N - 6

3.4K 89 2
                                    

Afwa melangkah masuk ke dalam rumahnya. Selendang dibuka sebelum tubuhnya dibaring lemah atas sofa di ruang tamu rumah itu.

Nafas panjang dihela.

Suasana rumah yang sunyi membuatkan afwa termenung. Dia sekarang tidak berada di rumah huzair tetapi di rumah peninggalan arwah ibu dan ayahnya.

Rumah teres satu tingkat yang dikelilingi kejiranan yang peramah dibeli oleh ayahnya sewaktu dia berusia 13 tahun. Ketika itu mereka baru sahaja berpindah dari kampung kerana ayahnya mendapat kerja di bandar itu.

Rumah yang penuh kenangan suka duka kini kembali dihuni oleh afwa. Rumah yang dulu kosong sejak 3 tahun lalu selepas kedua ibu bapanya meninggal akibat kemalangan jalan raya.

Jam di dinding menunjukkan angka 7.30 malam. Afwa bingkas bangun dari pembaringannya. Tidak mahu melayan perasaan di waktu senja begini.

Rumah yang terang dengan cahaya lampu tidak menimbulkan perasaan takut dalam diri afwa. Meskipun rumah yang didiaminya sekarang sudah lama tidak berpenghuni namun rasa takut itu langsung tidak menjengah dalam dirinya.

Usai mengerjakan solat afwa melangkah menuju ke dapur. Dibuka peti sejuk untuk masak makan malamnya.

Kosong! Hanya ada satu botol air sahaja yang sempat diisinya semalam.

Afwa menepuk dahi. Nampaknya dia terlupa lagi. Dia kan baru sahaja berpindah masuk ke rumah ini beberapa hari yang lepas.

Segala makanan basah dan kering masih belum dibelinya memandangkan dia agak sibuk menguruskan urusan penceraiannya dengan huzair. Masanya agak terhad untuknya ke sana dan ke sini mencari barang.

Aishh!! Nampaknya terpaksalah dia order tapaufood lagi.

"Order kfc jer la." Ujar afwa sendirian. Lagipula dia sekarang hanya tinggal seorang diri. Lagi mudah untuknya membuat apa yang dia suka.

Tentang huzair? Biarlah! Malas untuk ingat tentang lelaki itu lagi. Apa yang penting sekarang dia perlu move on. Orang dah tak nak kan.. buat apa diingat lagi.

Sungguhpun dia sangat menyayangi huzair tetapi itu tak bermaksud dia perlu meratap dan menangis dengan perpisahan ini. Cukuplah dia menangis di kubur qayyum siang tadi.

Selesai membuat pesanan afwa termangu sendirian. Perasaan bosan mula menyelubungi dirinya saat ini.

Skrin tv yang tadinya gelap kini menyiarkan drama di slot akasia. Tajuk drama dibaca.

"Mr baby? Hmm.. not bad. Layan jer la".

Bantal berbentuk hippo dipeluk. Bantal itu milik arwah qayyum. Bantal yang selalu dipeluk ketika arwah qayyum ingin tidur.

Sedang asyik melayan drama telefon bimbitnya berdering. Tertera nama hana di skrin telefon bimbitnya. Dengan senyuman afwa menjawab panggilan itu.

"Kaklong kenapa tak jawab call?" Soalan pertama yang diajukan oleh hana.

"Soryy la.. kaklong tak dengar." Tipu afwa. Walhal dia sengaja tidak mahu menjawab panggilan hana siang tadi kerana mahu bersendirian.

"Yelah tu tak dengar. Kaklong ada mana ni?"

"Rumah." Jawab afwa sepatah. Matanya masih memandang tepat pada kaca tv.

"Rumah along?"

Afwa menjulingkan anak mata hitamnya ke atas.

"Rumah kaklong la. Eee...tak kuasa nak tinggal sana." Balas afwa. Hana menghamburkan ketawanya.

"Nampaknya kaklong pun benci kat along. Sama la dengan hana. Hana pun tak suka along." Ujar hana.

"Teruk along kena marah dengan mama. Yalah! Memang padan dengan muka dia. Senang-senang ja ceraikan kaklong. Apa, dia ingat dia tu baik sangat la. Eee... Geram pula hana". Sambung hana lagi.

Afwa mengorek senyuman pahit.

"Ada apa hana call kaklong?" Afwa menukar topik perbualan. Tidak mahu terus menerus mendengar cerita hana tentang huzair. Mulai sekarang dia perlu lupakan huzair.

"Saja. Hana nak pergi rumah kaklong boleh?"

"Nak datang bila?"

"Malam ni. Hana nak tidur sana teman kaklong."

Afwa membuntangkan mata.

"Malam ni?" Terkejut dia mendengar kenyataan hana itu. Ingatkan mahu datang esok ke boleh la dia prepare apa yang patut.

"Bukan kaklong tak bagi hana datang. Tapi tu la.. kalau datang pun tak ada apa yang boleh dimakan."

"Bab makan tak payah risau. Hana dah order pizza kesukaan kaklong. Sekarang kaklong send location rumah sebab hana dah lupa la jalan nak ke sana". Kata hana di hujung talian.

"Yelah.. jangan lupa beritahu mama papa nak datang sini. Kang dorang risau pula."

"Aip-aip boss."

Talian diputuskan. Afwa mengeluh. Mahu atau tidak dia perlu la mengizinkan hana ke sini. Bukannya dia tidak kenal perangai bekas adik iparnya itu. Jika dihalang lagi teruk dia pujuk.

"Tak apalah.. sekurang aku ada peneman juga malam ni. Tak la sunyi sangat. Aishh.. perut ni pun dah lapar. Makanan tak sampai lagi."  Bebel afwa sendirian sambil terus menunggu ketibaan hana dan juga makanannya.

NOKTAH Where stories live. Discover now