N - 9

3.1K 91 0
                                    

Afwa memasukkan beberapa helai pakaian dan juga tudung. Petang ini dia akan ke rumah puan haniyah. Dan kemungkinan besar dia akan bermalam di sana memandangkan hana tidak berhenti memujuknya.

Afwa mencapai sepasang dress berwarna merah terang lantas dimasukkan juga ke dalam beg. Ditilik baju dan tudung yang dipakainya sebelum dia melangkah keluar dari biliknya.

Kunci kereta diambil dan kaki diatur menuju ke pintu rumah. Sempat dilihat sekejap ruang tamu rumahnya bagi memastikan suis lampu dan kipas sudah dimatikan.

Setelah berpuas hati afwa berjalan keluar dan menuju ke kereta kesayangannya. Enjin dipanaskan seketika sebelum kereta meluncur keluar dari perkarangan rumahnya.

Halwa telinganya didendangkan dengan lagu-lagu yang diputarkan oleh dj radio. Sesekali cermin pandang belakang dilirik sekilas bagi memastikan kereta yang dipandunya dalam keadaan selamat.

~ kesetiaan menghalangi, ku pindah ke lain hati
  Dan tak ingin ku melukai ..
~ Mendambakan cinta ini, hanya kekalnya dengamu ..
~ Tapi kudrat tak di tanganku ..

Lagu yang pernah dipopularkan oleh arwah siti sarah bermain di halwa telinga afwa sehingga tanpa sedar afwa menyebut bait-bait kata lirik lagu tersebut.

~ Di akhir kali pertemuan pilu ..
~ Tahu kau meninggalkan ku ..
~ Kau palitkan kesal menunggumu ..

Entah kenapa secara tiba-tiba wajah huzair kembali bermain pada pandangannya. Kesakitan yang dirasanya dahulu kembali menusuk hatinya yang kian sembuh. Beberapa titis air mata menitis menimpa pipi afwa.

Teringat kembali segala kata-kata yang dilafazkan huzair padanya saat itu. Dengan mudah lelaki itu membuang dirinya. Kenapa di saat dia sudah mulai melupa kenangan lama ia kembali berlegar-legar di kotak pemikirannya. 3 tahun bukan masa yang singkat untuk dia menghapus semua kenangan bersama huzair.

"Sedih la pula." Getus afwa sendirian. Dikesat air matanya dengan belakang tangan. Nafas ditarik dan dihembus bagi menghilangkan rasa sedih yang semakin membelenggu diri. Seboleh mungkin dia tidak mahu melayan perasaan itu.

Dia perlu move on! Itu yang selalu diingatkan dalam dirinya. Move on! Dan terus move on!

Kereta membelok masuk dalam kawasan rumah puan haniyah. Akhirnya setelah berbulan dia tidak ke situ, dia kembali menjejakkan kaki di rumah bekas mertuanya. Bagi afwa dia hanya bercerai dengan huzair tapi tidak dengan ibu bapa huzair. Puan haniyah dan encik hanafi tetap ibu bapanya dunia akhirat.

"Assalamualaikum.." laungan salam dari afwa. Beg pakaianny diambil dari dalam kereta.

"Walaikumussalam.. eh! Anak mama dah sampai." Tanpa pamitan puan haniyah terus menarik tubuh afwa ke dalam pelukan tanpa wanita itu menyalami tangan puan haniyah.

"Af pun rindu mama juga. Mama sihat?" Soal afwa setelah pelukan dileraikan.

"Mama sihat. Papa pun sihat. Mari masuk." Puan haniyah memimpin tangan afwa masuk ke dalam rumah. Gembira sungguh dia dengan kedatangan afwa.

"Hana mana ma?"

Punggung dilabuhkan pada sofa di ruang tamu. Begitu juga dengan puan haniyah.

"Hana keluar beli barang. Kejap lagi dia balik la tu." Jawab puan haniyah. Dia tersenyum memandang afwa. Rindu benar dia dengan wanita itu. Dia sudah menganggap afwa seperti anaknya sendiri meskipun afwa cumalah bekas menantunya sahaja.

Afwa terjenguk-jenguk mencari kelibat seseorang.

"Papa?"

"Papa macam biasalah. Kerja. " Balas puan haniyah. Afwa hanya mengangguk.

"Kalau af nak rehat, af masuk bilik huzair ya. Mama nak ke dapur kejap." Puan haniyah berura-ura bangun dari duduknya.

Afwa yang tidak betah dengan ujaran puan haniyah itu segera bersuara.

"Bilik huzair??"

Puan haniyah tersenyum. Sudah diagak soalan itu yang akan ditanya oleh afwa.

"Af jangan risau. Huzair tak ada. Dah 3 tahun dia tinggal kat australia. Kerja kat sana. Af tak tahu ke?"

Afwa menggeleng laju.

Selepas sahaja mereka bercerai afwa langsung tidak mengambil tahu tentang keberadaan huzair. Pernah juga hana cuba untuk bercerita tentang huzair padanya tetapi dia sendiri tidak mahu mendengar. Baginya cukuplah mereka berdua membuat haluan masing-masing.

"Patut la pun. Af pergi ja rehat dalam bilik huzair. Nak harapkan bilik tu berpenghuni entah bila la agaknya. Huzair pun tak ada tanda-tanda lagi nak balik sini. Agaknya dia menyesal kot tinggalkan af sebab tu dia lari ke sana." Ujar puan haniyah sambil ketawa kecil.

Afwa hanya tersenyum pahit.

"Pergi rehat. Nanti kita makan malam sama-sama."

Afwa hanya mengangguk. Beg pakaiannya dijinjit dan dia terus berjalan menaiki tangga untuk menuju ke bilik huzair.

Dengan lafaz bismillah pintu bilik huzair ditolak. Terpampang ruang bilik yang besar dan kemas. Perlahan kakinya melangkah masuk. Pintu bilik ditutup.

Matanya memerhati ke segenap ruang bilik itu. Tidak ada yang berubah. Masih sama seperti sebelum ini. Birai katil menjadi tempat untuknya melabuhkan duduk.

Afwa menghela nafas berat. Bilik ini yang menjadi saksi di mana dia dan huzair menjadi suami isteri dalam erti kata yang sebenar. Banyak kenangan manisnya bersama huzair dalam bilik ini.

"Stop afwa.. jangan nangis." Kata afwa sendirian. Rasa sebak yang menghimpit diri membuatkan afwa berasa tidak senang. Tudung dibuka dan lantas tubuhnya dibaringkan atas katil.

Matanya tepat memandang siling bilik. Semakin lama semakin kuyu dan akhirnya afwa tertidur dalam bilik huzair idham.

NOKTAH Where stories live. Discover now