N - 35

2.9K 61 3
                                    

"awal makjah sampai". Tegur afwa apabila dilihat makjah sedang mengemas ruang tamu rumahnya.

"Saja makjah datang awal hari ni. Af nak pergi kerja dah ke? Tak nak sarapan dulu. Makjah ada bawa nasi lemak".

"Af dah lambat sebenarnya ni. Tak pa makjah makan la ya nasi lemak tu." Afwa menolak lembut pelawaan makjah. Makjah hanya mengangguk. Dia berjalan menuju ke dapur.

"Err makjah.." panggil afwa membuatkan langkah makjah terhenti.

"Ya af. Kenapa?"

"Huzair dah keluar?" Tanya afwa.

"Awal pagi lagi dia dah keluar. Katanya nak ke pineng. Af tak tahu ke?"

"Eh tak, af tahu. Memang dia pergi pineng hari ni. Tak apa la. Af pergi dulu". Afwa segera meminta diri.

Kereta dipandu menuju ke pejabat. Fikirannya menerawang mengingatkan huzair. Dia tidak sepatutnya menghukum huzair sebegitu.

Derhakakah dia sebagai seorang isteri berbuat begitu kepada huzair?

Siang semakin melabuhkan tirai. Afwa tiba di rumahnya tepat jam 8 malam. Makjah yang ditugaskan untuk menemaninya malam ini sedang sibuk memasak di dapur.

Anak tangga dipijak satu persatu. Langkah diatur menuju ke biliknya. Seketika langkah terhenti di hadapan bilik huzair. Entah apa yang merasuknya tombol pintu itu dipulas.

Perlahan afwa menapak masuk ke dalam dan melabuhkan duduknya di birai katil. Diperhati sekeliling bilik yang begitu kemas teratur. Entah kenapa hatinya berasa resah.

Bauan minyak wangi yang sering dipakai huzair membuatkan perasaan afwa terbuai. Bantal milik huzair dicapai. Dicium bantal tersebut dengan rasa rindu yang menebal.

Afwa membaringkan tubuhnya mengiring sambil memeluk bantal tersebut. Lama kelamaan matanya kian memberat membuatkan afwa terlena dalam bilik huzair.





💕


"Assalamualaikum". Laung huzair. Beg pakaiannya diletak di atas sofa. Makjah yang sedang menghidangkan makanan terkejut dengan kepulangan huzair itu.

"Huzair dah balik. Bukan kamu beritahu makjah kamu tak balik ke malam ni?" Tanya makjah.

"Kalau ikutkan memang la tak balik. Tapi kerja habis awal. Tu yang balik juga. Lagi pun kesian la makjah kena temankan af." Jawab huzair.

"Tak apa, makjah tak kisah. Lagi pun dekat rumah tu tak ada siapa. Makjah sorang jer. Ni makjah dah siapkan makan malam. Huzair nak makan ke?"

"Kejap lagi la. Saya naik atas mandi dulu. Af dah balik?" Tanya huzair sambil matanya memerhati ke seluruh rumah.

"Dia baru jer balik. Ada kat atas tu." Balas makjah.

"Kalau macam tu saya naik atas dulu tengokkan af." Usai berkata huzair terus menaiki tangga menuju ke biliknya.

Dari jauh dapat dilihat seperti seseorang sedang baring atas katilnya. Huzair mendekat. Senyuman terukir di bibir apabila wajah afwa menyapa pandangannya.

Huzair terus melutut di pinggir katil. Matanya masih memerhati afwa yang begitu nyenyak tidur. Tangan dibawa ke paha afwa yang berlapik kain baju kurung. Dikuis-kuis paha afwa dengan hujung jari telunjuknya.

Afwa mencelikkan matanya sedikit. Dipejam kembali dan sesaat selepas itu dia terus melonjak bangun dari tidurnya apabila wajah huzair menyapa pandangan.

"Awak buat apa kat sini?" Tanya afwa terkejut. Dia berundur sedikit ke belakang.

"Aih! Sepatutnya abang yang tanya sayang. Sayang buat apa dalam bilik abang. Rindu abang ke?" Kata huzair penuh makna.

"Awak jangan nak perasan."

"Apa susahnya kalau sayang nak mengaku. Mengaku jer la sayang rindukan abang. Kan?" Usik huzair lagi. Jari jemari menguis-nguis lutut afwa.

"Saya masuk sini sebab makjah. Makjah kan dekat bawah. Jadi saya masuk la sini". Sangkal afwa.

"Kenapa? Makjah tidur sini juga ke?" Soal huzair berpura-pura terkejut.

"Tak la.. awak juga tak nak orang tahu kita punya keadaan macam mana kan. Jadi saya berlakon la masuk sini sebab nak cover depan makjah". Afwa cuba mencari alasan.

Huzair mengangguk sambil tersenyum. Seketika huzair menghantar pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Ooo cover.. slurrrppp.." huzair menjilat bibir.

"Jangan buat macam ni". Afwa mula gentar. Huzair dengan selamba membaling bantal yang menjadi pemisah antara mereka.

"Tu makjah punya cerita la.." huzair mula merangkak naik ke atas katil.

"Awak jangan macam-macam". Afwa cuba melarikan diri namun tidak sempat apabila huzair dengan pantas memegang kedua belah kakinya.

"Nak lari mana?" Tanya huzair sambil dijegilkan matanya.

"Awak jangan macam-macam. Nanti saya jerit." Ugut afwa. Dia sudah kecut perut dengan tingkah laku huzair itu.

"Jerit la abang tak kisah pun. Makjah pun tak kisah sebab dia tahu kita suami isteri." Serentak dengan itu huzair menarik kaki  afwa sehingga membuatkan afwa terbaring ke katil.

"Kita ada perjanjian la. Jangan macam ni." Rayu afwa apabila huzair mula menindihnya.

"Perjanjian apa? Abang tak ada sign apa-apa pun. Jangan apa? Lama dah abang tunggu ni." Kata huzair dengan nada suara yang meremangkan bulu roma afwa.

Huzair merenung afwa tajam. Didekatkan bibirnya ke bibir afwa. Afwa mengalihkan wajahnya ke arah lain. Tangannya meraba-raba mencari sesuatu di dalam beg.

Seinci sahaja lagi jarak antara bibir mereka afwa dengan pantas menyembur sesuatu ke dalam mata huzair.

"Adoiii!!" Menggelupur huzair dibuatnya. Dipejam kedua belah matanya menahan pedih.

Di kesempatan itu afwa cepat-cepat berlari keluar dari bilik huzair. Botol minyak wangi disimpan kembali ke dalam beg tangan.

"Binatang apa dia spray ni? Sakitnyaa!!" Jeritan huzair memenuhi ruang bilik.









Comment and vote
Peace yoww
✌️😁✌️

NOKTAH Where stories live. Discover now