11

31 15 0
                                    

@/haneuljjang started following you.

haneul.
kyungieeee

eunkyung.
oh hi haneul!

@/eunkyungie followed @/haneuljjang

haneul.
busy tak harini? lepas sekolah datang rumah aku nak?

eunkyung.
rasanya harini tak busy

haneul.
oh datang lah! hyunjin dengan jisung belikan banyaak makanan. eunbi pun ada sekali. kita tengok movie ramai ramai

eunkyung.
bolehh. nak aku bawak apa-apa ke?

haneul.
tak payahh. datang je ok? datang awal pun takpee aku tak pergi sekolah harini.

eunkyung.
kenapa? kau sakit ke?

haneul.
takdelah saje ponteng. nanti datang tau!! nah location.
📍location

eunkyung.
okayy^^

eunkyung menerima message itu di sekolah, beberapa jam selepas tu, waktu sekolah telah tamat. eunkyung terus bergegas ke rumah haneul.

tidak tahu kenapa, hatinya rasa teruja apabila haneul menyebut hyunjin akan datang.

dia tidak menukar baju atau apa apa. terus sahaja pergi ke rumah haneul. bila dia sampai, keempat-empat rakannya itu sudah duduk di depan tv.

hyunjin dan jisung baring di lantai, eunbi di sofa kecil. haneul di sofa panjang.

"yeayy kyungie dah sampaii" eunbi tersenyum lebar dengan kedatangan eunkyung.

dia juga tak tahu bagaimana, mereka semua boleh terus rapat dengannya tanpa rasa kekok atau pelik.

"tak tukar baju?" tanya hyunjin.

"dia excited sangat tu nak jumpa aku" jisung berbisik kepada hyunjin.

hyunjin menyepak muka jisung. perlahan jelah, takde kuat mana.

"oh kau nak pinjam baju aku?" tanya haneul sambil mengunyah buah epal.

"takpe takpe" eunkyung mengambil tempat di sebelah eunbi dan meletakkan beg sekolahnya di lantai.

"okay jom startt! aku dah pilih movie. sedih gila weh movie ni aku nangis berbaldi" kata eunbi.

"cite pasal apa?" tanya jisung.

"hm tengok jelah"

dalam beberapa saat selepas tu, movie pun start.

sekejap ini bukan ke..

eunkyung familiar dengan movie tu. baru beberapa hari lepas dia tengok. tapi tak sampai separuh pun, dia tak boleh habiskan movie tu.

mereka semua fokus menonton, jisung dam eunbi sudah menangis teresak-esak apabila tiba scene yang tidak berperikemanusiaan itu.

eunkyung melihat hyunjin dan haneul, mereka masih steady. sekarang ni, dia yang rasa takut. eunkyung cuba menepis segala memori buruknya kerana dia tidak mahu memusnahkan suasana selesa sekarang ni.

tapi dirinya tahu yang dia tak boleh. sebab itu dia keluar dari rumah haneul sebentar. "aku ada call kejap" dia mereka alasan dengan tergesa-gesa.

eunkyung duduk di ruang luar, ada bangku yang boleh diduduk. tangannya laju mencari-cari sesuatu di social media yang boleh buatkan dia lupa tentang perkara itu.

kenapa tiada apa-apa yang boleh membantunya? tolonglah.. apa-apa saja. dia tidak mahu menangis dan adakan drama di rumah kawan barunya ini.

"kyung?"

eunkyung cepat-cepat menoleh ke arah suara itu. "ya?" mukanya nampak tak tenteram.

"kenapa ni?" hyunjin mengambil tempat di sebelahnya.

"hm? tak, tadi.. ada call"

"jangan tipu. you're clearly not okay. gelabah semacam. berpeluh peluh tangan" hyunjin menarik tangan eunkyung dan melihat tapak tangannya.

"tak aku panas je"

"kau tahu kan harini berapa darjah celcius kat sini"

eunkyung memandang ke lantai. kenapa lah susah sangat nak menipu lelaki ini?

"aku..." eunkyung memulakan percakapan.

"hm" hyunjin bergerak sedikit untuk merapatkan jarak antara mereka.

"movie tu.. mengingatkan aku waktu aku kecik kecik dulu"

"....maksud kau.."

"aku kena pukul dulu. dengan pembantu rumah. tapi tak seteruk macam dalam movie tu" eunkyung melepaskan keluhan.

hyunjin mendiamkan diri buat seketika, dan eunkyung mulai berasa tidak senang. hyunjin tak suka ke dia cakap pasal ni? hyunjin anggapnya seorang yang lemah ke? bermacam-macam fikiran berada di minda gadis itu.

"dahlah. jom masuk"

tiba-tiba sahaja badannya dipeluk erat erat.

"hyunjin.."
hyunjin mengusap-usap belakang badan eunkyung. "i'm sorry that you're going through that. aku janji, kau takkan lalui semua benda yang teruk lagi. aku janji kau cuma akan rasa happy je lepas ni. aku akan bagi kau memori yang gembira sahaja. and remember that I'll never leave your side."

"hyunjin" eunkyung melepaskan pelukan.

"bila-bila masa je kau boleh datang kat aku okay? aku sentiasa ada. i'm always with you."

"hyunjin please jangan macam ni"

"apa maksud kau?"

"i don't deserve this. i don't deserve to be comforted. aku banyak buat salah dengan orang. i don't even deserve to feel sad or angry or disappointed or happy. i don't deserve to feel anything sebab.. aku dah banyak sakitkan hati orang jugak. sebab tulah. aku tak deserve untuk dipujuk kau macam ni. semua perkara buruk yang berlaku kat aku, semua tu memang aku patut terima."

"you're wrong jang eunkyung" hyunjin membantah keras.

"aku.. aku patut terima semua perkara buruk yang ditimpa kat aku tanpa rasa sedih. tapi bukan happy. aku tak tahu lah kalau kau faham apa yang aku cakap ni. apa pun, terima kasih sebab cuba bantu aku. tapi aku tak rasa aku patut terima bantuan atau pujukan dari sesiapa" eunkyung terus bangun dan masuk ke rumah haneul.

hyunjin kekal di tempat duduknya, masih cuba memahami apa yang dikatakan eunkyung.

+++

korg pernah rasa ke apa yang eunkyung rasa?

rasa tak layak nak ada perasaan sebab dah pernah buat kesalahan kat orang lain :(

broken heart ~ hwang hyunjinWhere stories live. Discover now