N - 21

2.9K 75 5
                                    

Redza memerhati belakang badan afwa dengan pandangan hairan. Telinganya jelas menangkap seperti afwa sedang membebelkan sesuatu.

"Tak habis-habis menyusahkan aku. Arah itu ini. Dia fikir aku ni robot boleh buat semua benda dalam satu masa. Eee!! Geramnya!!". Bebel afwa seorang diri.

Tangannya sibuk mengacau air yang dibancuhnya di dalam cawan. Air itu semestinya untuk huzair. Si kaki buli!

"Hah! Cakap sorang-sorang". Sergah redza dari belakang.

"Opocot mak kau tergolek". Latah afwa. Serentak dengan itu sudu di tangannya terlepas ke lantai.

"You!! Kenapa main sergah-sergah ni. Terkejut i". Marah afwa.

Dia segera menunduk mengutip kembali sudu tersebut. Sempat dibasuh sudu itu sebelum kembali digunakan.

"Dah tu you langsung tak sedar i kat belakang you. Eh! Coffee.. you macam tahu-tahu jer i tengah dahaga sekarang." Tanpa pamitan redza terus mengambil cawan yang dipegang afwa.

Terbuntang luas mata afwa dengan tindakkan redza.

"Ehhh.. air ni bukan untuk you. Bak sini!" Afwa merampas kembali cawan berisi air coffee itu.

"Habis tu untuk siapa? Setahu i you ni tak minum kafien."

"Air ni untuk encik huzair." Jawab afwa. Seketika redza ketawa kecil. Afwa menayang wajah 'blurr'.

"Wait! Apa you panggil tadi? Encik huzair? Aihh.. sejak bila formal sangat ni. Sebelum ni tak pun". Perli redza. Ketawanya makin menjadi apabila afwa menjelingnya tajam.

"Itu la you tak tahu. Sejak i jadi PA dia ada sahaja benda dia nak buli i. Termasuklah buat air ni." Adu afwa.

"Termasuk panggil dia encik huzair?"

Pantas afwa mengangguk.

"Tahu tak pe.. i ni bertahan sebab fikirkan kerja jer tau. Kalau ikutkan hati i yang marah ni nak jer i tuang air ni atas kepala dia. Baru padan muka!"

"Apa kau cakap? Kau nak tuang air tu atas kepala aku?".

Afwa terkedu.

Redza terdiam.

Huzair berjalan mendekati afwa yang terkedu itu. Afwa menelan liur apabila wajah huzair terpampang di hadapan mata. Tangannya menggeletar dan juga jantungnya berdegup kencang.

"Aku suruh kau buatkan aku air. Bukannya bergosip. Kau memang tak sayang mulut erk?"

Redza menyembunyikan senyumannya dengan tingkah afwa. Faham benar apa yang afwa rasa. Pasti wanita itu mati-matian menahan debar dan takut. Lihat sahaja wajah afwa. Pucat tidak berdarah.

"Yang kau ni tak ada kerja ke?" Huzair mengalihkan tumpuannya pada redza. Entah kenapa rasa cemburu menggamit perasaannya kini apabila melihat redza dan afwa berdua tanpa orang lain.

Redza berdehem.

"Aku nak minum air. Salah?" Redza menunjuk cawan kosong kepada huzair. Sejak bila dia capai cawan itu dia sendiri pun tak tahu.

"Hmm.. pergi arr minum. Tercegat apa lagi kat sini." Bidas huzair.

Redza yang 'masak' benar dengan perangai huzair hanya diam tanpa balasan. Malas mahu bertelegah dengan huzair. Dia tahu akhirnya dia pasti akan kecundang. Bukan dia tidak kenal perangai sepupunya itu. Pantang orang melawan cakapnya.

Selesai membasahkan tekak redza berjalan meninggalkan dua insan itu di pantri. Melihat akan kelibat redza sudah menghilang huzair kembali memberi sepenuh tumpuannya pada afwa.

Sebelah tangan diseluk dalam kocek seluar manakala sebelah tangan lagi ditekan pada tepi sinki.

"Dah lama buat kerja ni?" Soal huzair.

"Kerja apa? Ni? Kalau kerja bancuh air ni saya baru lagi. Tak pro." Jawab afwa sambil menunjuk cawan yang dipegangnya pada huzair.

"Dah lama buat kerja mengutuk aku?" Bidas huzair.

Sekali lagi afwa terdiam.

"Dulu masa kau jadi bini aku mulut kau tak macam ni pun. Kenapa sekarang mulut kau macam tak ada insurans. Kau tak sayang mulut?"

"Eh! Mulut saya, suka hati saya la. Awak sibuk apa hal". Balas afwa selamba.

"Melawan! Sejak bila kau pandai melawan aku ni?"

"Sejak kita dah bercerai. Puas hati?" Kata afwa. Huzair mengetap bibir dengan jawapan berani afwa itu.

Tepat tekaannya wanita itu sudah banyak berubah. Dulu afwa bukanlah seorang yang suka melawan. Tetapi sekarang sepatah dikatanya sepuluh patah dijawab oleh afwa.

"Tak boleh ke kau cakap elok sikit dengan aku? Dengan redza boleh pula i you."

"Sebab redza tu lebih bagus dari awak. Dia faham saya dan sepanjang saya jadi PA dia, dia langsung tak pernah buli saya. Ni! Air ni pun dia tak pernah suruh saya buat."

"Jadi kau tak puas hati la?"

"Ya! Memang saya tak puas hati. Ada masalah ke?"

"Isu sekarang ni kau tak puas hati dengan aku sebab aku suruh kau buatkan air ni. Macam tu?" Tanya huzair.

Afwa menggeleng.

"Bukan isu air ni jer. Banyak benda saya tak puas hati dengan awak. Awak nak saya senaraikan?"

"Silakan. Aku nak dengar." Kata huzair. Dia memberi sepenuh tumpuan kepada afwa.

"First, saya tak puas hati sebab awak tukar jawatan saya jadi PA awak. Second, sebab awak selalu buli saya. Awak arah saya buat itu ini. Malah time rehat saya pun awak kacau. Saya langsung tak sempat nak makan." Hurai afwa satu persatu.

Terjongket sebelah kening huzair mendengarkan penjelasan afwa itu.

"Itu saja?"

Afwa pantas mengangguk.

"Yup!" Disilangkan tangannya ke dada sambil matanya dihalakan ke arah lain.

Huzair mengangguk perlahan.

"Okay!" Balas huzair ringkas. Dia kemudian terus berjalan keluar dari pantri itu tanpa banyak bicara.

Afwa menghentak ke dua belah kakinya ke lantai.

"Eeee... Geramnya aku!" Marah afwa dengan sikap tidak perikemanusiaan huzair itu.




Amacam? Best tak ??
Ke sendu 😹

NOKTAH Where stories live. Discover now