5

49 16 0
                                    

kerja eunkyung sudah selesai harini. sekarang dia kena balik rumah untuk siapkan kerja sekolah pula.

eunkyung mendapat panggilan dari mamanya. "hello mama"

"suara penat je.. baru balik kerja?" tanyanya dengan prihatin.

"ya.."

"itulah, mama suruh tinggal dengan mama kat seoul, taknak. tengok sekarang siapa yang susah" bebel mamanya.

"eunkyung tak susah pun mama"

"eunkyung.. tinggal dengan mama nak?"

"mama saya dah cakap-"

"eunkyung pun takkan susah susah lagi nak cari duit, bayar sewa rumah semua tu. cuma pergi sekolah je. kenapa eunkyung paksa diri?" suara mama eunkyung masih terkawal.

"eunkyung tak paksa diri dan eunkyung tak susah. eunkyung boleh hantar duit kat mama kalau mama nak" itu kata-kata terakhir eunkyung sebelum mematikan talian.

gadis itu melepaskan keluhan berat. entah kenapa kakinya bergerak menuju ke tempat yang biasa didudukinya apabila dia sedang stress tentang sesuatu.

tapi sekarang dia tak stress, cuma nak ketenangan.

eunkyung berjalan ke taman. tempat kegemarannya. taman tu ada pokok-pokok, banyak bangku dan meja, gerai makanan, dan yang paling penting, ada tasik.

walaupun sekarang dah malam, masih ada orang lagi. dia duduk di satu bangku dan meletakkan begnya di atas meja.

"macam biasa lah.." katanya seorang diri.

dia melihat tasik yang tenang, dan beberapa orang yang lalu di depannya.

"kyung?" seseorang memanggilnya dengan terkejut.

eunkyung juga terkejut dengan kedatangannya.

"oh hyunjin.." jawabnya. suaranya langsung tak bersemangat.

"baru habis kerja?" hyunjin mengambil tempat duduk di depannya.

eunkyung mengangguk. matanya tetap pada tasik. tasik kegemarannya.

"buat apa kat sini?" tanya eunkyung. ingin memulakan perbualan.

"saja. rasa macam dah lama tak datang sini. kau?"

"aku.. selalu datang sini. harini datang lagi" eunkyung tersenyum nipis.

"kenapa?"

"hmm sebab tenang. tengok tasik tu, tenang je"

hyunjin membalas cepat-cepat. "bukan. kenapa kau nampak sedih"

eunkyung terduduk tegak. "aku nampak sedih?" dia tersenyum. "mana ada merepek lah kau ni"

"okay bukan sedih. aku tak tahu apa. tapi macam ada sesuatu yang tak selesai"

eunkyung tak suka bercakap tentang halnya. jadi dia menukar topik. apa-apa sahaja, asalkan tidak melibatkan masalah yang dia hadapi.

"esok aku datang sini lagi lepas habis kerja" kata eunkyung.

"habis kerja pukul berapa?"

"8 malam"

"okay. aku pun datang sini jugak" kata hyunjin. matanya juga tertumpu pada tasik itu.

eunkyung terdiam sebentar. dia nak menyendiri hari esok.. kenapa lah mulutnya boleh berkata macam tu pada hyunjin? tak sangka langsung.

"tak suka? ke nak aku amik kau lepas habis sekolah? sekolah kau kat mana? biar aku amik"

eunkyung tergelak kecil. "tak payah. sekolah kita jauh"

"eh mana kau tahu aku sekolah mana? eii stalk akuuu" hyunjin menolak sedikit tangan eunkyung.

"bukanlah. jisung bagitahu tadi korang satu sekolah. dia datang makan kat restoran" eunkyung senyum.

"oh.. jisung" hyunjin tergelak apabila mengingati kawannya yang sudah jatuh cinta terhadap gadis di depannya tu.

"aku balik dululah. penat dah" eunkyung berdiri.

"penat dah layan aku? ha yelah bye"

"bukann" eunkyung tergelak kecil.

"okay bye" hyunjin melambai tangan.

broken heart ~ hwang hyunjinWhere stories live. Discover now