Mereka tiba di perkarangan rumah ibu bapa huzair tepat jam 9 pagi. Dari jauh kelihatan puan haniyah dan juga encik hanafi sedang berada di meja berdekatan dengan taman mini milik puan haniyah.
"Assalamualaikum." Huzair memberi salam. Dia berjalan ke arah puan haniyah dan encik hanafi sambil diikuti afwa di belakang.
"Walaikumussalam. Kenapa tak cakap nak datang? Mama boleh masak nasi lemak kesukaan af". Tangan dihulurkan kepada Huzair dan afwa untuk bersalaman.
Dipeluk tubuh menantu kesayangannya itu. Afwa tersenyum. Dia melabuhkan duduknya bersebelahan dengan huzair.
"Tak nak susahkan mama. Ni, af ada bawakan bihun goreng." Ujar afwa. Penutup tupperware dibuka.
Semerbak bau bihun goreng yang dicampur dengan isi ayam dan juga bebola ikan menusuk masuk ke rongga hidung huzair. Perutnya yang kosong tiba-tiba berasa lapar.
"Ermm...sedapnya. tak sabar mama nak makan. Tunggu kejap mama masuk ambilkan pinggan". Puan haniyah berura-ura untuk bangun tetapi sempat ditahan oleh afwa.
"Mama duduk sini. Biar af yang ambilkan." Seperti lipas kudung afwa kembali dengan membawa 4 buah pinggan kaca ditangan. Disendukkan kepada puan haniyah, encik hanafi dan juga huzair.
"Along kenapa tak makan?" Soal encik hanafi kepada huzair. Hairan mungkin kerana huzair hanya melihat saja makanan tersebut.
"Along dah kenyang". Jawab huzair. Afwa yang baru menjamah bihun goreng itu terhenti. Diperhati wajah suaminya dari sisi.
Huzair kembali mendiamkan diri. Dia berpura-pura bermain dengan telefon bimbitnya. Menunjukkan dia benar-benar tidak lapar walhal perutnya berkeroncong meminta makanan.
Afwa tahu suaminya itu sedang menahan lapar. Tanpa segan disudukan bihun goreng kemudian didekatkan ke mulut huzair.
"Meh, af suapkan abang". Kata afwa. Huzair tersentak. Dipandang wajah afwa.
Puan haniyah dan encik hanafi sudah tersenyum-senyum melihat tingkah laku anak dan menantu mereka.
"Nganga.." afwa mempamerkan riak wajah lucu. Huzair menyembunyikan senyumannya.
Entah kenapa dia terasa isterinya itu sangat comel ketika afwa menyebutkan perkataan 'nganga' itu. Ditambah pula dengan afwa yang sengaja membulatkan ke dua matanya. Tak ubah seperti wajah kanak-kanak yang manja.
"Makanlah. Isteri suapkan tu. Bukan senang tahu isteri nak suapkan kita." Kata encik hanafi pula.
Mahu tak mahu huzair menjamah juga bihun goreng itu. Dikunyah perlahan sambil diperhati afwa yang asyik tersenyum.
💞
"Bila kaklong datang?"
Hana yang baru muncul di dapur terkejut dengan kehadiran afwa di situ. Terus dipeluk tubuh kakak iparnya.
"Pagi tadi. Sampai hati hana. kaklong datang pun tak tahu. Merajuk la macam ni." Afwa memuncungkan bibir berpura-pura seperti merajuk. Kedua belah tangannya dilingkarkan ke dada.
"Alo..alo.. merajuk pula akak kita sorang ni. Meh nak pujuk." Serentak dengan itu hana mencubit kuat pipi kanan afwa. Hana ketawa terbahak-bahak apabila afwa menepis tangannya.
"Merah dah pipi.. sorry kaklong". Pipi kakak iparnya digosok.
Afwa menjeling.
Hana sangat suka mencubit pipinya. Apa yang istimewa sangat pipinya ini dia sendiri tidak tahu. Menurut hana pipi afwa ibarat kuih pau. Bulat dan gebu.
"Kaklong tidur sini ke malam ni?" Soal hana. Peti ais dibuka lalu dicapai satu botol air kosong.
"Entahlah. Tidur sini kot.. kaklong ikut abang long jer.." Balas afwa.
Dia kembali membuat kerjanya yang tertunggak. Pinggan bekas mereka makan bihun goreng tadi dibasuh. Tidak lama kemudian muncul huzair di muka pintu dapur.
Hana yang sedang meneguk air cepat-cepat menegur.
"Along tidur sini tak malam ni?"
"Hmm.." balas huzair sepatah. Dia kemudian berjalan merapati afwa yang sedang sibuk membasuh pinggan.
"Ish! Orang tanya baik-baik balas macam tu pulak". Ngumam hana. Cawan yang sudah kosong diletak atas kabinet dapur. Ditinggalkan abang dan kakak iparnya di dapur itu. Malas mahu mengadap muka cemberut milik abangnya itu.
"Ehem!"
Huzair berdehem.
"Opocot mak hang!" Hambik! Terkeluar terus loghat utara afwa.
Afwa yang tidak menyangka akan kehadiran huzair itu termeletah. Mujur sahaja pinggan yang licin dengan sabun tidak terlepas dari tangannya. Kalau tak kena ganti pinggan mahal milik ibu mertuanya.
"Abang ni! Janganlah sergah af macam tu. Terkejut tau". Ujar afwa tidak puas hati. Setelah selesai membasuh pinggan afwa menoleh menghadap huzair yang berada di belakangnya.
"Abang nak minum?"
Huzair diam.
"Abang nak makan?"
Huzair menjeling.
Afwa mengerutkan kening. Dah kenapa dengan suami aku ni? Tanya tak jawab. Afwa menggaru lehernya yang tidak gatal.
"Abang okey?" Sekali lagi afwa bertanya.
"Aku tak okey." Jawapan huzair membuatkan jantung afwa berdetak.
"Kenapa tak okey? Abang ada masalah?"
"Ya. Aku ada masalah. Masalah dengan kau." Huzair merenung tajam afwa yang kehairanan. Bahu afwa ditolak sehingga membuatkan tubuh afwa tersandar pada kabinet dapur.
"Kenapa ni?" Afwa gementar dengan tingkah laku huzair sekarang. Entah kenapa suaminya kerap berubah sikap sehingga dia sendiri tidak menyangka dengan perubahan huzair itu.
Anak mata hitam huzair bergerak-gerak. Memerhati setiap inci wajah milik afwa sebelum dia menjauhi isterinya.
"Aku tunggu dalam kereta. Kita balik". Arah huzair. Dia berjalan meninggalkan afwa terkulat-kulat di situ. Sempat dikesat air mata yang bergenang di tubir mata. Huzair mengeluh.
YOU ARE READING
NOKTAH
Roman d'amourPerkahwinan yang dibina atas dasar suka sama dieratkan lagi dengan kehadiran cahaya mata yang bernama qayyum luthfi. Di saat bahagia sudah menjulang tinggi hingga ke puncak berlaku satu tragedi yang memusnahkan segalanya. "Kau pembunuh!" "Jika tiad...