walau selepas tangisannya reda, genggaman pada t-shirt lelaki itu tidak dilepaskan. seakan-akan untuk menyuruhnya jangan pergi.
"hyunjin" panggilnya dengan suara yang serak.
"hm?" hyunjin memandang matanya. ekspresi wajahnya menunjukkan betapa risau dia terhadap eunkyung.
"terima kasih"
hyunjin mengangguk dan tersenyum nipis. "kenapa tadi kau menangis?" dia bertanya.
"ha? um...." eunkyung mengelak dari memandang mata hyunjin. hyunjin tahu tu.
ini lah sebabnya eunkyung tidak suka menangis di hadapan orang. dia akan berasa malu selepas itu.
"takdelah. aku.. stress sikit" dia masih lagi mengelak memandang matanya.
"kyung." hyunjin mengambil tangan eunkyung yang menggenggam bajunya, kemudian mengusap tangan itu.
"aku ada"
kali ini barulah eunkyung memandang ke mata hyunjin. mereka bertentang mata.
"aku ada kalau kau nak luahkan apa-apa. aku ada kalau kau nak cerita benda happy, benda sedih, benda yang kau tak suka. semuanya kau boleh cerita kat aku. put your trust in me"
apabila melihat eunkyung tidak bersuara, hyunjin menunduk sedikit untuk melihat mukanya dengan lebih jelas. "okay?"
eunkyung sedikit teragak-agak, tetapi dia tetap menangguk perlahan, tanda setuju.
"so. kau nak cerita?"
dia menarik nafas panjang-panjang sebelum memulakan ceritanya. cerita tentang harinya yang agak teruk dalam hidupnya.
"tadi time kat sekolah..."
setelah beberapa minit, eunkyung menghabiskan ceritanya.
"macam tulah.. haih" dia mengeluh sekali lagi. tidak tahulah ini kali ke berapa dia mengeluh hari ni.
"first of all. aku rasa macam nak suruh kau pindah sekolah aku- ani ani! aku nak pindah sekolah kau! supaya aku boleh protect kau"
eunkyung tergelak kecil. "aku boleh jaga diri sendiri"
"sekejap. jadi kau kena buang kerja ke..?"
dia mengangguk. "aku rasa macam tu lah" jawabnya lemah.
"bullshi- dahlah salah orang! mana orang tu meh sini biar aku jumpa dia!" hyunjin menaikkan lengan bajunya hingga ke siku.
"tapi en asal dia suka hati je buang kau kerja? bukan dia pekerja biasa jugak ke?"
"tak.. dia memang selalu buat ikut kepala dia je. aku pun tak faham. mentang-mentang rapat dengan boss"
hyunjin menggeleng kepala. "baru rapat dengan boss perangai dah macam gitu. cuba kalau dia jadi boss satu hari nanti? eii memang takde staff lah company dia tu"
eunkyung tergelak. "merepek lah kau ni"
"betul lah! ....pasal mama kau tu.. kenapa kau taknak tinggal dengan dia?"
"haih. aku tak suka step dad aku. tu je. lagipun entahlah macam selesa pulak tinggal sorang-sorang ni" eunkyung tersengih.
"best lah kau! satu hari nanti aku nak serang rumah kau"
"aik? janganlah serang tachod i tau"
hyunjin ketawa dengan gelagat eunkyung. "nak serang jugak"
"tak bolee"
"boleee"