N - 27

3.1K 73 4
                                    

Pon !!

Pon !!

Bunyi hon kereta bertalu-talu di luar rumah. Selendang yang sempurna dipakainya ditilik dengan hati yang puas.

"Cantik juga aku ni". Masuk bakul angkat sendiri. Tiada siapa nak puji kita kena la puji diri sendiri.

Pon !!

Pon !!

"Ish! Siapa la yang dok pon-pon pagi buta ni." Dengan hati yang mendongkol geram afwa menjenguk ke luar tingkap.

Terbuntang luas kedua matanya melihat kereta huzair parking elok depan rumahnya.

Huzair? Apa dia buat kat sini?

Kelam kabut afwa mencapai beg tangannya dan terus berlari keluar. Pintu rumah dikunci dengan mangga. Risau jika ada yang pecah masuk nanti.

Huzair menurunkan cermin keretanya.

"Woii ! Cepat la. Terhegeh-hegeh!"

Afwa bercekak pinggang bersebelahan kereta itu.

"Kenapa datang sini?"

"Ewah.. terbaik soalan kau. Cenggini!" Huzair mengangkat ibu jari memerli afwa.

"Aku datang sini nak ambil kau la".

"Saya boleh pergi sendiri".

"Naik apa? Jalan kaki?" Bidas huzair.

"Naik kereta la! Ingat saya sengkek sangat ke".

"Memang kau sengkek pun. Dah! Tak payah jual mahal. Naik". Arah huzair. Cermin mata gelapnya dibetulkan.

Afwa hanya membatukan diri. Langsung tidak bergerak walaupun seinci.

"Tercegat apa lagi. Naik la!" Jerkah huzair kuat.

"Saya tak suruh pun awak datang ambil saya."

"Aduh kau ni.. mama yang suruh aku datang sini ambil kau. Naik!"

"Saya tak nak susahkan awak."

Huzair mendengus. Bibirnya diketap.

"Kang aku turun kau siap. Lebih dari malam tu aku boleh buat." Ugut huzair. Dia berpura-pura mahu turun dari kereta.

Mendengar akan ugutan huzair itu afwa cepat-cepat membuka pintu kereta dan terus melolos masuk.

"Tahu pun takut. Ingatkan berani sangat tadi."

Kereta menderu meninggalkan kawasan rumah taman itu.


💕



Mereka tiba di pejabat tepat jam 8.30 pagi. Afwa hanya membuntuti langkah huzair. Ketika mereka berdua melintasi ruangan yang menempatkan para pekerja di situ afwa menelan liur.

Manakan tidak banyak mata-mata memandang pelik ke arah mereka berdua terutama sekali ke arah afwa. Afwa menayang sengihan.

"Afwa!" Satu suara memanggilnya. Afwa pantas menoleh begitu juga dengan huzair.

Kelihatan redza merapati mereka. Wajahnya bersinar-sinar apabila melihat afwa.

"You buat apa kat sini?" Soal redza. Huzair yang malas mahu mendengar perbualan antara mereka segera melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya.

"Err.. i kerja sini balik". Lambat-lambat afwa menjawab.

"Serius?!" Suara redza bertukar teruja.

NOKTAH Where stories live. Discover now