keesokan hari, hyunjin datang ke restoran untuk berjumpa eunkyung.
"eunkyung tak datang kerja harini. dia amik mc, demam katanya" kata jihoon.
tanpa membuang masa, hyunjin terus ke kedai untuk membeli beberapa snacks kegemaran eunkyung dan juga ubat-ubatan.
dia berlari ke apartment eunkyung dan menelefonnya. hyunjin menunggu untuk beberapa saat, namun panggilannya tidak dijawab.
walau selepas lebih dari 5 panggilan, eunkyung tidak menjawab panggilan. mungkin eunkyung sedang berehat.
hyunjin menghantar message.
hyunjin.
kyung, jihoon kata kau demam. aku ada beli sikit makanan fav kau, dengan ubat. tapi aku call tak angkat. nanti bila kau dah okay sikit, call aku tau. aku hantar semua ni kat rumah kau.hari itu berlalu dengan begitu lambat. hati hyunjin sedikit risau, tetapi dia tetap cuba berfikiran positif sepanjang masa.
hari kedua. hyunjin masih lagi tidak menerima sebarang message atau call dari eunkyung.
risaunya semakin teruk. macam mana kalau sesuatu berlaku pada eunkyung? patutkah dia naik saja ke rumahnya?
dalam perjalanan ke rumah eunkyung, hyunjin terserempak dengan jihoon.
"jihoon!"
"oh, ya. hyunjin kan? kenapa?"
"uhm. ada tak dengar apa-apa pasal eunkyung? dia ada call ke apa tak?"
"call tu takde, tapi tadi dia message. katanya dia nak amik cuti lagi untuk harini dan esok" terang jihoon.
"okay, terima kasih" hyunjin menunduk kepada jihoon dan teruskan berjalan ke apartment.
tolonglah, kenapa eunkyung tidak membalas message nya sahaja?
dia harap dia tidak melukakan hati eunkyung atau membuatnya sedih. dia mengharapkan eunkyung baik-baik saja.
tiga hari sudah berlalu, akhirnya hyunjin tidak tahan lagi.
dia tidak tahu apa salah yang dia telah lakukan. mereka baik-baik saja waktu itu. kenapa tiba-tiba jadi begini? kenapa makin lama.. dia berasa tidak sedap hati.
hyunjin sudah mula batuk-batuk. dia takut kalau tidak berjumpa dengan eunkyung, sakitnya makin teruk.
di sinilah dia sekarang. di depan rumah eunkyung. nasib baiklah dia masih ingat nombor rumahnya.
hyunjin mengetuk pintu. "eunkyung"
eunkyung yang mendengar suara itu, terus bangun dari katil. dia tidak sangka hyunjin akan datang ke rumahnya.
walaupun dia berasa seperti manusia paling teruk dalam dunia sekarang, dia tetap membuka pintu untuk hyunjin. rindu itu tetap ada.
"eunkyung" hyunjin memandang eunkyung seakan-akan eunkyung sesuatu yang sangat berharga. selepas itu memeluknya dengan perasaan bercampur-baur.
rasa marah, rindu, sedih, lega, risau. semuanya bercampur.
"kenapa kau tak angkat call aku? kenapa kau.. kenapa pucat sangat ni- sini duduk. aku bawak ubat" hyunjin yang membawa eunkyung hingga ke sofa.
hyunjin terlalu risau akan eunkyung. eunkyung pula risau kerana hyunjin sering batuk-batuk.
"hyunjin-"
"kau dah makan ke belum? ada makanan tak?" tanya hyunjin.
mereka berdua kelihatan sakit, tetapi masing-masing tidak mengambil kisah tentang diri sendiri. mereka hanya inginkan kesihatan yang baik untuk satu sama lain. walaupun eunkyung sedang bersedih tentang lelaki ini.
hyunjin bangun untuk mencari makanan, tetapi eunkyung menahan tangannya dan menariknya untuk duduk. "hyunjin"
"ya?"
"berhenti la pura-pura" eunkyung memandang hyunjin dengan mata yang letih.
hyunjin terdiam sebentar kerana tidak memahami apa yang dikatakan eunkyung. "pura-pura apa, eunkyung?"
"kau tak suka aku pun sebenarnya" katanya. bukan berbentuk soalan, tetapi kenyataan.
hyunjin mengerutkan dahi mendengar tuduhan itu. "kau cakap apa ni? dah bangun lah, kita makan dulu"
"duduk, hyunjin"
"kenapa? siapa yang cakap kat kau benda merepek macam tu? bagitahu aku" hyunjin ingin mengusap kepala eunkyung, tetapi tangannya ditepis.
"kau nak balas dendam dekat aku je kan" suara eunkyung bergetar kerana menahan tangisan.
"eunkyung tolong explain boleh tak? aku betul-betul tak faham"
eunkyung berdiri menghadap hyunjin. "aku minta maaf sebab buli adik kau dulu."
hyunjin terdiam.
"aku minta maaf aku buat kau marah sampai macam ni sekali. macam aku cakap lah, aku memang patut terima semua benda buruk yang berlaku kat aku. tapi aku tak sangka pulak, dalam banyak-banyak orang, kau yang mainkan perasaan aku" eunkyung melangkah untuk keluar dari rumahnya.
"eunkyung" hyunjin berdiri dan memegang tangan eunkyung.
"kau cakap apa ni? kau buli.. adik aku?"
"kau masih nak pura-pura tak tahu-"
"aku memang tak faham apa yang kau cakap dari tadi, eunkyung. betul ke.."
"ya. aku buli adik kau 5 tahun lepas. sebab tu aku pindah sekolah. aku sekolah situ sekejap je, aku pindah sebab aku tak boleh tengok muka dia hari-hari. aku rasa bersalah, aku menyesal. dan aku tahu takde siapa boleh maafkan kesalahan aku. aku tak layak pun nak hidup kat dunia ni"
eunkyung melepaskan tangannya dari hyunjin. "aku pun tak tahu kau pura-pura tak tahu atau kau memang tak tahu. tapi sekarang kau dah faham kan? aku buli adik kau. aku" kata eunkyung. air matanya mengalir di pipinya.
"kau tipu" hyunjin berkata, tidak mahu menerima kenyataan.
"aku tak-"
"kau tipu.. cakap dengan aku. kenapa kau tiba-tiba macam ni? kenapa kau reka cerita macam-macam? aku ada buat salah ke?"
"aku tak tipu!" eunkyung meninggikan suaranya.
"kyung" hyunjin memanggilnya dengan penuh harapan. masih mengharap semuanya mimpi.
"keluar dari rumah aku. aku boleh jaga diri sendiri"
hyunjin nampaknya masih berdiri di depannya dengan mata berkaca. melihat keadaannya begitu, eunkyung menarik tangan hyunjin hingga ke luar rumah.
+++
what was that -
weh aku tak reti tulis scene macam gini do sumpah sori.
tapi kalau korg rasa okay tolong la vote havhdkdja aku sangat sangat appreciate hehehe