beberapa hari selepas itu.
hyunjin.
jumpa nak?
8.07eunkyung yang sedang mengulangkaji matematik terus meletakkan pensil dan menjawab message itu.
eunkyung.
nak
8.07hyunjin.
ha turun cepat. kalau lambat aku tinggal
8.08tanpa membuang masa, dia terus bersiap memakai jacket. eunkyung dapat mengagak di mana hyunjin ingin berjumpa. mesti tempat biasa tu.
tapi sebelum ni, mereka datang secara berasingan. sekarang, hyunjin ingin pergi bersama-sama.
"hai" eunkyung tersenyum lebar kepada hyunjin.
hyunjin membalas senyuman itu. "hai"
mereka memang sentiasa tersenyum kepada satu sama lain. maklum sajalah, dua-dua bahagia.
mereka berjalan bersama-sama menuju ke tempat itu. sampai saja di sana, mereka duduk di meja yang selalu diduduki.
dulu, eunkyung duduk di sini berseorangan. sebab tu matanya sudah terbiasa asyik memandang sekeliling. tapi sekarang, matanya hanya melekat pada seorang ini. lelaki yang duduk di sebelahnya sekarang.
kedudukan mereka yang rapat ini mengingatkan hyunjin tentang perkara hari tu. "mama kau.. taknak pindah sini ke?"
"hm? aku dah pernah ajak, dia taknak. sebab kat sana, tempat kerja dekat dengan rumah. kenapa tanya?"
"sebab, aku takut tiba-tiba kau nak tinggal dengan mama kau. nanti kita berjauhan" hyunjin menunjukkan riak muka sedih.
"iiiiish" eunkyung mencubit kedua-dua pipi hyunjin dengan kuat.
"aa aa! sakitt"
"hah. geram aku. muka kau ni comel betol lah eeeee" eunkyung menekup pipi hyunjin dengan kuat. pipi hyunjin menjadi mangsa eunkyung harini.
hyunjin tergelak. dan sekarang eunkyung menggenggam tangannya. kuat-kuat :)
"kenapa kau comeeeel"
"baru tahu ke? aku sentiasa comel dan kacak"
eunkyung melepaskan tangannya. "eleh. aku lagi comel"
"betul tu" dia bersetuju serta-merta.
"a-"
"eunkyung comeeel" hyunjin ada idea yang bagus. dia geletek eunkyung.
eunkyung terus ketawa. tetapi hyunjin tidak berhenti dan eunkyung akhirnya terbaring di kerusi tersebut.
hyunjin gembira dapat tengok eunkyung gelak macam ni sekali. walaupun dia tahu dia sedang menyeksanya dalam masa yang sama.
"d-dah dah! penat!"
hyunjin berhenti dan eunkyung duduk, cuba mencari oksigen.
"ya tuhan, aku dah taknak cubit pipi kau lagi. ni lah balasan yang aku dapat"
"hehe"
"oh kejap! haritu aku tak dapat lagi nak tengok sketchbook kau. kau kata nak bawak?" tanya eunkyung. dari haritu dia nak tanya, tapi asyik terlupa.
"oh.. haritu aku ada bawak"
"bila?"
"tapi waktu tu aku sampai sampai je aku nampak kau tengah menangis. lepastu kita cakap-cakap, lepastu aku terus lupa nak bagi kau tengok" terang hyunjin.
eunkyung teringat balik waktu itu. "hmm takpelah. kau bawak esok boleh?"
"tak boleh"
"alaa nape?"