last chapter.
sekarang hyunjin memang betul-betul tidak kisah dengan pakaiannya atau rupanya. dia tidak sedar yang cuaca sekarang lebih sejuk, nasib baiklah jisung sempat mengejar dan memberinya jaket tebal.
hyunjin sampai di sekolah dan terus menuju ke kelas nari. dia membuka pintu kelas dan berjalan laju ke arah adiknya. semua orang terkejut dengan kedatangan hyunjin yang tiba-tiba.
nari juga terkejut melihat hyunjin datang ke sekolah dengan berpakaian begitu. pakaiannya tidak berubah dari semalam.
"hyunjin" nari berdiri dari tempat duduknya.
"nari cakap dengan aku. siapa yang buli kau dulu? siapa nama dia?" tanya hyunjin dengan tergesa.
nari melepaskan keluhan berat. dia tidak sangka kes bulinya ini akan dicakap semula. dia tidak sangka suatu hari nanti, dia tetap akan beritahu siapa pembulinya. tapi nari tahu, abangnya perlu tahu.
"jang eunkyung" kata nari.
hyunjin menahan dirinya pada meja nari daj menunduk. jadi betul lah..
jisung yang berada di pintu kelas juga dapat mendengar perbualan mereka. dia terkejut, sangat-sangat.
"kenapa kau tak cakap awal-awal?" hyunjin cuba menahan dirinya dari menangis.
"dia banyak buat baik dengan aku dulu, hyunjin. cuma dia tersalah step je waktu tu. aku tahu dia dah menyesal. sebab tu aku taknak bagitahu kau dulu. aku taknak lupakan benda baik yang dia dah buat kat aku. nanti aku yang menyesal" kata nari seakan-akan cuba memujuk hyunjin.
"dia selalu message aku setiap kali birthday aku, dia minta maaf. dia selalu minta maaf" terang nari lagi.
"dia tetap salah, kan? dia dah buat kau trauma."
"ak-"
"kau masih lagi sedih pasal dia buli kau. kau masih fikir diri kau lemah, sampai sekarang. sebab tu aku-" hyunjin menarik nafas panjang. sangat sukar baginya untuk mengatakan kata-kata seperti ini. "sebab tu aku tak boleh bersama dengan dia lagi" hyunjin menunduk.
"apa maksud kau?"
"aku suka dia. sebelum aku tahu yang dia buli kau" kata hyunjin. tapi hatinya tetaplah masih sama. dia masih menyukai eunkyung.
"aku tahu tu.. tapi, dia-"
"kau tahu? kau tahu tapi kau tak bagitahu aku pun?" tanya hyunjin. dia tidak kisah macam mana adiknya boleh tahu, dia cuma marah kenapa adiknya tidak beritahu dengan lebih awal.
"takde bezanya pun kalau aku bagitahu sekarang atau haritu, hyunjin. kau tetap tahu juga nanti" kata nari. pemikiran dua beradik ini sangat berbeza.
"sejak bila kau tahu aku suka dia?"
"waktu kau gaduh dengan jisung dalam kelas kau. kau kejar jisung, aku dengar korang berebut eunkyung. bila dah habis sekolah, aku cakap kat jisung aku nak tengok gambar eunkyung yang korang suka tu. dan betullah, itu eunkyung yang aku kenal"
sekarang hyunjin sudah tahu semua yang dia perlu tahu. dia terus keluar dari kelas tanpa mengucapkan apa-apa lagi kepada nari.
hyunjin baru sahaja ingin mendail nombor eunkyung, tapi eunkyung sudah menelefonnya terlebih dahulu.
"eunkyung" panggil hyunjin. suaranya lemah.
"aku nak jumpa kau, dekat taman" kata eunkyung terus terang.
"hm" hyunjin meletakkan panggilan. mereka berdua tahu ini akan menjadi perjumpaan terakhir mereka.
sebab itulah hyunjin semakin sedih sekarang ini. air matanya tidak berhenti mengalir, sama juga seperti eunkyung.