13

32 13 0
                                    

dia ingatkan berdua.. rupanya..

"kyungieeee!!" eunbi melambai dari jauh.

haneul sudah memeluk eunkyung. macam lama sangat je tak jumpa.

"aku dah beli tiket. jooom" jisung sudah masuk terlebih dahulu.

eunkyung memandang hyunjin. tetapi dia pun sudah masuk juga, sama teruja macam jisung.

musnah harapan eunkyung. "kyung! jom masuk jom!!" eunbi memimpin tangan eunkyung dan haneul.

"ramai pun ramai lah.." eunkyung berbisik seorang diri.

"apa dia?"

"takde apa. jom jom masuk!!"

////

"eunbi beli baju tu nak tak??" tanya eunkyung dengan excited.

dia mengheret kedua-dua kawan perempuannya itu masuk ke kedai yang ada di theme park.

"t-shirt ni? tak lawa lah pink!!" haneul membuat muka jijik.

"amik lah warna lain! hitam ke kuning" kata eunkyung.

"aku amik ni! kelabu!" eunbi menunjukkan baju yang telah dipilihnya.

"aku amik putih!" eunkyung juga mencapai baju putih yang dimahukan itu.

"alaaa aku tak tahu nak warna apa!!" haneul masih memilih milih.

eunkyung melihat-lihat t-shirt yang ada di situ. "warna hijau tua ni macam sesuai je dengan kau" kata eunkyung.

"haah lah! lawa" eunbi menyokong.

"yeke?"

eunbi dan eunkyung mengangguk laju.

"okay boleh lah! jom bayarrr" haneul merangkul bahu eunkyung dan eunbi.

"yeayy kita dah ada baju matchy matchyyy" eunbi menghayun beg plastik baju yang dibeli tadi.

"yeayyy"

"korang. tu bukan han dengan hyunjin ke?" haneul menunjuk ke depan.

mereka bertiga memang dah berpecah dengan hyunjin dan jisung sejak mula-mula masuk. sekarang barulah terjumpa balik.

eunbi berlari ke arah mereka. "jisung kau okay tak?? pucatnyaaa!" eunbi menekup pipi jisung.

muka jisung dah macam roh meninggalkan jasad.

hyunjin tergelak. "jisung takut gila naik roller coaster tadi"

"ish kau ni janganlah paksa paksa dia naik!" eunbi menepuk lengan hyunjin.

"akh!"

"dah dah dah! jisung pegi beli air mineral ke apa. aku nak naik roller coaster besar tu dengan korang" kata haneul kepada eunbi dan eunkyung.

"aku nak teman jisung" kata eunbi.

"kau ingat aku budak budak ke" jisung tergelak.

"biar lah!"

"hm kalau camtu aku naik dengan kyung jelah"

"hello? aku ada kat sini??" hyunjin memetik jari depan muka haneul.

"oh lupaaa ada kau" kata haneul dengan nada mengejek.

eunkyung sudah berjalan ke depan terlebih dahulu. nak tunggu haneul dan hyunjin punya drama memang lama lagi nak habis.

"kyung tunggu la!!" hyunjin mengejar eunkyung.

/////

"ada dua tempat duduk je, siapa nak duduk sorang?" tanya haneul.

"kita main rock paper scissors lah" kata eunkyung. dia ingin berlaku adil.

"okay"

mereka bermain sekali dan nampaknya, hyunjin dan haneul perlu duduk bersama. eunkyung lah yang akan berseorangan.

tetapi akhirnya eunkyung duduk di sebelah orang yang tidak dia kenal. tak apalah, nasib baik orangnya hensem.

"WAA" nampak sangat teruja hyunjin.

eunkyung melihat mereka berdua dari belakang. macam sesuai je dua-dua ni.

roller coaster pun mula bergerak. eunkyung memang suka naik roller coaster, walaupun dia takut dan gayat. itulah perasaan yang dia suka.

apabila roller coaster mula turun ke bawah dari ketinggian yang tinggi, haneul dan hyunjin mengangkat tangan ke udara. mereka berpegangan tangan.

perasaan takut dan teruja eunkyung jadi berkurangan sebab dia ternampak semua itu.

eunkyung cuba menepis segala perasaannya yang makin lama jadi makin merepek.

beberapa minit selepas itu, mereka keluar dari tempat duduk dan berjalan untuk mencari jisung dan eunbi. "best kan roller coaster tadi? macam nak naik lagi" kata haneul sambil tersenyum lebar.

tadi perasaan eunkyung yang merepek, sekarang fikirannya pun mula terfikir perkara merepek. haneul suka hyunjin...?

eunkyung menepuk-nepuk kepalanya. dia mahu membuang semua itu. kalau berfikir nanti jadi makin stress.

tiba-tiba dia merasa ada tangan yang menahan tangannya. dia mendongak memandang lelaki yang tinggi itu.

"kenapa? sakit kepala?" hyunjin meletakkan tangannya ke bawah tetapi genggamannya tidak dilepaskan.

"umm- haah! sikit"

"sikit ke banyak?" dia bertanya sekali lagi. haih, kan orang dah kata sikit.

"sikit"

"kenapa kyung? sakit kepala?" tanya haneul dengan risau.

ah sudah. niatnya cuma nak cover je tadi, kenapa mereka berdua ni serius sangat.

"takpe takpe. cepat lah tadi kata nak cari han dengan eunbi" eunkyung baru nak berjalan, tapi hyunjin masih lagi memegang tangannya. dari tadi tak dilepaskan. apa masalah dia harini?

eunkyung memandang tangannya kemudian matanya bertentangan dengan hyunjin.

"teman aku! aku nak beli air" kata hyunjin.

"ohh okay. haneu-"

"haneul. aku nampak eunbi dengan jisung kat sana tu" hyunjin menunjuk ke arah kiri. "kau pegi lah kat diorang. aku pegi beli air kejap untuk kita semua"

haneul memandang hyunjin dengan pandangan tidak percaya. seriously? "pergi laa dating ye korang berdua" haneul tergelak kecil.

maka hyunjin dan eunkyung pun berjalan menuju ke tempat jual air.

broken heart ~ hwang hyunjinWhere stories live. Discover now