20

35 14 0
                                    

eunkyung pov.

6 hari lepas,

"eunkyung, order untuk meja 8 dah siap"

"baikk" aku mengambil dulang itu untuk dihantar ke meja mereka berempat. jisung, hyunjin, haneul, eunbi.

tetapi langkahku terhenti. aku terdengar perbualan mereka yang aku rasa aku memang patut dengar.

"aku paling beeeenci sekali pembuli"

jantung aku berdegup lebih laju dari biasa mendengar ayatnya itu. kenapa aku rasa takut? sepatutnya dari awal lagi, aku dah tahu yang aku tak layak nak bercinta atau suka siapa-siapa.

"pahal pulak?! kau pernah kena buli ke?!" tanya haneul dengan terkejut.

"bukan aku. adik aku" hyunjin melepaskan keluhan berat. "aku takkan lupa.."

aku meletakkan dulang di meja belakang dan terus pergi ke tandas.

walaupun bukan adik hyunjin yang aku buli, aku tetap tak boleh bersama dengan hyunjin. dia benci pembuli. dia benci aku.

aku takkan boleh bersama dengan siapa-siapa pun, sebab semua orang takkan maafkan aku.

////

"kau jalan dulu! kejap lagi aku ikut" kata aku sambil mengikat tali kasut.

hyunjin mengangguk. dia berjalan beberapa tapak ke depan dan aku mendengar dia memanggil seseorang. "nari!"

nari?

"hyunjinnn!!" nari keluar dari bangunan dan berlari ke arah hyunjin.

aku berlari ke belakang tiang untuk menyorok. nafasku tersekat. aku menjadi kaku di tempat aku berdiri. no.. tak mungkin..

"awal eh kau amik aku harini" kata nari.

tu memang adik dia. hwang nari, hwang hyunjin.

dari sini baru lah aku tahu, rupa-rupanya hukuman aku dah bermula lama dah. dan aku langsung tak sedar ianya adalah hukuman, kerana hukumannya terlalu indah.

hukuman aku itu hyunjin.

buat pertama kali, aku suka seseorang sampai macam ni sekali. perasaan aku untuknya begitu mendalam. sampailah satu masa dia meluahkan perasaannya terhadap aku, tetapi aku tidak boleh berbuat apa-apa. sekarang barulah aku sedar. kenapa tuhan menghantar hyunjin untukku.

supaya aku menderita. aku sudah melukakan perasaan ramai orang, dan inilah hukuman aku.

"mana orangnya?"

"lah hilang! kejap aku message dia"

hyunjin.
kyung mana kau?

aku tak reply, aku tak boleh. aku terus berlari balik ke rumah.

maafkan aku hyunjin.

sampai saja di rumah, aku berbaring di katil dan mula berfikir. kalau hyunjin tahu adiknya dibuli, mestilah dia tahu siapa pembulinya.

jadi selama ni.. dia sengaja dekatkan diri dengan aku? supaya aku suka dia, dan dia dapat balas dendam satu hari nanti.

oh. macam tu rupanya.

aku mendail nombor telefon seseorang. "hello mama. kyung nak tinggal dengan mama"








sudah dua hari hyunjin mengurungkan diri dalam bilik. ibu bapanya risau, dia cuma beri alasan tak sihat dan buat kerja sekolah.

broken heart ~ hwang hyunjinWhere stories live. Discover now