Afwa menelan liur. Matanya tepat menghala ke arah kereta itu. Nampaknya insan yang dia mahu elak dari bertembung ada di sini.
"Tenang afwa.. tenang. Kalau dia muncul depan kau , kau buat macam tak kenal dia." Afwa menarik nafas sedalam mungkin sebelum dihembusnya perlahan. Tujuan untuk meredakan perasaanya yang gundah-gulana.
"Assalamualaikum.." laung afwa dari luar rumah.
"Walaikumussalam." Selang beberapa minit muncul bibik di muka pintu. Afwa melebarkan senyuman.
"Puan afwa. Silakan masuk". Pelawa bibik. Afwa mengangguk seraya membuka kasutnya.
"Mama ada?"
"Puan haniyah ada di atas. Nanti bibik panggilkan. Duduk dulu ya". Jawab bibik dalam bahasa indonesia.
Afwa melabuhkan duduknya di sofa di tengah ruang tamu rumah itu. Jarinya memintal-mintal hujung baju blousenya. Entah kenapa perasaan segan dan malu bertandang dalam benaknya.
"Afwa!"
Puan haniyah pantas berlari mendapatkan afwa. Tubuh menantunya itu ditarik ke dalam pelukkan.
"Dari semalam mama tunggu af datang. Mama rindu af.." ujar puan haniyah. Pelukkan dileraikan.
"Af datang dengan siapa ni? Mana kereta?" Puan haniyah terjenguk-jenguk ke luar tingkap.
"Af datang naik grab. Kereta rosak. Sorry la buat mama tunggu af semalam. Af bukan sengaja tak nak datang cuma af tak sihat sikit semalam. Tapi mama jangan risau af dah makan ubat".
"Yeke? Kenapa tak beritahu hana. Kalau tak boleh mama pergi sana temankan af. Dah pergi klinik ke belum? Ni betul ke dah sihat ni?" Bertubi-tubi soalan menerjah keluar dari mulut puan haniyah.
Puan haniyah menekap belakang tangannya di dahi afwa. Terasa sedikit suam dahi wanita itu.
"Betul ma.. af dah sihat. Mama jangan risau. Hana mana?" Afwa melarikan matanya ke segenap ruang rumah mencari kelibat bekas adik iparnya.
"Hana keluar dengan kawan dia. Katanya ada kerja sikit. Ala.. tak payah cari dia la. Mama kan ada". Kata puan haniyah. Dia menarik tangan afwa untuk sama-sama duduk di sofa.
Jelas riak wajah wanita 50-an itu gembira dengan kedatangan afwa. Bibik yang tadi menghilang disebalik dapur muncul dengan menatang dulang.
Bibik menyusun dua cawan air teh dan juga sepiring kek coklat.
"Terima kasih bik." Ucap puan haniyah. Bibik hanya membalas dengan senyuman.
"Betul ke apa yang mama dengar dari hana?"
"Dengar tentang apa?"
"Yang af dah berhenti kerja di syarikat tu. Betul ke?"
Afwa mengeluh.
"A'ah. Af yang minta berhenti." Jawab afwa.
"Kenapa? Af ada gaduh dengan huzair ke?"
Afwa menggeleng laju.
"Eh, tak.. mana ada gaduh . Kita orang okey jer. Cuma.. af nak cari pengalaman lebih sikit." Tipunya.
Seboleh mungkin dia mahu menyembunyikan krisisnya dengan huzair. Puan haniyah tidak boleh tahu tentang itu.
Habis tu sekarang af kerja mana?"
Afwa menggigit hujung bibir. Alasan apa harus dia beri sekarang? Takkanlah dia nak beritahu dia menganggur dan masih mencari kerja. Itu mustahil!
"Err.. af kerja dekat butik kawan af." Bohong afwa.
Puan haniyah mengangguk faham. Dia tidak mahu menyoal lebih banyak. Dia faham afwa mesti tidak selesa.
YOU ARE READING
NOKTAH
RomancePerkahwinan yang dibina atas dasar suka sama dieratkan lagi dengan kehadiran cahaya mata yang bernama qayyum luthfi. Di saat bahagia sudah menjulang tinggi hingga ke puncak berlaku satu tragedi yang memusnahkan segalanya. "Kau pembunuh!" "Jika tiad...