N - 1

7.7K 101 0
                                    

Langkah kaki diatur meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu. Lemah longlai terasa di saat mata ini menjamah satu wajah yang langsung tiada secalit senyuman.

Afwa hanya menunduk. Sesekali dia menoleh ke belakang melihat sesuatu. Tanah merah yang masih kosong bagaikan menggamit afwa untuk kembali ke sana.

"Mari kita balik". Satu suara menjengah ke pendengaran. Makngah ida memaut bahu afwa dan mereka berjalan beriringan menuju ke kereta.

"Afwa sabar ya.. semuanya sudah ditentukan. Sebagai manusia kita tak terlepas dari kematian". Ujar makngah ida.

Afwa hanya diam dan hanya mengangguk. Tangan makngah ida  dikucup sebelum wanita itu memboloskan diri masuk ke dalam kereta.

Dia hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap. Hujung selendang  dikesat ke tubir mata. Menahan air itu dari mengalir. Sungguh dia penat untuk menangis.

Kereta membelok masuk ke satu simpang. Lebih kurang 5 minit mereka tiba di hadapan sebuah rumah. Belum sempat untuknya bersuara lelaki itu pantas keluar dari kereta.

Keluhan terlepas dari bibir afwa. Pintu rumah diperhati dengan pandangan redup. Lemah sahaja langkahnya menuju ke dalam rumah. Anak tangga dipijak satu persatu menuju ke tingkat atas.

Pintu bilik ditolak.

Terlihat sepasang baju melayu terdampar elok di atas katil. Terdengar bunyi pancuran air menandakan ada yang sedang mandi. Selendang yang menutupi kepalanya dibuka. Duduknya dilabuhkan di pinggir katil.

"Abang.." panggil afwa lembut. Huzair yang baru selesai mandi hanya diam tidak menyahut.

"Tunggu sekejap af nak mandi." Kata afwa lagi.

Dia bingkas bangun dan berjalan menuju ke bilik air. Sempat dicapai tuala yang tergantung di tepi almari.

"Tak payah!" Huzair bersuara.

Langkah afwa terhenti di muka pintu bilik air. Dia menoleh memandang huzair yang sudah lengkap berpakaian.

"Kau tak payah ikut. Aku pergi sorang". Kata huzair lagi. Afwa mengerutkan kening tanda hairan. Dia menapak mendekati huzair lalu lengan sasa itu dipegang.

"Tapi kenapa? Af kan.."

"Kau bukan mama dia". Huzair mula menjauhkan diri dari afwa. Dipandang wajah isterinya yang sembap dengan pandangan yang penuh kebencian.

"Sampai hati abang cakap macam tu pada af." Air mata yang sudah kering kini kembali membasahi wajah mulus itu.

"Kalau kau mama dia, kau takkan bunuh qayyum".

Kata-kata yang terbit dari mulut huzair menyentap ke segenap ruang hati afwa. Sakitnya sehingga ke pangkal hati yang dalam.

Huzair terus melangkah keluar dari bilik itu tanpa mempedulikan afwa yang termangu berdiri seorang diri.


💞


Saudara mara terdekat yang hadir semuanya sudah beransur pulang. Huzair begitu sibuk mengemas. Diangkat pinggan mangkuk yang sudah kotor ke dapur untuk dibersihkan.

Malam ini merupakan malam kenduri tahlil untuk arwah anaknya, qayyum. Sengaja diambil keputusan untuk buat di rumah ibu bapanya memandangkan ramai saudara mara yang tinggal berdekatan sini.

Selesai mengemas apa yang patut huzair melabuhkan duduknya di sofa. Songkok yang sedari tadi menghiasi kepalanya dibuka. Huzair menyandar belakang tubuhnya pada sofa.

Terasa kendur sedikit urat yang cekang. Letih begitu mencengkam dirinya saat ini.

"Along tak balik lagi?" Muncul hana iaitu adik bongsu huzair dari dapur.

Hana melabuhkan duduknya berdekatan dengan huzair. Diperhati abangnya yang seperti orang sedang tidur.

"Along !" Hana menepuk kuat paha huzair sehingga menyebabkan lelaki itu tersentak.

"Ada apa adik?" Kata huzair dengan suara yang sedikit lemah. Huzair terpisat-pisat mencelikkan mata. Sungguh tadi dia sudah berlayar ke alam mimpi.

"Adik tanya kenapa abang tak balik lagi?" Hana mengulangi soalan yang sama. Tudung yang dipakainya dibuka. Rambut yang agak serabut diikat kemas.

"Awal lagi nak balik pun". Balas huzair. Sempat dikerling jam di pergelangan tangannya. Baru pukul 11 malam.

"Ha along.. tak balik lagi?" Muncul pula ibu dan bapa huzair. Puan haniyah dan encik hanafi sudah melabuhkan punggung mereka di sofa ruang tamu itu.

"Belum ma.. kejap lagi la." Jawab huzair. Dia membetulkan kedudukannya.

"Mama nak tanya kenapa afwa tak datang?" Soalan yang tercetus dari puan haniyah membuatkan huzair mengeluh. Sebetulnya dia malas mahu mendengar nama itu.

"Yela along. Hana pun nak tahu juga kenapa kaklong tak datang. Makngah, maklang semua tanya kaklong". Jampuk hana pula.

Huzair berdehem.

"Along yang tak bagi dia datang".

Puan haniyah terkejut. Begitu juga dengan hana dan encik hanafi.

"Kenapa pula? Afwa kan mama arwah qayyum. Sepatutnya dia kena ada masa majlis tahlil tadi." Ujar puan haniyah. Nada suaranya kedengaran seperti tidak berpuas hati.

"Pembunuh tu tak sepatutnya ada. Tak penting pun!"

"Astaghfirullah.."

Mengucap panjang encik hanafi dengan ujaran huzair itu.

"Kamu sedar tak siapa yang kamu gelarkan pembunuh tu. Dia isteri kamu".

"Dia bukan isteri along." Pintas huzair.

"Mengucap along.. Mama tak pernah ajar anak mama perangai macam ni!" Tegas suara puan haniyah ketika itu. Geram dengan huzair yang bercakap seperti orang tak ada iman.

"Kalau dia isteri along qayyum takkan mati." Huzair berkata lirih. Rasa sebak kembali bertandang dalam dirinya. Dia menunduk.

Puan haniyah dan encik hanafi saling berpandangan. Mereka mengerti apa yang dirasakan huzair ketika itu. Mereka pun turut berasa kehilangan dengan kematian qayyum.

"Semuanya sudah ditentukan. Mahu atau tak kamu kena terima qada dan qadar. Jangan salahkan afwa. Kesian isteri kamu. Dia pun turut rasa kehilangan qayyum." Ujar encik hanafi.

Huzair mengesat air mata yang bertakung di tubir mata.  Dia bingkas berdiri. Kunci kereta dan wallet diambil dan terus dimasukkan ke dalam kocek baju melayunya.

"Along balik dulu." Huzair pantas menyalami tangan encik hanafi dan puan haniyah.

"Ingat along...jangan letakkan kesalahan atas bahu afwa. Dia perlukan along saat ni." Pesan puan haniyah. Huzair hanya diam tanpa menyahut. Kakinya terus melangkah meninggalkan rumah agam itu.

NOKTAH Where stories live. Discover now