8

38 17 0
                                    

akhirnya. loceng sekolah berbunyi juga.

"balik dulu kyung!!"
"bye!"

eunkyung mengambil masanya untuk mengemas barang dan balik ke rumah. selepas tu, dia menukar bajunya dan terus menuju ke tempat kerja.

selepas 3 jam bekerja, dia merehatkan diri sebentar di ruang staff.

"eunkyung!"

eunkyung menoleh. haih, baru nak rehat sekejap.

"ya?"
"ikut saya."
pekerja perempuan itu berjalan ke ruang mencuci pinggan dan eunkyung mengikutinya.

"apa ni?" jarinya menunjuk ke lantai, yang mempunyai serpihan pinggan yang pecah.

"um pinggan pecah? awak terpecahkan ke?"

"jangan la pura pura tak tahu! mengaku jela awak yang buat ni!" pekerja itu mula menengking.

"eh tak! saya tak masuk pun bahagian cuci pinggan ni.." katanya jujur.

"huh. mestilah awak tak mengaku kan. dah. keluar"

"ok-"

"ah tak perlu. awak balik je. balik sekarang"

eunkyung tidak berganjak. dia tidak mahu hilang kerjanya..

"tapi-"

"balik! saya taknak tengok muka awak!"

gadis itu terus berpaling dan berjalan ke luar restoran dengan tote bagnya. dia berasa marah. bukan dia yang melakukan tu, kenapa dia yang perlu keluar? dia sudah dipecat ke?

tanpa menyedari pun, dia telah sampai di taman dan meja yang biasa didudukinya hampir setiap malam.

dia melihat jam di tangannya. 7.10

lama lagi untuk dia sampai..

eunkyung menikmati pemandangan di hadapannya. walaupun telah dilihat setiap hari, dia tidak pernah berasa jemu dengan tasik yang cantik itu.

dia juga sukakan lampu lampu yang dipasang pada kedai-kedai kecil di tepi tasik, dan juga lampu-lampu dan hiasan yang terdapat berdekatan tasik itu. pelik, tapi itulah yang disukai gadis itu.

sampailah satu panggilan telefon mengganggu ketenteramannya. "mama"

"eunkyung sihat?"

"sihat"

"mama.. nak cakap sikit"

"pasal duduk dengan mama?"

"ya.."

"kyung tak tahu berapa kali kyung kena bagitahu mama, tapi jawapan kyung tetap sama. tolong lah mama kita cakap pasal benda lain?" eunkyung mengeluh.

"mama cuma nak kurangkan beban anak mama. tak boleh?"

"kyung tahu, tahu. kita cakap nanti je ya? kyung.. penat sikit harini"

"hm okay lah macam tu. rehat banyak-banyak okay? jangan lupa makan"

"okay you too"

begitu sahaja perbualan mereka tamat. eunkyung meletakkan phonenya ke dalam beg dan matanya kembali tertumpu pada beberapa keluarga yang berjalan bersama di tepi tasik.

kalau lah..

eunkyung bersandar pada bangku itu, dan mula teringat satu-satu perkara yang berlaku padanya hari ini. kenapa harinya begitu teruk sekali?

"jang eunkyung? dia senang sangat lahh!"
"bila aku dapat je dia, setiap satu korang kena bayar aku"
"mengaku jela awak yang buat ni!"
"balik sekarang"
"mama nak cakap sikit.."

setiap satu kata-kata itu sangat menyakitkan hatinya. dia juga rasa bersalah pada ibunya kerana bersikap sebegitu.

semuanya membuatkannya serabut. taktahu nak fikir yang mana satu dahulu. atau tak perlu difikir? kenapa dia dituduh tanpa bukti? kenapa pelajar lelaki di sekolahnya menganggap dia perempuan yang mudah? kenapa dia sanggup berbuat begitu pada ibunya?

perasaan bercampur baur itu mendatangkan stress kepadanya. eunkyung meramas rambutnya dengan kuat dan menundukkan kepalanya.

air matanya turun dan tangisannya meletus.

tanpa dijangka, badannya ditarik perlahan ke dalam rangkulan seseorang. seseorang yang dia tunggu untuk hadir.

dia menganggap lelaki itu hadir pada masa yang salah. tetapi dia tidak boleh menafikan yang dia sangat memerlukan seseorang pada waktu ini.

tangisannya tidak berhenti untuk seketika masa, dan lelaki itu tidak pernah meninggalkan sisinya. malah tubuhnya dipeluk dengan lebih erat dan rambutnya diusap dengan begitu lembut.

+++

:( eunkyungg

korg vote tauuu

broken heart ~ hwang hyunjinWhere stories live. Discover now