N - 40

3.4K 72 9
                                    

"ehem!" Huzair berdehem mengejutkan afwa yang sedang ralit menyediakan sarapan pagi.

Afwa memandang sekilas huzair yang sedang tersengih itu. Dia kembali meneruskan kerjanya menggoreng mee. Huzair hanya memerhati sesekali dirapatkan tubuhnya ke tubuh afwa sehingga membuatkan afwa sedikit tidak selesa.

"Sayang masak apa ni?" Huzair berpura-pura bertanya.

Afwa hanya diam. Malas mahu melayan karenah huzair yang suka bertanya itu.

Huzair menjenguk ke dalam kuali.

"Mee goreng.. sedap nampak. Sayang, abang terlajak la solat subuh tadi."

"Sebelum saya turun tadi saya dah kejutkan awak. Tapi tak bangun juga". Balas afwa.

Dia mencapai mangkuk kosong dan dicedok mee goreng tersebut ke dalam mangkuk itu.

"Ouh yeke?" Huzair meletak dagunya di bahu afwa. Dicium sekilas leher afwa sebelum dia kembali menegakkan badan.

Afwa terkaku. Bau minyak wangi yang dipakai huzair menusuk ke hidungnya.

"Abang rasa penat sungguh la semalam. Fuhh! Sayang penat tak?" Soal huzair penuh dengan maksud yang tersirat.

Afwa mengangguk perlahan.

"Tu la sayang.. lain kali kita boleh jogging lagi. Tapi jogging siang la. Kalau jogging malam penat." Ujar huzair sambil dilipat lengan bajunya sehingga ke siku.

Afwa yang dapat menangkap maksud tersirat ujaran huzair itu menjeling tajam.

"Apa awak ni? Cakap bukan-bukan". Marah afwa. Padahal dia sedang menyembunyikan rasa malu yang menyerang diri.

"Tak betul abang cakap? Sayang la ajak abang jogging. Kononnya boleh keluarkan peluh. Tapi kan sayang, semalam bukan setakat peluh ja keluar. Habis air lain pun keluar." Seloroh huzair.

Afwa dengan pantas mencubit lengan huzair. Wajahnya sudah berona merah.

"Pergi la sana. Saya nak buat breakfast. Nanti kang tak sempat makan baru tahu". Ditolak-tolak tubuh huzair agar menjauh darinya.

"Sebelum tu abang nak tanya sayang satu soalan. Boleh?"

"Apa dia?"

Huzair memeluk pinggang afwa dan menarik tubuh isterinya sehingga rapat ke tubuhnya.

"On tak on malam ni?" Digesel-gesel hadapan tubuhnya ke perut afwa.

"Apa awak ni! Pergi la sana!" Dengan sekuat tenaga afwa terus menolak tubuh huzair agar menjauh darinya.

Dia malu.

Huzair menjelirkan lidahnya dan terus berlalu pergi dari situ.

Afwa menghentak kaki ke lantai. Geram dengan tingkah huzair yang gatal itu. Huzair memang nak kena!

Miang!!





💕




"Kau dah kenapa mangkuk! Tersengih-sengih macam orang gila". Tegur redza.

"Salah ke?"

"Tak salah.. tapi beragak la sikit. Dari office sampai sekarang muka kau tu dah macam joker. Seram pula aku nengoknya." Bidas redza sambil dibuang pandang ke luar tingkap kereta.

"Joker apa.. ni lebih berharga dari joker tu. Satu jer aku nak cakap dekat kau. Nanti bila kau dah kahwin, kau dah sampai harkat paling tinggi dalam rumah tangga baru kau faham apa yang aku rasa sekarang." Ujar huzair.

"Berkias pula kau ni. Dah boleh jadi sasterawan. Boleh tulis buku dah." Perli redza.

"Itu untuk orang yang dah kahwin. Kau yang belum kahwin kena baca tafsiran jer la". Balas huzair sambil ketawa kecil.

"Eleh! Kau fikir aku tak laku." Kata redza yang tidak mahu kalah dengan huzair. Sakit pula hatinya apabila huzair tak habis-habis bercerita tentang alam rumahtangga. Mentang-mentang la dia bujang terlajak.

"Aku tak cakap kau tak laku. Aku cuma cakap kau kena kahwin."

"Aku tahu kenapa kau jadi macam ni. Bini kau dah terima kau balik kan?" Teka redza.

Huzair yang mendengar akan itu meletuskan ketawanya sambil mengangguk.

"Patut la happy semacam. Hmm.. kau dah ada orang sayang. Aku ni tak ada lagi yang sudi sayangkan aku. Alamatnya sampai ke tua la aku membujang." Balas redza dengan suara yang sayu.

Huzair mencebik.

"Kau tu memilih sangat. Nak yang cantik, badan slim putih gebu. Cuba la kau cari yang sepadan dengan kau."

"Of course la kena memilih. Baru la comel anak aku nanti."

"Aku ada sorang yang aku rasa sesuai sangat dengan kau. Dia dekat ja dengan kau. Hari-hari kau boleh tengok dia."

"Siapa? Afwa ke?"

Huzair terus menayang penumbuk tepat pada wajah redza.

"Kau cantik sikit. Bini aku tu. Kang penumbuk ni kena muka kau jangan nangis minta tolong." Ugut huzair.

Redza ketawa besar.

"Aku lawak jer pun. Kau fikir aku bodoh sangat nak caras bini kau. Tapi dulu aku terfikir juga bab tu. Hahaha.."

"Cepat beritahu aku siapa perempuan yang kau maksudkan tu?" Gesa redza.

Huzair membelok keretanya masuk ke satu simpang.

"Herlina." Jawab huzair ringkas.

"What?! Herlina?!!" Terkejut beruk redza mendengar nama tersebut.

"Kenapa? PA kau tu cukup cantik dah pun. Full pakej. Apa lagi yang tak kena."

Redza mengeluh.

"Kau tak tahu bro.. disebabkan dia full pakej la dia sudah milik orang."

"Ooooo..." Balas huzair.

"Aku malas nak fikir bab kahwin ni. Ada jodoh kahwin. Tak ada jodoh bujang la sampai ke tua." Ujar redza memberi kata putus.

"Hidup bujang tak best aku cakap kau. Kahwin best. Sekurangnya bil air tertunggak ada yang tolong bayarkan. Takkan sampai ke tua nak main sabun." Perli huzair sambil ketawa terbahak-bahak.

"Babi la.."










Comment and vote ..
✌️😁✌️



NOKTAH Where stories live. Discover now