"kau tahu kan semalam kau obvious gila?" tanya haneul. dia asyik tersenyum apabila berkata tentang hal ini.
"o-o-obvious apa?!" tanya eunbi. dia malu gila sekarang.
eunbi kembali menumpukan perhatian kepada laptopnya. tengok drama atas katil haneul. haneul pula kat meja study, main phone.
"takyah lah nak menipu aku. aku bukannya kenal kau semalam. dah 6 tahun kita kenal"
"mende kau cakap ni mengarut betul lah pepagi ni" kata eunbi dengan laju.
haneul tergelak. "kau takut dia anggap kau kawan je ke?"
"memang tu pun yang berlaku. macam lah kau tak tahu dia suka siapa"
"ish kau ni.." haneul datang duduk di sebelah rakannya itu. "belum cuba belum tahu"
eunbi menepuk perlahan paha haneul akibat terlalu malu.
"comel je kau ni" haneul mengusutkan rambut eunbi.
"yah! jangan lah!"
"pergi confess kat dia"
"hah? tadi kau cakap kau tahu kan kenapa aku takut?"
"iya, jangan lah disebabkan rasa takut tu, kau hilang benda yang kau sayang. kau nak hilang jisung yang kau sayang dah lama tu ke?"
eunbi menggeleng. "taknak"
"pergi eh? harini. nanti aku suruh dia datang kat tempat mana kau nak jumpa" kata haneul. eunbi beruntung kerana mempunyai kawan yang supportive.
"takpe, aku text dia nanti. tapi haneul, kalau dia reject aku, aku nak cakap apa?"
"okay first, meh sini" haneul menarik tangan eunbi untuk duduk di meja belajarnya.
"aku akan tolong kau cari idea untuk susun ayat nak confess nanti. aku harap plan ni menjadi lah"
"tapi dia suka kyung-"
"shhh! duduk sini"
/////
"ya eunbi. kenapa ajak jumpa?" tanya jisung dan minum air coffee di depannya.
"saje je. nak lepak dengan kau, tak boleh ke?" eunbi senyum. dia hanya ingin kelihatan tenang, taknak lah jadi macam semalam.
"boleh lah. kalau camtu kejap lagi kita gi tengok wayang lah" katanya selamba.
"tengok wayang?" eunbi terkejut.
jisung mengangguk. "kata tadi nak lepak dengan aku"
"oh.." hanya tuhan je tahu betapa takutnya eunbi sekarang. macam mana kalau dia tersilap langkah?
eunbi berfikir. kalau nak pergi wayang, bila nak confess? taknak confess sekarang.. nanti mesti tak jadi nak pergi wayang dengan jisung. hm...
"air kau dah habis kan? jom lah gerak" jisung berjalan dengan kedua-dua tangan di dalam poket jaketnya. kakinya melangkah ke arah kereta.
eunbi bangun dan mengejar jisung. kemudian duduk di sebelahnya dalam kereta.
"kita nak tengok cerita apa?" eunbi melihat jisung yang sedang memandu kereta. jantungnya berdegup lagi kencang, lelaki di sebelahnya ini hensem sangat.
"mmm sampai sana nanti baru kita decide lah. kau ada nak tengok cerita apa-apa tak?" jisung menoleh ke arah eunbi sesaat dan matanya kembali pada jalan.
"oh ada! ada cerita hantu baru keluar kan?" tanya eunbi dengan teruja.
"cerita hantu?"
"haah"