🕊Ninety Three🕊

870 34 3
                                    

Bunyi loceng rumah telah menyedarkan zayn dari tidur. Dia membuka matanya perlahan lahan sambil memandang sekeliling bilik. Tanpa berlama dia keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah untuk membuka pintu.

" korang buat apa dekat sini?" zayn telah membuka pintu. Rakan rakannya telah berada di hadapan pintu rumahnya dan tanpa berlama seperti biasa mereka masuk begitu sahaja.

" zea kata kau tak balik rumah dan kita orang dah agak kau mesti dekat sini so sebab tu kita orang datang." kata aryan sambil membuka tv di ruang tamu.

" zayn, ni ada pizza jom makan." pelawa cavin yang telah meletakkan kotak pizza di atas meja makan.

" korang makanlah aku tak nak." zayn sudah menyandarkan badannya di sofa berdekatan aryan. Sekarang kepalanya masih sakit dan berdenyut.

" makanlah sikit kau dekat majlis mike tadi tak makan pun kau minum air je." ujar aeden pula.

" kepala kau sakit lagi?" tanya aryan apabila melihat zayn asyik memegang kepalanya.

Zayn hanya mengangguk sambil matanya di pejam.

" ubat kau dah makan?" tanya cavin pula yang telah pergi kearahnya. Zayn menggelengkan kepala.

" kau ni zayn kenapa kau tak makan?" sampuk aeron.

" aku malas. Sakit kepala aku ni pun dah berbulan bulan so tak ada guna aku makan ubat banyak banyak." ujarnya bersahaja.

" aku tahu satu ubat yang boleh sembuhkan kau?" semua telah berpaling ke arah alan yang tiba tiba muncul di belakang mereka.

" nah." alan telah melemparkan satu fail ke arah zayn lalu disambut olehnya.

Zayn membelek satu persatu isi fail itu lalu dia menutupnya semula.

"ini bukan hilangkan sakit ini tambah sakit alan." ujar zayn dingin sambil meletakkan fail itu di atas meja dihadapannya.

Aryan telah mengambil fail itu dan melihatnya semula.

" ni bukan maklumat yang kau suruh budak budak cari tentang sera ke zayn? Apa masalahnya?"

" masalahnya itu maklumat waktu last sera di kesan. Ini dekat airport Dubai lepastu budak budak dah tak boleh ditect dia. Apa yang kau cuba nak cakap ni lan?" zayn telah memandang alan.

" nothing aku cuma nak kau cari dia lagi sebab dia je yang boleh hilangkan sakit kau." kata alan bersahaja.

Mereka semua telah ketawa kecuali zayn. Sudah beberapa bulan zayn cuba mencari sera namun masih tiada perubahan tetap sama. Dia langsung tidak dapat petunjuk di mana sera pergi sekarang.

" enam bulan aku cari dia,korang pun tahu macam nak gila aku cari dia. Tapi tak ada petunjuk sampai sekarang. Dia hilang macam tu je."

"darah dragon memang kuat dalam diri sera. No. Phone dia tukar sosial media semua dia tutup. Macam tahu je kita boleh kesan dia guna semua tu. Aku pun dah cuba tanya aunty anna sebelum ni tapi dia kata sera tak ada balik California pun." ujar aryan sambil.

" so kau dah berputus asa zayn untuk cari dia?" tanya aeden.

"aku tak tahu dan aku malas nak fikir sekarang. Dia sendiri yang tak nak aku cari dia sebab tu dia menghilang macam ni.Tapi bila aku dah jumpa dia nanti aku tak kan bagi dia pergi lagi, walaupun dia dah bencikan aku." ucap zayn.

" aku naik dulu." zayn telah bangun dan ingin naik ke biliknya semula.

" kitaorang tidur dekat sini hari ni teman kau okay." jerit aeden apabila kelibat zayn sudah mula hilang dari pandangan.

Sera EskandarWhere stories live. Discover now