Seminggu selepas kejadian itu afwa sentiasa mengelak dari bertembung dengan huzair.
Masih diingat oleh afwa dimana dia terkocoh-kocoh keluar dari bilik mesyuarat apabila kedengaran seperti suara huzair mendekati bilik tersebut. Alasan yang diberikan kepada redza adalah 'period pain'.
Mujur sahaja redza seorang yang sangat memahami. Lelaki itu langsung tidak memarahi afwa atas sikapnya. Redza seperti memahami apa yang dialami oleh afwa. Dia juga turut memberi alasan kepada huzair apabila lelaki itu asyik menanyakan tentang afwa.
Afwa tersenyum kecil apabila teringatkan perkara itu. Pen ditangan diketuk ke permukaan meja. Bilik pejabatnya sunyi tanpa sebarang suara. Hanya kedengaran bunyi desiran penghawa dingin sahaja.
Jam menunjukkan tepat pukul 1.30 tengah hari. Para pekerja sudah ramai yang turun untuk mengisi perut yang kosong. Hanya tinggal afwa sahaja yang masih di situ. Perutnya lapar tetapi dia tiada 'mood' untuk turun makan.
Hatinya masih membengkak dengan sikap huzair pagi tadi. Entah kenapa dia seperti tidak suka dengan sikap huzair yang gatal itu. Semuanya berlaku ketika dia sedang berada di pantri.
Huzair dengan sengaja melanggar bahunya ketika dia sedang minum air sehingga menyebabkan air yang diminumnya tertumpah membasahi baju.
Dapat dilihat riak wajah lelaki itu yang tersengih nakal apabila bajunya basah sehingga menampakkan sedikit pakaian dalam. Meskipun afwa bertudung menutupi dada itu tidak bermaksud dia mampu melindungi bentuk tubuhnya dari tatapan huzair apabila baju yang dipakaianya melekap ke badannya.
Tak pasal-pasal dia perlu menukar pakaian baru. Mujur sahaja dia sentiasa 'spare' pakaian di dalam kereta. Kalau tidak jenuh dia menahan malu pakai baju basah.
Lamunan afwa terhenti apabila pintu pejabatnya diketuk dari luar. Muncul redza dengan sengihan kerang busuknya itu.
"Jom lunch". Ajak redza.
Dia melangkah masuk dan terus melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan afwa.
"Monyok jer muka tu. Kenapa? Ada masalah? Ke period pain lagi". Usik redza.
Redza ketawa kecil apabila afwa menghadiahkan jelingan maut kepadanya. Bongok!"You jangan ganggu i boleh tak. Rimas!" Marah afwa.
"Amboi, garang! Sejak bila you rimas dengan i ni. Bukan sebelum ni you tak boleh hidup ke tanpa i." Bidas redza.
"Eee... Tolonglah!" Afwa menjulingkan anak mata hitamnya ke atas. Meluat dengan kata-kata redza itu.
"You ni dah kenapa? Dari pagi tadi lagi i perhatikan you. You ada masalah ke? Kalau ada masalah kongsi dengan i. Mana tahu i boleh tolong". Ujar redza.
"I okay." Jawab afwa ringkas.
"Kalau okay you takkan bersikap macam ni. Ke you marahkan huzair?" Redza cuba meneka sesuatu. Riak wajah afwa yang berubah mengukuhkan lagi tekaan redza itu.
"Mana ada. I tak marahkan sesiapa pun". Pintas afwa cuba menyembunyikan perkara sebenar.
"You tak payah tipu i la. I kenal you bukan sehari dua tau. I kenal you lebih dari huzair kenal you. So, apa masalahnya? You tak selesa huzair kerja sini?"
Afwa mengeluh.
Sejujurnya dia memang tidak selesa dengan kehadiran huzair berkerja di sini. Tetapi siapalah dia untuk menghalang. Huzair juga ada hak atas syarikat ini memandangkan huzair merupakan rakan kongsi redza.
"You nak i pindahkan dia ke cawangan lain?"
Afwa memandang redza. Bersinar anak mata hitamnya dengan ujaran redza itu. Ini yang dia harapkan sebenarnya. Redza memang seorang yang sangat memahami.
"Boleh ke?"
Redza tersenyum.
"As you wish dear. Nanti i bincang dengan dia okay. Tapi dengan satu syarat."
"What?"
"Teman i lunch. I lapar. Ada you selera la sikit i nak makan. Please.." redza membuat mimik muka dengan mencebikkan bibir dan juga mengerdipkan mata beberapa kali.
Afwa yang tidak dapat menahan geli hati menghamburkan ketawanya.
"You ni pandai erk. Nak ambil hati i la tu". Kata afwa sambil dicapai beg tangannya.
"Of course! I sentiasa cuba untuk ambil hati you dear. Mana tau ada rezeki i beristerikan wanita secantik you". Balas redza tanpa berselindung.
"Eee.. mengada!"
Tanpa sedar perbualan mereka didengari oleh seseorang. Huzair mengetap rahang menahan geram. Tidak menyangka begitu sikap afwa dibelakangnya.
Nampaknya wanita itu benar-benar mahu membuang dirinya.
'tak apa, kau tunggu'. Getus hati kecil huzair. Huzair berjalan laju meninggalkan pejabat itu.
Done for today 😊 nak minta tolong boleh?
If korang ada idea untuk naskah ni boleh la share dengan author. Nanti author try gabungkan idea korang tu kasi gempak.
Terkadang dengan bantuan korang maybe boleh 'sedapkan' lagi naskah NOKTAH ni. Tq 🥰 ..
YOU ARE READING
NOKTAH
RomancePerkahwinan yang dibina atas dasar suka sama dieratkan lagi dengan kehadiran cahaya mata yang bernama qayyum luthfi. Di saat bahagia sudah menjulang tinggi hingga ke puncak berlaku satu tragedi yang memusnahkan segalanya. "Kau pembunuh!" "Jika tiad...