N - 5

3.5K 100 2
                                    

"qayyum.."

Satu nama yang sering meniti di bibir afwa. Batu nisan yang tertera nama qayyum luthfi bin huzair idham diusap lembut.

"Mama datang.."

Suasana di kawasan tanah perkuburan itu lenggang tanpa manusia. Hanya ada dia seorang sahaja.

"Tapi.. mama datang seorang jer."

Angin menampar hujung selendangnya membuatkan ia beralun lembut.

"Papa tak datang sayang.."

Afwa cuba menahan sebak yang bertandang dalam dirinya. Digenggam batu nisan itu dengan seribu perasaan sedih yang menggamit jiwa.

"Papa dah ce-ceraikan mama.."

Tanpa dapat ditahan lagi air mata afwa menitis juga. Tersekat-sekat suaranya ketika menuturkan ayat itu.

Afwa menunduk.

Tangisannya semakin kuat. Air mata lebat membasahi pipi.

"Mama minta maaf.. mama tak jaga qayyum dengan baik. Mama pembunuh!"

Ingatannya kembali terimbas pada kejadian itu. Setiap kata-kata huzair padanya bagaikan radio yang sentiasa berputar di halwa telinga. 

"Papa sendiri cakap mama pembunuh qayyum.. walaupun mama sangkal papa tetap cakap mama pembunuh." ujar afwa dengan esak tangis.

"Mama masuk dalam kejap. Qayyum jangan pergi mana tau." Pesan afwa.

Ditinggalkan qayyum yang sedang bermain dengan permainannya. Tergocoh-gocoh afwa berlari masuk ke dalam rumah. Mencari telefon bimbitnya yang asyik berdering sejak tadi.

Tertera nama puan haniyah di skrin telefon. Afwa tersenyum sebelum panggilan itu diangkat.

"Assalamualaikum.. banyak kali mama call, af tak angkat pun. Af pergi mana?" Soal puan haniyah di hujung talian.

"Walaikumussalam.. af ada dekat luar. Teman qayyum main. Ada apa mama call af?"

Afwa melabuhkan duduknya di sofa. Sempat dikerling qayyum yang berada di luar rumah. Jarak antara mereka tidak jauh lebih kurang 3 meter sahaja dari tempat afwa duduk.

"Mama cuma nak tanya malam ni af jadi tak datang sini? Along dah balik ke belum?"

"Insha-Allah jadi ma.. abang tak balik lagi. Katanya ada kerja sikit nak diselesaikan di pejabat." Jawab afwa. Bantal hiasan di sofa itu sempat ditepuk-tepuk bagi menghilangkan habuk-habuk kecil.

"Kalau jadi baguslah. Lega hati mama dengar. Lagipun mama masak banyak ni. Bukan selalu kita nak dinner sama-sama kan. Dah lama mama tak jumpa qayyum. Rindu pula dengan cucu mama sorang tu".

"Mama janganlah risau. Malam nanti af ke sana dengan abang. Qayyum pun rindu dengan atuk dan opah dia."

Plopp !!

Satu bunyi menarik perhatian afwa. Pantas dijenguk ke luar mencari kelibat qayyum.

"Mama.. kita jumpa malam ni ya. Af ada kerja sikit." Kalut-kalut afwa memutuskan talian telefon dengan puan haniyah.

"Qayyum.."

Laung afwa. Dilihat tempat yang ditinggalkan qayyum sebentar tadi kosong. Yang ada cuma mainan dan juga bola yang dimain qayyum sahaja.

NOKTAH Where stories live. Discover now