12

31 16 0
                                    

bila sudah beberapa hari eunkyung tidak bekerja, dia berasa selesa sedikit kerana waktu berehatnya lebih banyak.

tapi tulah, no work no money :(

waktu lapangnya tidak dimanfaatkan dengan begitu baik. eunkyung cuma baring, makan, jalan-jalan. dan berfikir tentang seseorang.

sekarang dia sedang berbaring di atas katil sambil membaca novel. tapi mindanya tidak terlalu fokus pada novel itu. dia sibuk memikirkan hal tempoh hari. hyunjin marah ke hari tu?

dia harap dia tidak terlalu membuatkan hyunjin marah atau tak suka.

eunkyung terus menutup novel cepat-cepat apabila menerima dm dari hyunjin. panjang umur.

hyunjin.
kyung
dah makan?

eunkyung.
belum

hyunjin.
aku tunggu depan apartment kau
kita pergi makan sama-sama

eunkyung.
okay. haneul eunbi jisung ada sekali?

hyunjin.
takde. kita je. dah cepat turun, aku nak belanja ni.

eunkyung.
baik :)

eunkyung bergegas bangun dari katil kemudian mencuci muka, berus gigi dan mencari baju yang agak simple.

hyunjin cuba untuk tak memanjangkan pergaduhan ke? sekejap. mereka bergaduh ke?

"sampai dah? jom" hyunjin memimpin tangan eunkyung dan mula berjalan. tapi tiba-tiba sahaja hujan turun.

mereka masuk balik ke apartment untuk berteduh. "alamak. aku tak bawak payung" kata hyunjin.

"takpe aku pegi amik kat rumah aku sekejap" eunkyung berjalan ke arah lif.

"nak ikut"

"hah?" dia menoleh ke belakang. hyunjin datang ke sebelahnya.

"nak ikut, nak tengok rumah kau. mesti bersepah kan"

"eh sorryyyy sikit. rumah aku kemas okay? aku ni rajin mengemas bukan macam kau" mereka masuk ke lif dan menekan butang tingkat 8.

"aku pun rajin lah. sukati je tuduh"

"yelah yelah" eunkyung mengalah.

"jom" mereka keluar dari lif.

"mana satu rumah kau?" tanya hyunjin.

"ni. kau takyah ingat nombor rumah aku" eunkyung masuk ke rumah dan terus mencapai payung.

hyunjin tergelak. "biarlah aku nak ingat. aku kan nak datang rumah kau nanti"

"tak payah laa datang. maggi pun takde kat rumah ni"

"besarnya apartment ni" hyunjin menghempaskan diri ke sofa.

"mana ada besar.. ish dahlah jom. kau dah kata nak belanja aku kan? jangan buat-buat lupa"

"okay jom" hyunjin bangun dan mengikut eunkyung ke pintu.

"aku ada satu je payung. kita share jelah eh?" tanya eunkyung.

"boleh je"

mereka berdua berjalan bersama-sama, sekali pandang dah macam couple. "rapat lah sikit" hyunjin menarik bahu eunkyung untuk merapatkan jarak.

"okay dah sampai"

"sini? banyak duit kau" kata eunkyung. kedai makan ni memang mahal sikit.

"heh saja, bukan selalu" hyunjin membuka pintu untuk eunkyung.

"jangan menyesal. aku tengah lapar ni" eunkyung masuk ke kedai bersama hyunjin di belakangnya.

"makan lah banyak mana kau nak"

"okkayy!!" eunkyung mengambil tempat di meja yang mempunyai dua kerusi, di tepi tingkap.

selain suka tengok tasik, eunkyung suka tengok hujan juga. senang cerita dia memang suka tengok benda benda indah ciptaan Tuhan.

selepas itu, mereka order makanan yang diingini. beberapa minit lepas tu makanan pun sampai, dan mereka menjamu selera.

"hyunjin"
"ya"
"esok tak sekolah kan"
"haah. nape nak ajak pegi date?"
"hm. jom"

hyunjin tersenyum memandang eunkyung. "betul?" dia bertanya dengan agak terkejut.

"betul" eunkyung mengangguk.

"nak pergi mana?" tanya hyunjin.
"entah, library nak?"
"kau gila ke"

"okay okay tak tak. hmmm theme park?" eunkyung mencadang sekali lagi.

"boleh. eh tapi aku takut esok ramai oranglah. esok weekend" kata hyunjin.

"takpe kita datang aaaawal awal" eunkyung berasa teruja.

"okay nanti aku ketuk rumah kau"

"okayy"

eunkyung tersenyum. seronoknya dia, esok dating berdua.

broken heart ~ hwang hyunjinWhere stories live. Discover now