🕊 Twenty 🕊

868 35 0
                                    

Mereka sudah bersiap siap untuk pulang. Semua barang sudah masuk ke dalam kereta.

" semua barang dah ada tak ada yang tertinggal lagi?" tanya aryan kepada sera yang sedang menghulurkan begnya di kereta.

Sera hanya menggelengkan kepala.

" sera thanks tau for trip ni. Love you babe." kata kayla sambil memeluk sera. Melinda pun sama

" aku patut cakap terima kasih sebab korang sudi teman aku walaupun sebenarnya aku datang untuk kerja." kata sera sambil memegang tangan kanan milik kayla dan tangan kiri milik melinda.

Puan aishah datang ke arah sera.

"cik sera terima kasih sekali lagi kerana sudi melawat kami di sini."

" tak ada masalah puan aishah dan kalau ada masalah tentang resort atau perlukan bantuan just call saya. Thanks again for your hospitality puan aishah." kata sera sambil berjabat tangan dengan puan aishah.

Pekerja pekerja di situ turut menunduk kepada sera.

" kalau macam tu saya gerak dulu. Bye semua, kerja rajin rajin." kata sera sambil tersenyum dan memberikan lambaian.

Sera masuk ke dalam kereta yang kali ini dipandu oleh aryan seperti yang dijanjikan.

///////////////////////////////

Mereka sudah sampai di hadapan rumah milik tuan Hakim. Zayn membantu aryan mengeluarkan bagasi. Natalya juga sudah sampai, dia dihantar oleh cavin yang lain sudah pulang.

" bye sera, I hope kita boleh pergi holiday together lagi." kata zea.

" sure, nanti kalau ada waktu kita keluar lunch." cadang sera sambil memeluk zea.

" yah sure nanti you call i okay." kata zea. Mereka sudah menjadi rapat walaupun baru meluangkan masa hanya tiga hari.

Sera pergi ke arah zayn dia ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi walaupun sudah beberapa kali dia melakukan itu.

" zayn, thanks tentang hal hari tu. Kalau ada masa I belanja you makan sebagai tanda terima kasih kalau you sudi." kata sera yang berada di depan pintu tempat memandu.

Zayn memandang tepat ke mata sera. "tak perlu. Kalau bukan kau pun waktu tu aku tetap akan tolong." kata zayn lalu masuk ke dalam kereta.

Sera rasa geram dengan jawapan daripada zayn. Dia berharap hari ini adalah hari terakhir dia berjumpa dengan zayn.

"dasar mr iceberg. Annoying gila." marah sera dalam hati.

Sera terus berlalu masuk ke dalam rumah diikuti oleh aryan dan natalya dari belakang. Tuan Hakim dan puan bella sedang duduk berdua di ruang tamu.

" sera." panggil tuan hakim apabila dia melihat anak perempuannya itu yang baru sampai.

Sera pergi ke arah tuan Hakim sambil dikuti aryan dan natalya. Mereka menyalami tuan hakim dan puan bella.

Tuan Hakim melihat kepada balutan di tangan sera. Mukanya juga sudah berubah.

" kenapa dengan your tangan sera?" tanya tuan hakim sambil memegang tangan anak bongsunya itu.

" ada kemalangan sikit tapi sera tak apa apa daddy you don't have to worry." kata sera.

" kemalangan apa?" tanya puan bella pula dengan riak wajah risau.

" aryan tell me apa dah jadi dekat sana." arah tuan hakim.

" daddy tak apalah sikit je." kata sera. Dia malas membahas tentang hal itu lagi.

" daddy, mummy bagi kita orang naik dulu rehat nanti kita cakap pasal hal ni okay." pujuk natalya yang tidak mahu parentsnya terlampau risau.

Tuan Hakim hanya mengangguk dan membiarkan dua puterinya naik ke atas tapi tidak pada aryan. Tuan hakim telah memberi isyarat mata kepada anak lelakinya itu supaya menunggu di situ. Aryan hanya menyuruh sera dan natalya naik terlebih dahulu dan membiarkannya memberitahu kejadian itu.

Setelah melihat kelibat natalya dan sera hilang dari pandangan baru aryan berani untuk menceritakan kejadian itu kepada tuan hakim dan puan bella yang sudah duduk di sofa.

" aryan apa dah jadi?" tanya tuan hakim.

aryan menarik nafas panjang sebelum menceritakan segalanya. Dia menceritakan tentang kemalangan itu. Riak wajah tuan hakim dan puan bella turut berubah. Mereka amat terkejut dengan apa yang baru diceritakan oleh aryan.

" so zayn macam mana dia okay?" tanya puan bella.

"dia okay mommy cuma tangan dia terluka dan kaki dia sempat sakit tapi dah okay." terang aryan.

" nasib ada zayn kalau tak aryan sendiri tak tahu apa jadi and i really sorry daddy sebab tak jaga sera dengan baik." sebenarnya aryan kesal dengan dirinya kerana dia tidak ada ketika adiknya berada dalam kesusahan tapi nasib ada kawan baiknya zayn.

Tuan hakim hanya mengangguk. Dia tidak mahu marahkan aryan kerana tiada guna kerana perkara tersebut telah terjadi.

" tapi kenapa tak bagi tahu daddy awal tentang hal ni dan kenapa yang lain pun senyap?" tanya tuan hakim kesal.

"sera yang minta untuk tidak bagitahu daddy plus ada satu perkara lagi daddy perlu tahu."

" tahu apa?"

"kemalangan ini telah dirancang."

" dirancang. Maksud kamu ada orang sengaja nak sera cedera?" tanya puan bella yang sudah mula risau.

"aryan tak pasti tentang tu, tapi apa yang pasti kitaorang sempat menangkap salah seorang lelaki yang merupakan dalang dalam kemalangan tu. Dia kata dia hanya dibayar oleh orang bernama Tom untuk melakukan kerja tu dan dia sempat cakap nama boss besar mereka adalah j." terang aryan.

" Tom, j?!"kata tuan hakim dengan muka berkerut.

aryan mengangguk." yes daddy dan lelaki yang kami tahan tu ada tattoo singa dibahagian lengannya."

"daddy ada kenal orang nama Tom or j ke sebelum ni atau taiko lain yang ada kena mengena dengan tattoo tu?" tanya aryan.

Tuan hakim hanya diam. Dia seperti memikirkan sesuatu tapi dia tidak mahu membicarakannya.

" jadi mana lelaki itu sekarang?" 

" dia dah mati." 

" jangan kata yang kamu semua bu-." tidak sempat puan bella menghabiskan ayatnya aryan terus memotong.

" no no bukan kali ni sebab zayn sempat lepaskan dia tapi ada orang lain yang telah bunuh dia di tempat kitaorang tahan dia waktu tu." terang aryan.

Puan bella menarik nafas lega. Kalau boleh dia tidak mahu anaknya terlibat dengan masalah yang besar dan terlibat dengan aktiviti mafia mereka, tapi dia tidak dapat berbuat apa apa tentang hal itu.

" esok suruh zayn datang jumpa daddy di office." arah tuan hakim.

"nanti aryan inform zayn but tentang hal tadi daddy tak payah risau sera langsung tidak tahu dan hex akan uruskan." 

Setelah selesai menceritakan hal itu kepada tuan hakim,  aryan terus naik ke bilik untuk berehat tapi tuan hakim dan puan bella masih berada di ruang tamu dan seperti memikirkan sesuatu yang penting. 

" d yakin ke dengan keputusan tu?" tanya puan bella sambil memegang tangan tuan hakim.

tuan hakim mengangguk." daddy rasa itu je cara untuk lindungi sera mi."

"mommy tak kesah tapi you know sera right, mi tak rasa di nak terima." kata puan bella.

" daddy akan buat sampai dia terima." kata tuan hakim.







Sera EskandarWhere stories live. Discover now