7

37 18 0
                                    

"jang eunkyung. tolong cikgu hantar ni kat bilik guru" gurunya menghulurkan beg laptop kepada eunkyung.

"baik" jawabnya perlahan.

kakinya melangkah ke luar kelas dan berjalan ke bilik guru. dia perlu melalui beberapa kelas untuk sampai ke sana dan terdengar sesuatu yang menarik perhatiannya dari salah satu kelas yang dia lalui.

"siapa lagi?"
"eunkyung"
"jang eunkyung? dia senang sangat lahh!"
"iya ke? aku tengok dia macam tak berapa mudah. haritu aku nampak dia tumbuk lelaki"
"ei aku tak suka perempuan kasar macam tu"
"buat jelah! korang takut dengan dia en? sebab tu tak berani"
"aku buat! biar aku buat. korang semua pengecut. dengar eh, bila aku dapat je dia, setiap satu korang kena bayar aku"
"memanglah, itu yang kita tengah buat sekarang ni kan"

eunkyung tidak sangka dengan apa yang didengarnya. walau macam mana pun, dia tetap perlu berlawan untuk diri sendiri.

dia melangkah dengan berani menuju ke meja tempat semua lelaki itu berkumpul dan terus menepuk meja itu dengan kuat.

"tch. eunkyung. panjang umur kau eh"

"aku nak korang semua tahu, that i will never dated any one of you. perangai sendiri pun masih banyak yang nak dibetulkan, tak payah nak susahkan orang lain"

"aishh aku memang tak suka perempuan macam kau-"

"one more thing, no one cares kalau kau suka dia ke tak. lain lah kalau muka kau macam kim minjae kan? ni muka pun reban." eunkyung kedengaran sangat marah, tetapi semua orang boleh tahu yang dia sedang menahan kemarahannya.

dia tidak mahu meluangkan masa dengan lebih lama di depan semua orang yang telah menyakitinya ini. eunkyung terus bergerak keluar dan menuju bilik guru.

broken heart ~ hwang hyunjinWhere stories live. Discover now