dapur.

" kenapa tangan you boleh berdarah balik? Jap i check." natalya telah pergi ke arah zayn dan membuka balutan luka zayn.

Aryan melihat balutan di bahagian buku lima zayn.

" kau baru lepaskan amarah kau eh?" duga aryan.

zayn beriak biasa. Aryan sudah mengagak pasti zayn akan melepaskan amarahnya dengan melakukan hal itu iaitu menyakitkan diri sendiri lepastu pasti marah marah nasib punching bag je kalau benda lain haihh risau kadang dengan si zayn ni.

Ada sekali tu zayn pernah memecahkan kaca menggunakan tangannya sendiri dan dilemparnya serpihan itu kepada kay sampai berjahit lelaki tu dekat bahagian perut. Itupun memang salah kay kerana tidak mendengar arahan dari zayn sebelum ini.

" kau memang gila lah zayn so sera dah tengok sisi kau yang tu?" tanyanya perlahan supaya tidak di dengar oleh sera.

" luka you dah okay cuma mungkin tumbukan you terlampau kuat sebab tu darah keluar tapi I harap you tak buat lagi tu pun kalau nak cepat sembuh but I tahu bagi you luka ni sikit je tapi bagi sera ini teruk so you fahamkan maksud i zayn."

" dah korang borak lah i tolong sera dekat dapur." natalya menutup luka itu dan terus berlalu ke dapur.

" so sera okay?" tanya aryan lagi.

" aku rasa dia tak tahu itu bukan aku."

" maksud kau?" kata aryan sambil mengangkat kening.

" dia yang tenangkan aku."

Aryan telah membutangkan mata. Biar betul.

"serious lah tak mungkin eskan hanya boleh dikawal oleh kau sendiri bukan orang lain. No no aku tak percaya."

" terserah kau,aku tak rugi apa pun." kata zayn bersahaja sambil membuka balutan di buku limanya lalu diletakkan di sisinya.

" so daddy macam mana?"

" aku rasa lambat laun dia akan cakap bila dia bersedia kita bagi dia masa tapi aku nak tanya kau sekarang ni."

Zayn menjongketkan keningnya dan memandang aryan.

" sebenarnya sekarang kau rela ke sera tahu segalanya kau tahu kan akibatnya nanti kemungkinan besar dia akan benci kau dan dalam waktu yang sama dia akan tinggalkan kau."

Zayn hanya diam.

" aku tahulah zayn kau dah suka dan cinta dekat adik aku cuma kau tak berani kan nak cakap sebab apa sebab rahsia ni betul tak?"

" bagi aku baik kau buat apa yang sepatutnya kau buat sebelum terlambat."

" maksud kau?"

" Tst, kau faham maksud aku zayn." aryan sempat berdecit dan memberikan segaris senyuman.

Sera dan natalya masih berada di dapur. Natalya membantu sera membuat air dan sera sedang memotong blueberry cheesecake dan diletakkan di atas piring.

" sera okay?" tanya natalya apabila melihat sera asyik senyum dari tadi.

"okay kenapa kakak tanya macam tu?"

" your smile look different."

" hah mana ada macam biasa je sera senyum." katanya sambil membuat muka senyum kepada natalya.

" dah jom kita ke depan." ajak sera sambil membawa dulang berisi kek.

Natalya hanya melihat pergerakan sera keluar dari dapur.

" I hope you will always smile like this baby girl even you know the truth thing one day." getus hati natalya.

Natalya terus mengangkat dulang berisi gelas dan air lalu dibawa ke ruang tamu mengikuti langkah sera dari belakang.


Sera EskandarWhere stories live. Discover now