18

29 14 0
                                    

"aku suka kau. sebenarnya, aku dah lama- eh, lama ke? kau suka aku- eh, aku suka kau"

hyunjin mundar-mandir di biliknya. dia sedang berfikir macam mana nak meluahkan perasaan dekat eunkyung.

dengar cerita eunbi confess kat jisung, jadi dia pun nak melakukan benda yang sama.

walaupun sebenarnya mereka boleh merasakan isi hati masing-masing, dia tetap perlu menjadikannya official, kan.

"haih" hyunjin duduk di birai katil. dia mengambil phonenya dan mendail nombor telefon eunkyung.

"hello eunkyung"

"ya, hyunjin"

"kau kat mana?"

"aku tengah kerja lah" eunkyung menelefon hyunjin sambil mengelap meja.

"oh.. aku datang sana eh? nak cakap sikit"

eunkyung mula gugup bila hyunjin cakap begitu. apa yang dia nak cakap? "okay"

"okay. 10 minit aku sampai"

////

pintu restoran dibuka. eunkyung menoleh kepalanya dengan pantas.

"kyung.. kau nak cakap kat sini ke kat tempat lain?" hyunjin masih berdiri.

"kat sini jelah. duduk lah" eunkyung memegang lengan hyunjin perlahan dan membawanya ke kerusi.

eunkyung duduk di depan hyunjin. "kau nak cakap apa?"

"aku straight forward je boleh?"

eunkyung mengangguk.

"aku.. suka kau" beberapa saat selepas berkata itu, hyunjin tersenyum menampakkan eye smilenya.

mata mereka bertentangan.

tetapi selepas seminit, hyunjin masih belum mendapat respons daripada eunkyung. eunkyung tidak tahu apa yang perlu dilakukannya pada saat ini.

dia perlu balas balik 'aku suka kau juga' ke? ataupun di perlu pura-pura tak dengar je?

"kau taknak bagi jawapan apa-apa ke?"

"nanti"

"hm?"

"bagi aku masa sikit.. boleh?" tanya eunkyung dengan berhati-hati, tidak mahu kehilangan lelaki kesayangannya ini.

"oh boleh boleh! ambik masa banyak mana yang kau perlu" kata hyunjin dengan sifatnya yang memahami.

"aku.."

hyunjin menantikan ayat eunkyung yang seterusnya.

"aku pun.. um- bagi aku masa. bagi aku masa" eunkyung menunduk. dia juga ingin meluahkan perasaannya. tetapi, nantilah. nanti..

"boleh, kyung" hyunjin bersandar di kerusi. "aku nak teman kau kerja harini"

"hah? tak payah lah. balik je"

"taknak. adik aku dah nak balik tuisyen. aku nak amik dia kejap lagi. lepastu nanti aku datang sini balik eh? teman kau"

kyung tergelak kecil. "sebelum ni elok je kau tak teman aku"

"biarlah, nak jadi boyfriend kau kena lah teman kau kerja"

eunkyung tersenyum pahit. hyunjin tahu seperti ada sesuatu tak kena. eunkyung nampak lain harini.

"kyung" hyunjin menggenggam tangan eunkyung.

itu perkara yang biasa dilakukannya apabila eunkyung dalam kesedihan.

"hm?" eunkyung mengelak dari memandang hyunjin.

"look at me"

akhirnya mata mereka bertentangan.

"kenapa ni? hm?" hyunjin mengusap-usap tangan eunkyung.

"tak-"

"jangan tipu, sebab aku sentiasa tahu bila kau tak okay"

"takde apa.. aku cuma harap perjalanan hidup aku tak jadi terlalu susah lepas ni" eunkyung melihat tangannya yang digenggam hyunjin.

"kenapa cakap macam tu? ada apa-apa berlaku?" tanyanya lembut.

eunkyung menggeleng. tapi mukanya jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku.

hyunjin pula tidak mahu memaksa eunkyung untuk beritahu. dia bangun dan berdiri di sebelah eunkyung, memegang kedua-dua bahu gadis itu.

"bangun" eunkyung mendengar kata hyunjin dan berdiri di depannya. "jom kita keluar kejap jalan-jalan. sedih tau aku tengok kau macam ni" kata hyunjin sambil membuka apron pada tubuh eunkyung. kemudian dia mencampakkan apron itu ke atas meja.

"jom" hyunjin menarik tangan eunkyung.

"eh tapi aku tengah kerja-"

"sekejap je, ambik angin"

eunkyung memang mengalah saja. mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan itu buat beberapa minit sambil berpegangan tangan.

eunkyung memandang hyunjin dengan pandangan penuh makna. "hyunjin"

"ya?"

"terima kasih"

eunkyung seperti dapat merasakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku dalam masa terdekat ini.

sesuatu yang buruk itu melibatkan hubungan mereka berdua.

"untuk?" hyunjin berhenti berjalan. dia juga dapat merasakan sesuatu, sesuatu yang sedih.

"untuk semuanya"

demi menghilangkan mood yang agak sedih ini, hyunjin senyum. "terima kasih untuk semuanya jugak. kau banyak buat aku happy" hyunjin tersengih.

eunkyung membalas senyumannya. senyuman eunkyung tidak semanis dulu.

"okay lah. aku nak pergi amik adik aku ni. kau nak ikut tak?"

eunkyung mengangguk. "nak"

"okay jom!" mereka meneruskan berjalan lagi.

mereka semakin hampir dengan pusat tuisyen. tiba-tiba tali kasut eunkyung terlerai. "kau jalan dulu! kejap lagi aku ikut"

hyunjin mengangguk. dia berjalan beberapa tapak ke depan dan terus sampai di pusat tuisyen tersebut. "nari!"

"hyunjinnn!!" nari keluar dari bangunan dan berlari ke arah hyunjin.

"awal eh kau amik aku harini" kata nari. biasanya hyunjin datang lewat sikit.

"saje"

"suka hati kau lah~"

"oh! aku bawak seseorang tau harini" bisik hyunjin kepada adiknya.

"hah?! siapa?!" teruja nari.

"kejap" hyunjin menoleh ke belakang untuk mencari eunkyung.

eh? mana dia?

broken heart ~ hwang hyunjinWhere stories live. Discover now